topbella

Sunday, 30 December 2012

Bacaan tasbih kaffarah



Ustazah selalu ditanya tentang bacaan tasbih kaffarah ( yang selalu dibaca ketika menutup sesuatu majlis )  ini dia bacaannya..selamat menghafaz dengan bacaan yang betul :-) ..


Thursday, 27 December 2012

Majlis Perasmian Asrama Baru SSN SMK Seri Kota

Tarikh  :  28 Disember 2012
Hari  :  Jumaat
Masa  :  9.00 pagi hingga 11.00 pagi
Perasmi  :  PPD Melaka Tengah
Tempat : Surau Asrama

Ustaz Rizal mempengerusikan majlis

guru-guru perempuan yang hadir

Ustaz Fairos mengetuai Bacaan Yasin dan solat hajat

Guru-guru lelaki yang hadir

Ucapan Tn. Pengetua .. Tn Hj. Daud Abdull


Wakil PPD Melaka Tengah dan Tn Pengetua sedang beramah mesra...

meja VIP semasa jamuan

Sempat berposing sementara menunggu nasi beriyani.. :-) 


HUKUM UCAPAN KRISMAS DAN SEUMPAMANYA ..

السلام عليكم


Sebenarnya saya merasa agak pening dengan pertanyaan yang sebegini daripada anak - anak , saudara  mara dan rakan - rakan ... jadi sebagai warganegara Malaysia saya rujuk pada JAKIM .. so ini jawapannya .. harap dapat membantu ..  والله سبحانه أعلم


Soalan

Assalamualaikum, saya berharap panel sudi menjawab kemusykilan saya. Apakah hukum kita mengucapkan 'merry christmas/selamat hari krismas' kpd teman2 yg beragama kristian? Adakah benar sesetengah pihak mengatakan ia haram dan syirik? Adakah salah kita mengucapkan ucapan tersebut? Saya mohon jwpn yg jelas dan mudah difamaihi. Terima kasih.

Jawapan


Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Hukum mengucapkan selamat menyambut hari Krismas ataupun perayaan-perayaan yang lain adalah diharuskan. Ringkasnya, memberi ucapan selamat tidak semestinya kita mendoakan selamat untuk agama mereka atau untuk kekufuran mereka. Malah, kita boleh niatkan semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala selamatkan mereka daripada kesesatan dan kekufuran mereka dan kurniakan mereka taufiq dan hidayah seterusnya terbuka hati mereka untuk memeluk Islam.
Namun begitu, apa yang dilarang kepada umat Islam ialah menyambut perayaan tersebut (perayaan agama mereka) bersama-sama mereka seperti mana kita menyambut perayaan kita sendiri khususnya di rumah-rumah ibadat mereka ataupun di majlis-majlis yang khusus dibuat untuknya. Adapun menziarahi mereka di rumah-rumah mereka adalah tidak dilarang. Malah ia dapat menggambarkan kepada mereka tentang prinsip Islam yang mengamalkan sikap mesra terhadap golongan bukan Islam.
Dalam hal ini Allah Subhanahu Wa Ta'ala ada berfirman, maksudnya:
8. Allah    tidak    melarang    kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi   kamu   kerana   ugama (kamu),   dan   tidak   mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya     Allah     mengasihi orang-orang yang berlaku adil.

9. Sesungguhnya   Allah   hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi   kamu   kerana   ugama (kamu),  dan  mengeluarkan   kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu    (orang    lain)     untuk mengusir   kamu.   Dan   (ingatlah), sesiapa  yang  menjadikan   mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
(Surah al-Mumtahanah 60:8-9)

Semoga dengan itu dapatlah kita gunakan kesempatan dan kelonggaran yang diberikan Allah Subhanahu Wa Ta'ala kepada kita untuk berdakwah dan memperlihatkan kepada mereka cara hidup Islam yang begitu sempurna dan amat bersesuaian dengan kehendak hidup seorang manusia yang normal. Wallahu 'alam.

