Assalamualaikum.....kepada
semua calon SPM, sebagai persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan
percubaan, di sini ustazah cuba paparkan beberapa siri latih tubi
bagi tajuk-tajuk ibadat tingkatan 4. Mudah-mudahan bahan latih tubi
ini dapat membantu anda mengingat fakta bidang ibadat dengan baik.
Selain itu, pelajar boleh
membina formula sendiri dengan teknik "mneumonik".
Contohnya, rukun haji dan rukun umrah dapat dihafaz dengan mudah
dengan menggunakan mneumonik berikut :
RUKUN HAJI
- Niat Ihram =
Nanny
- Wukuf di Arafah
= Went
- Tawaf di
Kaabah= To
- Saie = School
- Bercukur = By
- Tertib = Taxi
RUKUN
UMRAH
- Niat ihram= Nak
- Tawaf di
kaabah= Tidur
- Saie= Sila
- Bercukur= Bawa
- Tertib= Tilam
Contoh
mneumonik bagi "perkara wajib haji dan "syarat wajib haji":
PERKARA WAJIB HAJI :" Nak Makan Lauk Istimewa Mari Merasa Masakan Mamak Mesti Angau Menjilat 3 Jari"
Mneumonik/akrostik hendaklah
direka dengan menggunakan ayat yang lucu dan kelakar supaya anda
mudah mengingatinya. Semoga panduan di atas dapat meningkatkan
penguasaan pelajar dalam tajuk haji. Insya Allah, dalam entri yang
akan datang, ustazah akan paparkan tip dan panduan bagi tajuk-tajuk
berikutnya.. InsyaAllah. CU ... :)
0 comments:
Post a Comment