أعوذ
بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم.
بسم
الله الرحمن الرحيم.
السلام
عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد
لله رب العالمين والصلاة والسلام على
أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى
آله وصحب
أجمعين
Bagaimanakah semangat Syawal yang perlu
diterapkan?
1.
Semangat kita dengan Allah s.w.t. :
Seorang
hukama pernah berkata:
“Bukanlah hari raya itu hanya dengan baju yang baru, tetapi hakikat
hari raya itu adalah dengan takwa
yang semakin jitu.”
Semangat ketakwaan yang semakin menebal dan kukuh di jiwa setiap
calon yang telah berjaya menamatkan latihan Ramadan selama sebulan,
itulah makna hari raya sebenarnya yang dikehendaki syarak.
Dalam
pada itu juga, Aidilfitri harus disambut dengan penuh
kesyukuran
kepada Yang Esa atas nikmat agung berupa Hari Kebesaran yang
dihadiahkan Allah kepada sekalian hamba-Nya yang telah menamatkan
ibadat puasa pada bulan Ramadan.
2.
Semangat kita sesama manusia
Semangat
bermaaf-maafan,
iaitu buangkan yang keruh, ambil yang jernih adalah semangat yang
harus diterapkan sempena hari mulia ini.
Begitu
juga semangat
bantu-membantu
terutamanya terhadap golongan yang susah, seperti anak-anak yatim,
golongan fakir dan miskin, ibu-ibu tunggal, kaum mualaf dan
seumpamanya.
Hadis
Nabi bermaksud: Sesiapa yang tidak bersyukur dengan nikmat yang
sedikit, pasti tidak bersyukur dengan nikmat yang banyak. Sesiapa
yang tidak berterima kasih dengan manusia, sebenarnya, dia tidak
bersyukur dengan Allah s.w.t. (Riwayat Imam Ahmad).
Semangat
ziarah-menziarahi,
mengeratkan silaturahim dan mengukuhkan perpaduan sesama insan amat
penting.
Hadis
nabi bermaksud:
Sesiapa yang menginginkan agar murah rezeki dan dilanjutkan ajalnya,
maka hubungkanlah silaturahim. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Beberapa
persoalan
di hari raya ....
Adakah
harus bergembira pada hari raya?
Harus, malah disunatkan, akan tetapi hendaklah tidak membabitkan perkara-perkara yang haram.
Harus, malah disunatkan, akan tetapi hendaklah tidak membabitkan perkara-perkara yang haram.
Mengenai
galakan menzahirkan kegembiraan, terdapat hadis Rasulullah s.a.w.
yang menyebutkan; “Senyumanmu di hadapan wajah saudara kamu adalah
sedekah bagimu”.
(Riwayat
Imam at-Tirmizi dari Abu Zarr r.a.)
Apakah
disunatkan bertakbir pada hari raya?
Ya
disunatkan .
Siapakah
yang disunatkan bertakbir?
Disunatkan bertakbir pada hari raya bagi lelaki dan perempuan, kanak-kanak (yang mumayyiz) dan orang dewasa, orang dalam negeri atau sedang bermusafir. Ketika bertakbir, adakah disunatkan meninggikan suara?
Ya , bertujuan untuk menzahirkan syi’ar agama.
Disunatkan bertakbir pada hari raya bagi lelaki dan perempuan, kanak-kanak (yang mumayyiz) dan orang dewasa, orang dalam negeri atau sedang bermusafir. Ketika bertakbir, adakah disunatkan meninggikan suara?
Ya , bertujuan untuk menzahirkan syi’ar agama.
Adakah
harus mendengar nyanyian dan berhibur pada hari raya?
Ya, harus dengan syarat nyanyian dan hiburan yang bersih dari maksiat dan mungkar.
Ya, harus dengan syarat nyanyian dan hiburan yang bersih dari maksiat dan mungkar.
SEMOGA
KITA DAPAT SAMA-SAMA MENGHIDUPKAN AMALAN SUNAT DI HARI RAYA. HARI
RAYA MERUPAKAN HARI KEMENANGAN DALAM MELAWAN NAFSU . ’ SELAMAT
HARI RAYA AIDIL FITRI....MAAF ZAHIR BATIN ’
وبالله
التوفيق والهدايه والسلام عليكم ورحمة
الله وبركاته
Disediakan
oleh : Panitia Pendidikan Islam..
0 comments:
Post a Comment