topbella

Wednesday, 24 December 2014


ANALISIS PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) TAHUN 2014
SSN SMK SERI KOTA , MELAKA
PENDIDIKAN ISLAM
JUMLAH PELAJAR  :  55 ORANG

GRED
JUMLAH
PERATUS
A
0
0.0
B
3
5.5
C
10
18.2
D
19
34.5
E
12
21.8
LULUS
44
80.0
F
11
20.0
GPMP
4.33


TAHNIAH KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG BERJAYA..KEPADA YANG GAGAL USAHA LEBIH LAGI UNTUK SPM..KEPADA USTAZ USTAZAH TERIMA ATAS DIDIKAN YANG TELAH DIBERIKAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR… JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIROH..

Tarikh  :  23 Disember 2014

Friday, 31 October 2014

PROGRAM SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN PT3, SPM DAN STPM 2014

TARIKH  :  09 OKTOBER 2014
HARI  :  KHAMIS
TEMPAT  :  SURAU AL FIRDAUSI , SSN SMK SERI KOTA , MELAKA
IMAM JEMPUTAN  :  USTAZ AHMAD SAMSOL BIN SELAMAT (SBPI SELANDAR , MELAKA )
MASA  :  2.30 PETANG - 5.00 PETANG )



Syukran atas semua kerjasama yang telah diberikan bagi menjayakan program solat hajat dan bacaan yasin bagi tahun 2014..alhamdulillah semua berjalan lancar..


Sunday, 26 October 2014

Salam Maal Hijrah 1436H


Wednesday, 22 October 2014

TAJUK TUDINGAN SPM PENDIDIKAN ISLAM 2014

Soalan - soalan ini saya dapati daripada seorang sahabat..anggaplah ia sebagai latih tubi untuk pelajar-pelajar kesayangan kita..in sha Allah..semoga dapat membantu...sila klik 

Sunday, 7 September 2014

PROGRAM PUTERIKU SAYANG

TARIKH  :  6 SEPTEMBER 2014
HARI  :  JUMAAT
TEMPAT  :  BILIK TAYANG
MASA  :  12.00  -  1.00 PETANG
TAJUK  : ANCAMAN AKIDAH DI MALAYSIA
PENCERAMAH  :  PN. HJH. PUSPA BT. ADAM




TERIMA KASIH KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG BEGITU BERMINAT DAN MEMBERI PERHATIAN KEPADA TAJUK YANG DIPAPARKAN..MUDAH-MUDAHAN DAPAT MENINGKATKAN ILMU DAN IMAN SETERUSNYA MENJADI PUTERI-PUTERI  YANG SOLEHAH.. IN SHA ALLAH..

Saturday, 6 September 2014

FAKTA - FAKTA RINGKAS TENTANG AL QURAN



Jumlah ayat di dalam Al-Qur'an mengikut Ibn Abbas adalah sebanyak 6231.

Jumlah juz Al-Qur'an adalah sebanyak 30.

Jmlah surah di dalam Al-Qur'an adalah sebanyak 114.

Jumlah ayat Basmalah dalam Al-Qur'an adalah sebanyak 114.

Surah yang mempunyai dua basmalah didalamnya adalah surah An-Naml.

Surah yang tidak dimulakan dengan Basmalah adalah Taubah.

Surah pertama didalam Al-Qur'an adalah surah Al-Fatihah.

Surah terakhir didalam Al-Qur'an adalah surah Al-Nas.

Wahyu pertama yang diturunkan adalah awal surah Al-'Alaq.

Surah lengkap pertama yang diturunkan adalah Al-Muddastir.

Wahyu terakhir yang diturunkan adalah ayat 281 surah Al-Baqarah.

Surah lengkap terakhir yang diturunkan mengikut Ibn Abbas adalah surah An-Nasr

Surah terpanjang dalam Al-Qur'an adalah surah Al-Baqarah.

Surah terpendek dalam Al-Qur'an adalah surah Al-Kaustar.

Ayat terpanjang dalam Al-Qur'an adalah ayat 282 surah Al-Baqarah.

Ayat terpendek dalam Al-Qur'an adalah ayat 1 surah Al-Fajr.

Ayat sajadah dalam Al-Qur'an adalah sebanyak 14.

Surah yang mempunyai dua ayat sajadah adalah surah Al-Haj.

Surah pertama yang mengandungi ayat sajadah Al-'Araf.

Surah terakhir yang mengandungi ayat sajadah Al-'Alaq.

Surah yang terletak di pertengahan Al-Qur'an Al-Kahfi.

Jumlah surah jenis Makki adalah sebanyak 86.

Jumlah surah jenis Madani adalah sebanyak 28.

Bacaan imalah terdapat pada ayat 41 surah Hud. 

Bacaan tashil terdapat pada ayat 44 surah Fussilat. 

Bacaan naql terdapat pada ayat 11 surah Al-Hujurat : 


*  Bacaan isymam terdapat pada ayat 11 surah Yusuf : 
Bacaan saktah terdapat pada 5 ayat :

a) Ayat 1, surah Kahfi

b) Ayat 51, surah Yaasin

c) Ayat 28, surah Haqqah (boleh saktah dan waqaf)

d) Ayat 27, surah Qiyamah

e) Ayat 14, surah Muthaffifin

Friday, 15 August 2014

TEKNIK MENJAWAB SPM-PENDIDIKAN ISLAM

Tarikh  :  11 Ogos 2014
Hari  : Isnin
Masa  :  9.00 - 11.00 pagi
Tempat  : Bilik Tayang
Penceramah  : Ustaz Hj. Abdullah bin Tahir
SMA JAIM Al Ahmadi, Sungai Udang, Melaka




Tuesday, 5 August 2014

KEMPEN MENYEGERAKAN PUASA SUNAT 6 DI BULAN SYAWAL



Dalil disyariatkan ibadah puasa sunat Syawal adalah sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:

Barang siapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang masa.“
Hadis riwayat Imam Muslim.
Puasa pada bulan Ramadan dibalas dengan ganjaran bersamaan sepuluh bulan (iaitu bersamaan dengan 300 hari), puasa enam hari (pada bulan Syawal) pula mendapat ganjaran sebanyak dua bulan (iaitu bersamaan dengan 60 hari), yang demikian itu menjadi sunah yang sempurna, maka tercapailah pahala beribadah setahun tanpa kesulitan sebagai kurnia daripada Allah dan nikmat ke atas hamba-Nya.
 Taudhih al-Ahkam min Bulughul Maraam, jilid 3, ms. 576, Pustaka Azzam.

