سم الله الرحمن الرحيم
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
Ustazah ingin mengemukakan beberapa panduan dalam menjawab soalan Pendidikan Islam SPM ini:
Tips (1)
Jika soalan bermula dengan: Terangkan?
Sebagai contoh: Terangkan dua akibat penceraian?
Jawapannya mestilah ada isi bersama huraian (huraian juga boleh diberikan dalam bentuk contoh)
Lihat contoh jawapan:
Soalan: Terangkan dua akibat penceraian?
i. Anak-anak akan terbiar (1 isi) kerana tiada kasih sayang dan perhatian secukupnya dari ibu bapa (1 huraian).
ii. Anak-anak akan terlibat dengan gejala dan perkara maksiat (1 isi)keranatekanan yang dihadapi hasil penceraian ibu bapa.(1 huraian).
Para pelajar perlu berikan perhatian terhadap soalan yang diminta: untuk soalan berbentuk Terangkan? para pelajar perlu ingat - jawapan mestilah ada isi bersama huraian bagi memastikan markah penuh diperolehi.
(Bagi soalan yang berbentuk nyatakan, jelaskan, berikan, sebutkan: Para pelajar cuma berikan isi jawapan (sebanyak mana yang difikirkan) sebolehnya lebih dari apa yang diminta.
Tips (2)
Bagi soalan struktur pada kertas 1 (Bahagian A)
Para pelajar perlu memberikan satu jawapan sahaja. Sebagai contoh:
Soalan: Ibnu Sina merupakan tokoh dalam bidang .....................................
1. Jawapan yang betul: Perubatan
2. Jawapan yang salah: Perubatan/Sejarah
Perlu ingat! Apabila pelajar memberikan jawapan bagi soalan ini hanya satu jawapan sahaja diperlukan. Jika diberikan dua jawapan salah satunya salah maka dikira salah semuanya.
Tips (3)
Bagi soalan yang berbentuk: Contohnya nyatakan hukum tajwid dan cara bacaan ayat berikut (lihat kalimat bergaris di bawahnya:
Bagi memperolehi markah penuh para pelajar perlu menjawab seperti berikut:
Jawapan: Hukum tajwidnya ialah Mad Sillah Qasirah dan cara bacaan ialah 2 harakat
* Ramai pelajar hanya menjawab hukum tajwid sahaja tanpa memberikan cara bacaan menyebabkan pelajar hanya mendapat separuh markah. Jika diperuntukkan enam markah, dan pelajar hanya menjawab hukum tajwid sahaja maka pelajar akan kehilangan 3 markah bagi jawapan cara bacaan kalimat yang ditanya.
Tips (4)
- Nyatakan perbezaan perkara fardu ain dengan fardu kifayah?
Jawapannya:
Fardu Ain
|
Fardu Kifayah
|
Ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap orang Islam
|
Ilmu yang wajib dipelajari oleh sebahagian umat Islam
|
2. Berikan perbezaan antara gadaian secara Islam dengan gadaian secara bukan Islam
Gadaian secara Islam
|
Gadaian secara bukan Islam
|
Kos upah simpan yang rendah
|
Kos faedah yang tinggi
|
Barang yang disimpan tetap kekal hak milik penggadai
|
Barang yang disimpan akan lupus menjadi hak pemegang penggadai
|
- Penggadai: orang yang menggadaikan barang berharga
- Pemegang gadai: merujuk kepada orang atau syarikat yang menguruskan gadaian
GOOD LUCK !!!
0 comments:
Post a Comment