topbella

Thursday 15 November 2012

Soalan Ramalan Pendidikan Islam SPM 2012 ITK - perkahwinan

Para pelajar ustazah yang dirahmati Allah SWT sekalian,

Sila faham dan ulangkaji perkara berikut:

1. Ahmad Hairi telah menceraikan isterinya dengan talak satu. Namakan jenis talak ini?
Jawapan: .............

2. Dalam tempoh iddah Shamsudin telah merujuk isterinya tanpa persetujuan isterinya. Nyatakan hukumnya bersama alasan?
Jawapan: .............

3. Mohd Fairos telah membuat sumpah li'an (laknat) terhadap isterinya. Beberapa bulan kemudian dia ingin mengahwini semula isterinya. Nyatakan hukumnya bersama alasan?
Jawapan: .............

4. Kata Zizan kepada isterinya, sekiranya engkau keluar dari rumah ini melalui pintu hadapan - maka jatuhlah bagi engkau 1 talak. Nyatakan nama talak ini?
Jawapan: .............

5. Ali telah merujuk isteri yang diceraikan melalui khuluk (tebus talak). Nyatakan hukumnya bersama alasan?
Jawapan: .............

6. Siti Laila sanggup membayar RM20, 000 ribu bagi mendapatkan cerai daripada suaminya.  Sebutkan nama talak ini?
Jawapan: .............

7. Antara sebab iddah ialah bagi membersihkan rahim bekas isteri dari benih suami terdahulu. Selain memberi ruang kepada pasangan untuk berbaik semula. Nyatakan iddah di bawah:

a. Isteri diceraikan masih berhaid: iddahnya ialah ................. kali suci
b. Isteri diceraikan sudah mengalami putus haid; iddahnya ialah ................. bulan
c. Isteri diceraikan belum disetubuhi: iddahnya ialah .....................
d. Isteri diceraikan ketika hamil: iddahnya ialah .....................
e. Isteri kematian suami yang belum disetubuhi suami: iddahnya ialah .....................

f. Isteri kematian suami yang telah disetubuhi suami: iddahnya ialah .....................

8. Siti Nurhanis telah ditinggalkan suami selama setahun tanpa khabar berita dan kiriman nafkah. Siti Nurbaya boleh ke mahkamah Syariah terdekat untuk mendapat cerai. Namakan jenis penceraian ini?
Jawapan......

9. Liza diceraikan talak tiga sekaligus oleh suaminya. Namakan jenis talak ini?
Jawapan.....

10. Mohd Fauzi gagal membayar mas kahwin kepada isterinya selepas akad nikah. Adakah sah nikahnya?
Jawapan.....

11. Suami yang menziharkan isterinya haram melakukan persetubuhan dengan isterinya selagi tidak membayar ..........................

12. Syafik Ramli menyembelih seekor rusa untuk dijadikan ibadat akikah. Nyatakan hukum bersama alasan?
Jawapannya ..............

13. Rahim menyembelihan seekor unta untuk dijadikan ibadat korban pada hari ke-14 Zulhijah.  Nyatakan hukum bersama alasan?
Jawapannya ..............

14. Apakah hukum sembelihan lembu yang cacat? Nyatakan hukum bersama alasan?
Jawapannya ..............

15. Antara syarat sah ibadat korban dan akikah ialah binatang yang disembelih ialah:
i. cukup umur
ii. ternakan (al-an'am)
iii. tidak cacat
iv. mencukup syarat sembelihan seperti mati dengan sekali sembelihan
v............................

16. Wan Mukhriz sedang melaksanakan ibadat haji di Mekah. Dia terlupa melakukan ibadat tawaf ifadah.

 Nyatakan hukum bersama alasan?
Jawapannya ..............

17. Zainal sedang menjalani ibadat haji di Mekah. Dia gagal bermalam di Mudzalifah dan Mina pada waktu ditetapkan.  Nyatakan hukum bersama alasan?
Jawapannya ..............

18. En. Zulkifli mengerjakan haji Qiran. Apakah jenis dam yang dikenakan kepadanya.......

19. Hukum mencatat hutang ialah .......

20. Ketika dalam ihram haji, apabila jemaah haji sudah selesai melakukan dua perkara dari perkara berikut iaitu:
1. Melontar di Jamratul Aqabah
2. Bercukur
3. Tawaf Ifadah

Soalan: Sebutkan jenis tahalul ini?
Jawapan......................

21. Tahalul Thani berlaku apabila selesai melakukan .......................  perkara ini:

1. Melontar di Jamratul Aqabah
2. Bercukur
3. Tawaf Ifadah

22. Melakukan ibadat haji dan umrah secara serentak dinamakan haji .................

23. Musim haji bermula pada bulan ................... hingga ke Zulhijah.

24. Miqat ................. ialah sempadan tempat untuk memulakan niat mengerjakan haji.

25. Miqat .................ialah sempadan masa untuk memulakan niat mengerjakan haji.

26. Jemaah haji dari Malaysia yang menaiki penerbangan terus ke Jeddah akan berniat di .................

27. Jemaah haji dari Malaysia yang menaiki penerbangan terus ke Madinah akan berniat di .................

28. Nafar ialah ...........................

29. Tawaf ada empat jenis iaitu: Qudum, Widak, Sunat dan ..................... (rukun).

30. Sae ialah berlari anak-anak dari Bukit Safa ke .............. sebanyak 7 kali.


Chaiyok ... :)

0 comments:

Post a Comment

About Me

 
Ustazah Puspa© Diseñado por: Compartidisimo