Thursday, 20 December 2012

In House Training PBS Pendidikan Islam Tingkatan 2

Penyebaran Maklumat PBS Tingkatan 2

Tarikh  :  20 Disember 2012
Hari  :  Khamis
Masa  :  8.00 Pagi - 4.00 Petang
Tempat  : Makmal Sains
Penyampai  :  Ustaz Rosli Yusuf
GPI  :  Ustaz Mohd Fairos Jaafar
            Pn. Hjh. Noorlizah Eusoff
            Pn. Hjh. Puspa Adam

Khusyuk mendengar ....

Penuh keyakinan dan bersemangat  Ustaz Rosli memberi penerangan ..
Berita gembira evidens untuk tingkatan 2 hanya 32 je .. tahniah LPM !! kerana memahami kami guru - guru pelaksana ... syukran ...


Tuesday, 18 December 2012

Keputusan PMR 2012 - Pendidikan Islam

Assalamualaikum

Peratus Lulus  2012  :  94.03 ( 50/53 calon )
3 orang pelajar yang gagal termasuk seorang pelajar pendidikan khas.

Tahniah kepada Ustazah Noorlizah yang mengajar kesemua calon PMR pada tahun 2012..

Monday, 17 December 2012

Keputusan PMR 2012

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Keputusan PMR 2012 akan diumumkan esok
 - 19 Disember 2012 -
( Rabu )

Rujuk portal lembaga peperiksaan Malaysia

pmr2012

Makluman


سم الله الرحمن الرحيم


اللهم صل على محمد وآل محمد

  • Kepada guru - guru Pendidikan Islam SSN SMK Seri Kota .. oleh kerana beberapa masalah - in house training untuk PBS Pendidikan Islam Tingkatan 2 ditunda daripada 19 hb Disember ( Rabu )  kepada 20 Disember 2012 ( Khamis)..Harap Maklum ... Syukran.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Wednesday, 5 December 2012

3 Gelombang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

pppm

Proses transformasi sistem pendidikan akan dilaksana dalam tempoh 13 tahun di mana :-
  • Gelombang 1 (2012-2015) menumpukan kepada usaha memperbaiki sistem dengan memberi sokongan guru dan tumpuan kepada kemahiran asas.
  •  Gelombang 2 (2016-2020) pula mempercepatkan penambahbaikan sistem.
  •  Gelombang 3 (2021-2025) ke arah kecemerlangan menerusi operasi yang lebih fleksibel.

Pelan ini turut menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam sifat utama untuk membolehkan mereka bersaing di peringkat global iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran diwbahasa, beretika dan beragama, serta beridentiti kebangsaan.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


pppm
Pelan Pembangunan Pendidikan ( PPP ) ini merupakan pembaharuan yang bakal dilakukan kepada sistem pendidikan negara yang mana tempoh pelaksanaanya adalah dari tahun depan sehingga tahun 2025. Sebelum ini, iaitu sekitar 2006 sehingga 2010 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan digunapakai dan sejajar dengan kemajuan serta trend negara yang semakin berubah memerlukan satu pembaharuan dimana ia dirangka didalam satu pelan baru iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan ( PPP ) yang bakal diumumkan kira-kira jam 10 pagi nanti oleh Perdana Menteri Malaysia.

Aspek yang bakal disentuh dalam Pelan Pembanguan Pendidikan ( PPP )

Secara umum, 9 perkara dibawah adalah aspek yang bakal disentuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan iaitu :

Memartabatkan profesion perguruan.
  • Meningkatkan kualiti guru
  • Pengambilan calon guru melalui akademik cemerlang
  • Kualiti dalam latihan perkhidmatan
  • Menambah bilangan guru dengan tetapan 1 guru 13 orang pelajar berbanding sebelum ini 1 guru 16 orang pelajar.

Meningkatkan kepimpinan sekolah.
  • Memberi ganjaran kepada pengetua dan guru besar yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang dan meningkatkan prestasi sekolah.
  • Pemilihan pengetua dan guru besar berdasarkan merit serta pelan peralihan yang lebih berkesan.

