Pelan Pembangunan Pendidikan ( PPP ) ini merupakan pembaharuan yang bakal dilakukan kepada sistem pendidikan negara yang mana tempoh pelaksanaanya adalah dari tahun depan sehingga tahun 2025. Sebelum ini, iaitu sekitar 2006 sehingga 2010 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan digunapakai dan sejajar dengan kemajuan serta trend negara yang semakin berubah memerlukan satu pembaharuan dimana ia dirangka didalam satu pelan baru iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan ( PPP ) yang bakal diumumkan kira-kira jam 10 pagi nanti oleh Perdana Menteri Malaysia.
Aspek yang bakal disentuh dalam Pelan Pembanguan Pendidikan ( PPP )
Secara umum, 9 perkara dibawah adalah aspek yang bakal disentuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan iaitu :
Memartabatkan profesion perguruan.
- Meningkatkan kualiti guru
- Pengambilan calon guru melalui akademik cemerlang
- Kualiti dalam latihan perkhidmatan
- Menambah bilangan guru dengan tetapan 1 guru 13 orang pelajar berbanding sebelum ini 1 guru 16 orang pelajar.
Meningkatkan kepimpinan sekolah.
- Memberi ganjaran kepada pengetua dan guru besar yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang dan meningkatkan prestasi sekolah.
- Pemilihan pengetua dan guru besar berdasarkan merit serta pelan peralihan yang lebih berkesan.
Meningkatkan kualiti sekolah.
- Meningkatkan kemudahan ICT disekolah
- Kemudahan Internet dan jalur lebar
Memantapkan standard kurikulum dan pentaksiran.
- Membina kurikulum yang memnuhi piawaian antarabangsa
- Memberi penekanan kepada aspek kreatif, penyelesaian masalah dan inovasi.
Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa.
- Meningkatkan penguasaan bahasa ketiga
Penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan sosial sebagai rakan kongsi.
- Hubungan yang lebih baik dan peglibatan diluar lingkup sekolah
Meningkatkan kesediaan murid untuk pendidikan tinggi dan pasaran kerja.
- Kepelbagaian aspek terus diterapkan untuk memberikan pelajar lebih bersedia dengan alam pekerjaan
- Kemahiran seperti kepimpinan, kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran aturan tinggi dan kebolehan komunikasi berkesan.
Memperbaik kecekapan dan keberkesanan sumber.
- Mengurus sumber dengan lebih berkesan untuk menjamin keberkesanan dalam pendidikan negara
Membina kemampuan dan keupayaan sistem penyampaian.
- Kualiti dan susun urus tadbir kementerian ditingkatkan
- Kecekapan pegawai disetiap peringkat pengurusan dipertingkatkan.
0 comments:
Post a Comment