Assalamualaikum dan Persaudaraan Islam,
Paling menyayat hati, apabila kanak-kanak kecil yang dilihat seperti anak, anak kaum keluarga, anak-anak jiran dan kanak-kanak yang masih bebas meneruskan keriangan, ketawaan dan terheret dalam dunianya.
Lebih-lebih lagi kanak-kanak di Palestin tidak sama - bahkan amat perit, pedih, azab lapar dan dahaga kasih ibu apa, abang sulung, kakak ataupun bapa saudara yang lebih awal mengadap Ilahi.
Terkesima dengan nasib rakyat Palestin - mungkin ramai berpendapat mereka ini merasai azab begitu berat sementara hidup di dunia ini kerana jelas mereka akan bertemu syahid.
Kita mungkin boleh berdoa untuk sama-sama merasai penderitaan mereka, paling tidak memberi sumbangan wang ke tabung Aman Palestin, Pemuda Masjid, dan sebagainya.
Tetapi umat Islam di mana-manapun perlu ikuti perkembangan umat Islam di Palestin. Harap janganlah leka dan terabai tanggungjawab terhadap masa depan agama, bangsa, bahasa dan keturunan kita dari mengalami nasib sama.
Serangan ke Israel ke atas Palestin sudah pasti mampu menyatukan umat Islam di sini. Maka cantumkan hati kita tanpa mengira idealogi dan kepentingan politik. Sama-sama kita ke masjid untuk sama-sama bersuara tentang kezaliman Zionis Yahudi ini.
Kalau Ingin Ke Palestin
Kalau ingin berdoa, berdoalah
Kalau ingin menderma, dermalah
Kalau ingin menangis, menangislah
Kalau ingin berteriak, teriaklah
Kalau ingin bersuara, bersuaralah
Kalau ingin meradang, meradanglah
sepuas hatimu; Zionis semakin hampir
mengetuk pintu rumah kita di hadapan
Kalau ingin ke Palestian, berdoalah
sepuas hatimu.
0 comments:
Post a Comment