 Meningkatkan kualiti sekolah.
  • Meningkatkan kemudahan ICT disekolah
  • Kemudahan Internet dan jalur lebar

Memantapkan standard kurikulum dan pentaksiran.
  • Membina kurikulum yang memnuhi piawaian antarabangsa
  • Memberi penekanan kepada aspek kreatif, penyelesaian masalah dan inovasi.

Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa.
  • Meningkatkan penguasaan bahasa ketiga

Penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan sosial sebagai rakan kongsi.
  • Hubungan yang lebih baik dan peglibatan diluar lingkup sekolah

Meningkatkan kesediaan murid untuk pendidikan tinggi dan pasaran kerja.
  • Kepelbagaian aspek terus diterapkan untuk memberikan pelajar lebih bersedia dengan alam pekerjaan
  • Kemahiran seperti kepimpinan, kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran aturan tinggi dan kebolehan komunikasi berkesan.

Memperbaik kecekapan dan keberkesanan sumber.
  • Mengurus sumber  dengan lebih berkesan untuk menjamin keberkesanan dalam pendidikan negara

Membina kemampuan dan keupayaan sistem penyampaian.
  • Kualiti dan susun urus tadbir kementerian ditingkatkan
  • Kecekapan pegawai disetiap peringkat pengurusan dipertingkatkan.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


pppm

11 anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:

1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.

Makluman Kepada Semua guru

Assalamualaikum ....

Dimaklumkan bahawa SPPBS telah ditutup untuk kemasukan prestasi.

Walau bagaimanapun, sistem akan dibuka mulai 10 Disember 2012 sehingga 17 Disember 2012 untuk cetakan pelaporan sahaja.

Terima kasih.

Monday, 26 November 2012

Soalan percutian untuk pelajar -pelajar tingkatan 4


سم الله الرحمن الرحيم

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته


Kepada pelajar Tingkatan 4 sila klik di bawah:

download , print , jawab dan hantar pada ustazah/ustaz pada hari pertama persekolahan tahun depan
 ( 2 Januari 2013 ) .... insya Allah

if you all nak e mail pun boleh

have a nice cuti ... :-)

Takwim Persekolahan 2013 - Kumpulan B

Cuti sekolah di negeri Perlis Pulau Pinang Perak Selangor Negeri Sembilan Melaka Johor Pahang Sabah Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Labuan&Putrajaya

Untuk perincian penuh rujuk gambar di bawah

Takwim Cuti Sekolah 2013 2 kalendar takwim cuti sekolah 2013 dan persekolahan

Thursday, 22 November 2012

Puasa Sunat Muharam

Rahsia di sebalik bulan Muharram?
Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihiHijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharram membawa maksud “diharamkan” atau “dipantang” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91).Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan  tersebut.
Peristiwa-peristiwa penting bulan Muharram:
1. 1 Muharram – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
2. 10 Muharram – Dinamakan juga hari “Asyura” pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah dari menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharram juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
13. Hari pertama Allah menciptakan alam
14. Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat
15. Hari pertama Allah menurnkan hujan
16. Allah menjadikan ‘Arasy
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz
18. Allah menjadikan alam
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril
20. Nabi Isa diangkat ke langit
1. Berpuasa.
Maksud Hadis: barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharram pahalanya seumpama berpusasa 30 tahun.
Maksud Hadis:Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X
14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram )
1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
3. Menahan marah
fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan  yang ridha
4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah
fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya  keimanan.
8. Mandi Sunat
fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
9. Bercelak
fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu
10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
11 Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12 Membaca
“has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”
fadhilat – Tidak mati pada tahun ini
13.Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14.Puasa
Niat – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah  Taala.
fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu
kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Sekurang-kurangnya berpuasalah pada sepuluh Muharram. Lagi bagus kalau bolehpuasa sunat 9 dan 10 Muharam. Ini seperti yang ditunjukkan dalam hadis-hadis berikut;
Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka).
Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (Riwayat Muslim)
Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (Riwayat. Muslim).
So .. jom puasa sunat .. ikut kemampuan masing - masing .. Hari Asyura jatuh pada hari Sabtu ( 24 November 2012 ) ...

