السلام عليكم
Soalan
Sebenarnya saya merasa agak pening dengan pertanyaan yang sebegini daripada anak - anak , saudara mara dan rakan - rakan ... jadi sebagai warganegara Malaysia saya rujuk pada JAKIM .. so ini jawapannya .. harap dapat membantu .. والله سبحانه أعلم
Soalan
Assalamualaikum, saya berharap panel sudi menjawab kemusykilan saya. Apakah hukum kita mengucapkan 'merry christmas/selamat hari krismas' kpd teman2 yg beragama kristian? Adakah benar sesetengah pihak mengatakan ia haram dan syirik? Adakah salah kita mengucapkan ucapan tersebut? Saya mohon jwpn yg jelas dan mudah difamaihi. Terima kasih.
Jawapan
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Hukum mengucapkan selamat menyambut hari Krismas ataupun perayaan-perayaan yang lain adalah diharuskan. Ringkasnya, memberi ucapan selamat tidak semestinya kita mendoakan selamat untuk agama mereka atau untuk kekufuran mereka. Malah, kita boleh niatkan semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala selamatkan mereka daripada kesesatan dan kekufuran mereka dan kurniakan mereka taufiq dan hidayah seterusnya terbuka hati mereka untuk memeluk Islam.
Namun begitu, apa yang dilarang kepada umat Islam ialah menyambut perayaan tersebut (perayaan agama mereka) bersama-sama mereka seperti mana kita menyambut perayaan kita sendiri khususnya di rumah-rumah ibadat mereka ataupun di majlis-majlis yang khusus dibuat untuknya. Adapun menziarahi mereka di rumah-rumah mereka adalah tidak dilarang. Malah ia dapat menggambarkan kepada mereka tentang prinsip Islam yang mengamalkan sikap mesra terhadap golongan bukan Islam.
Dalam hal ini Allah Subhanahu Wa Ta'ala ada berfirman, maksudnya:
8. Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
9. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
(Surah al-Mumtahanah 60:8-9)
Semoga dengan itu dapatlah kita gunakan kesempatan dan kelonggaran yang diberikan Allah Subhanahu Wa Ta'ala kepada kita untuk berdakwah dan memperlihatkan kepada mereka cara hidup Islam yang begitu sempurna dan amat bersesuaian dengan kehendak hidup seorang manusia yang normal. Wallahu 'alam.
SUMBER JAKIM : Ucapan hari krismas dan seumpamanya.
0 comments:
Post a Comment