Cara yang paling utama untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah Hari Raya Aidilfitri secara langsung (iaitu pada tarikh 2 Syawal), berturut-turut sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam al-Syafie. Namun begitu seseorang juga bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahan mahupun akhirnya dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut mahupun berpisah-pisah.

Salam Aidilfitri 1435H


MAJLIS PENYERAHAN INFAQ RAMADHAN 2014/1435H

Tarikh: 22 Julai 2014 (24 Ramadan 1435H)

Hari: Selasa
Masa: 8.30 pagi hingga 9.00 pagi
Tempat: Surau Al-Firdausi, SSN SMKSK.

PROGRAM IHYA RAMADHAN 2014/1435H

Tarikh: 17 Julai 2014 (19 Ramadan 1435H)

Hari: Khamis
Masa: 6.45 ptg
Tempat: Surau Asrama SSN SMK Seri Kota.


Monday, 14 July 2014

Monday, 9 June 2014

GERAK KERJA PAKEJ PERCUTIAN PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 DAN TINGKATAN 4 CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2014


To my beloved students, as I promised to upload packages percutian Pendidikan Islam Tingkatan 5..so please download, anwer it and pass up on thursday (19 July 2014).. klik here..


Here for my form 4 students...do the same things ....

Wednesday, 4 June 2014

INSTRUMENT CONTOH PENDIDIKAN ISLAM PT3



Assamualaikum ...semua guru nak tau bentuk soalan bertulis bagi PT3..ini pendidikan Islam .. mata pelajaran lain tengok sendiri dalam laman web Lembaga peperiksaan..

 Klik here :  INSTRUMENT CONTOH PENDIDIKAN ISLAM PT3

Berjenaka je..sorry la..yg. lain2 ...

Klik Di Sini  :  INSTRUMENT CONTOH PT3

Tuesday, 3 June 2014

Hukum makan coklat cadbury


PUTRAJAYA: Hukum produk Cadbury yang disahkan halal sebelum didakwa mengandungi Asid Deoksiribonukliek (DNA) babi adalah seperti hukum asalnya iaitu 'halal dimakan', demikian menurut Fatwa Majlis Kebangsaan.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ia termasuk dalam kategori keadaan 'Umum al-Balwa', iaitu keadaan musibah atau kesukaran yang berleluasa dan sukar dielak.

"Dalam kes produk siap diproses dan telah dipasarkan kepada pengguna yang pada asasnya telah dihasilkan melalui pemprosesan serta menggunakan bahan-bahan yang suci dan halal, dan juga telah disahkan sebagai HALAL tetapi kemudian didapati telah berlaku kontaminasi DNA babi pada sebahagian produk (kelompok tertentu sahaja), maka dalam keadaan ini, Muzakarah telah memutuskan bahawa ia adalah dikategorikan sebagai 'Umum al-Balwa'.

"Hukum produk tersebut adalah merujuk kepada hukum asal iaitu halal dimakan kerana pencemaran atau kontaminasi yang berlaku adalah di luar kawalan dan amat sukar dielakkan," katanya dalam satu kenyataan Khamis.


Abdul Shukor berkata umat Islam yang termakan coklat itu juga tidak perlu ragu-ragu atau terlalu gusar terhadap kesucian tubuh badan mereka dan tidak perlu menyamak perut, mulut atau menukar darah.

"Islam bukanlah agama yang terlalu ketat (rigid) dan menyusahkan umatnya, lebih-lebih lagi dalam keadaan atau perbuatan yang di luar pengetahuan dan kawalan," katanya.

Beliau berkata pendekatan hukum yang dibuat Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan itu adalah selaras dengan ajaran Islam yang bersifat rahmah dan tidak memberatkan umatnya dalam kedaan yang mereka tidak ketahui atau tidak sedari sehingga menyukarkan kehidupan seperti pencemaran DNA babi dalam produk makanan seumpama ini.

Hukum Mengerjakan Haji Lebih Dari Sekali

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-20 yang bersidang pada 2 April 1988 telah membincangkan Hukum Haji Lebih Daripada Sekali. Muzakarah telah memutuskan bahawa perspektif hukum bahawa kesan jemaah haji menunaikan haji lebih daripada sekali adalah berkebajikan didunia dan beroleh ganjaran yang besar diakhirat. terserahlah kepada orang perseorangan bahawa dia telah mendahulukan amalan yang wajib kemudian mengerjakan pula amalan yang sunat.
 
Keputusan (English): 
 
The Ruling on Performing the Hajj More Than Once

Decision:

The 20th Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 2nd April 1988 has discussed the Ruling on Performing the Hajj More Than Once. The Conference decided that from the religious legal perspective, the impact of performing the hajj more than once will lead to benefits in this world and great rewards in the Hereafter. As such, it is up to the individual to prioritize his obligatory deeds and follow it with the recommended practices.
Sumber : e-fatwa

About Me

 
Ustazah Puspa© Diseñado por: Compartidisimo