Wednesday, 21 November 2012

Tarikh SPPBS dilanjutkan ...


Assalamualaikum...

Dimaklumkan bahawa tarikh akhir kemasukan prestasi murid Akademik dan Non Akademik bagi Tingkatan 1 ke dalam SPPBS telah dilanjutkan kepada 30 November 2012.

Syukran.

Tuesday, 20 November 2012

Serangan Israel ke Gaza , Palestin..













Salam Persaudaraan..

Kita disibukkan dengan urusan dunia, sedangkan 

di sana (Gaza) pembedilan secara kejam terus berlaku.
 Marilah kita berdoa agar sang penjahat ditimpakan 
bala yang besar oleh Tuhan. Paling tidak! Itulah 
ingatan kita terhadap episod luka rakyat Palestin.

















Kasih si ayah tidak tertahan melihat anaknya cedera! 
Sesekali kita ke hospital kerana anak sakit pun, sudah 
puas menunggu, sebaliknya mereka menahan kasih 
melihat anak tidak tertahan sakitnya.















Kita akan diusung pabila sampai waktunya..

Palestin Berdarah lagi...


Assalamualaikum dan Persaudaraan Islam,

Paling menyayat hati, apabila kanak-kanak kecil yang dilihat seperti anak, anak kaum keluarga, anak-anak jiran dan kanak-kanak yang masih bebas meneruskan keriangan, ketawaan dan terheret dalam dunianya.

Lebih-lebih lagi kanak-kanak di Palestin tidak sama - bahkan amat perit, pedih, azab lapar dan dahaga kasih ibu apa, abang sulung, kakak ataupun bapa saudara yang lebih awal mengadap Ilahi.

Terkesima dengan nasib rakyat Palestin - mungkin ramai berpendapat mereka ini merasai azab  begitu berat sementara hidup di dunia ini kerana jelas mereka akan bertemu syahid.

Kita mungkin boleh berdoa untuk sama-sama merasai penderitaan mereka, paling tidak memberi sumbangan wang ke tabung Aman Palestin, Pemuda Masjid, dan sebagainya.

Tetapi umat Islam di mana-manapun perlu ikuti perkembangan umat Islam di Palestin. Harap janganlah leka dan terabai tanggungjawab terhadap masa depan agama, bangsa, bahasa dan keturunan kita dari mengalami nasib sama.


Serangan ke Israel ke atas Palestin sudah pasti mampu menyatukan umat Islam di sini. Maka cantumkan hati kita tanpa mengira idealogi dan kepentingan politik. Sama-sama kita ke masjid untuk sama-sama bersuara tentang kezaliman Zionis Yahudi ini.



Kalau Ingin Ke Palestin

Kalau ingin berdoa, berdoalah
Kalau ingin menderma, dermalah
Kalau ingin menangis, menangislah
Kalau ingin berteriak, teriaklah
Kalau ingin bersuara, bersuaralah
Kalau ingin meradang, meradanglah
sepuas hatimu; Zionis semakin hampir
mengetuk pintu rumah kita di hadapan

Kalau ingin ke Palestian, berdoalah
sepuas hatimu.

Sunday, 18 November 2012

Makluman kepada pelajar SPM 2012


Salam Maal Hijrah...

