topbella

Sunday, 12 August 2012

BULETIN RAMADHAN 1433/2012 (BIL 3)


أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم.  بسم الله الرحمن الرحيم.  السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحب أجمعين
Ramai yang menghabiskan sepuluh terakhir Ramadhan di pasaraya dan kedai – kedai kerana mahu menyambut hari raya sedangkan pada masa yang sama tawaran yang lebih hebat apabila kita beramai-ramai menghidupkan sepuluh malam terakhir itu di surau atau masjid. Janganlah kerana mahu mengejar kehidupan yang sementara ini , kita terlupa kepada bekalan apabila bertemu dengan Allah di akhirat kelak.
MAKSUD  LAILATUL QADAR
Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Di malam itu turun para malaikat dan Jibril dengan Izin Allah untuk mengatur segala urusan. Pada malam itu ( penuh ucapan ) kesejahteraan sehingga terbit fajar.

SEBAB KURNIAAN LAILATUL QADAR KEPADA UMAT MUHAMMAD S.A.W.
1. Seorang pemuda mendirikan solat malam sehingga Subuh. Kemudian dia berjihad melawan musuh pada
    siang hari sehingga petang. Dia melakukan amalan ini selama seribu tahun.
2. Nabi telah menceritakan tentang seorang pemuda bani Israel telah membawa senjata berjihad di jalan
    Allah selama seribu tahun .
3. Nabi telah menyebut tentang 4 orang drp. bani Israel di mana mereka telah menyembah Allah selama 80
    tahun tanpa membuat maksiat walau pun sekelip mata.
4. Rasulullah s.a.w merasa bimbang apabila melihat kepada umur  umatnya terlalu singkat berbanding umat
    sebelumnya.
SEBAB DISEMBUNYIKAN MALAM AL-QADAR
Pertama  : Allah menyembunyikan malam al-qadar agar umat Islam dapat membesarkan kesemua malam
                  bulan Ramadhan tanpa memilih malam tertentu sahaja.
Kedua    :  Jika diberitahu secara jelas tentang malam al-Qadar maka ditakuti manusia tahu tentang
                  kedatangan malam tersebut tetapi dia tidak berusaha untuk merebutnya dengan amal ibadat .
Ketiga   :  Supaya seseorang mukallaf itu bersungguh-sungguh berusaha mencari malam al-qadar sehingga
                 dia mampu memperbanyakkan ibadat lalu dia memperolehi pahala daripada kesungguhannya itu.

TANDA - TANDA MALAM  AL-QADAR
Nabi s.a.w pernah mengambarkan kita di beberapa sabda beliau tentang tanda-tandanya, iaitu:
1. Udara dan suasana pagi yang tenang
2. Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat keesokannya
3. Terkadang terbawa dalam mimpi
4. Bulan nampak separuh bulatan
5. Malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan
tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi syaitan)
6. Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan
    bermunajat kepada Rabb-nya tidak seperti malam-malam lainnya.

Berbisiklah pada diri, berkemungkinan puasa kali ini adalah puasa yang terakhir dalam hidup kita sebab umur adalah dalam kekuasaan Allah. Semoga Allah s.w.t memanjangkan usia kita sehingga dapat berpuasa seikhlasnya tahun ini dan berjumpa Lailatul Qadar … Insya Allah.

وبالله التوفيق والهدايه والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Disediakan oleh : Panitia Pendidikan Islam

0 comments:

Post a Comment

About Me

 
Ustazah Puspa© Diseñado por: Compartidisimo