Segala soalan sama ada ramalan atau apa sahaja tips disiarkan di laman blog ini hanyalah sekadar ingin memberikan kefahaman tehadap perkara-perkara tertentu dalam peperiksaan. Para pelajar digalakkan membaca keseluruhan sukatan pelajaran Pendidikan Islam untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Jangan terlalu mengharapkan kepada ramalan tetapi perkuatkan hafalan dan pembacaan semua perkara, fakta dan istilah..  Mudah - mudahan anda akan berjaya..Insya Allh ...Buat yang terbaik untuk peperiksaan esok ye...Doa ustazah sentiasa bersama kamu semua ..:-)

Saturday, 17 November 2012

Tips Menghadapi saat - saat akhir Peperiksaan

SEHARI SEBELUM HARI PEPERIKSAAN

1. Baca secara imbas semua panduan, tips dan rumusan penting untuk matapelajaran yang akan anda ambil esok.
2. Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat "SAYA BOLEH LAKUKAN!"
3. sediakan segala peralatan untuk menulis (pensil 2B siap diraut tajam - 2 batang, pemadam - 2 butir, peraut pensil - 1 & pastikan tajam bagi mengelak pensil patah berulang kali, pembaris - 1 batang pendek & sebatang lagi yang panjang, pen - 2 batang, warna kayu - satu set & set geometri - jika perlu.dan lain-lain.
4. Mohon ibu bapa doakan kejayaan anda.
5. Tidur seawal pukul 9.00 malam bagi membenarkan otak memproses semua maklumat yang anda imbas sebentar tadi.

SEMASA HARI PEPERIKSAAN

1. Bangun awal.
2. Sembahyang Tahajud, Subuh , Hajat
3. Bersiap sedia ke sekolah
4. Jangan lupa untuk bersarapan. Jangan terlalu berat. Takut nanti, anda sakit perut atau merasa tidak selesa semasa berada dalam dewan peperiksaan.
5. Pastikan anda membawa:-
a) Semua peralatan untuk menulis yang telah anda sediakan semalam.
b) Surat lahir / kad pengenalan
c) Slip angka giliran anda.
6. Sebelum bersalaman dengan ibu bapa, lakukan perkara2 berikut:-

a) Baca Surah Al-Fatihah - 3X

b) Takbir - 7X

c) Selawat Ke atas Nabi Muhammad S.A.W - 3X

7. Salam & cium tangam ibu bapa.
8. Langkah kanan bila keluar rumah dan jangan toleh belakang.
9. Bertolak ke sekolah lebih awal dari biasa. - Ini bertujuan untuk mencipta suasana tenang. Tergesa-gesa akan mencetuskan perasaan panik.

BILA TIBA DI SEKOLAH

1. Sampai je di sekolah, duduk di suatu sudut dan baca semula secara imbas semua panduan, tip-tip penting dan rumusan.
2. Tarik nafas dalam2 dan releks.
3. Baca:-
 Surah Al-Fatihah - 3X

,Takbir - 7X

Doa Penerang Hati - 1X 


Selawat Ke atas Nabi Muhammad.


DALAM DEWAN PEERIKSAAN

1. Duduk dengan tenang. Tarik nafas dan bertawakal. Yakin dengan usaha anda selama ini.
2. Baca :-
Doa Penerang hati
Doa Tidak Lupa

3. Sebelum buka kertas soalan, bacalah surah Al-Fatihah dan mula mejawab.
4. Sekiranya ada maklumat, fakta atau rumusan penting yang anda terlupa,jangan panikBerselawatlah ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW.., insya'Allah boleh ingat semula.

SELEPAS PEPERIKSAAN

Selesai sahaja menjawab setiap kertas soalan JANGAN BINCANG KERTAS SOALAN ATAU JAWAPAN DENGAN SESIAPA PUN SEHINGGALAH HARI PEPERIKSAAN BERAKHIR.


Semoga kejayaan menjadi milik anda semua. Amin.

Mutiara kata:-
Sesungguhnya DOA merupakan senjata orang-orang Mukmin yang paling ampuh.
Usaha yang diiringi dengan doa mampu membuahkan hasil diluar jangkaan.
Yang selebihnya.., kita hanya mampu bertawakal & redha.
Sesungguhnya hanya Dia yang maha mengetahui akan segalanya. 

About Me

 
Ustazah Puspa© Diseñado por: Compartidisimo