topbella

Saturday, 14 July 2012

IMAM TERLUPA RAKAAT SOLAT

Assalamualaikum ....
Baru - baru ni ramai tanya ustazah masalah ni...jadi baca dan fahamkan ok..tak faham juga jumpa ustazah...
IMAM TERLUPA RAKAAT APA MAKMUM PERLU BUAT? 
soalan: Saya solat Zohor bersama imam. Tiba-tiba imam terlupa dan menambah rakaat 5. Apakah yang perlu  makmum lakukan ?

Jawapan: Pertama sekali makmum hendaklah menegur imam dengan bertasbih (bagi lelaki) dan tepuk belakang tangan kiri (bagi perempuan). Sekiranya imam terus bangun rakaat 5, maka terdapat dua keadaan yang boleh dilakukan oleh makmum :

1. Jika makmum benar-benar yakin bahawa dia sudah solat 4 rakaat, maka dia boleh niat mufaraqah (niat tidak mengikut imam), dan apabila selesai tahiyat akhir maka boleh terus salam tanpa menunggu imam. Dia juga boleh untuk tidak berniat mufaraqah maka dia terus duduk tahiyat akhir dan membaca tahiyat kemudian menunggu imam memberi salam, barulah salam juga. Sekiranya tidak niat mufaraqah maka dilarang untuk memberi salam terlebih dahulu daripada imam (batal solatnya).

2. Jika makmum juga syak bilangan rakaat 4 atau 5 maka dia boleh terus mengikut imam yang terlupa tadi. (tidak batal solatnya).

* Peringatan:

Jika imam sujud sahwi, wajib makmum mengikut sujud sahwi imam walaupun makmum tersebut masbuk (lambat solat bersama imam). Sekiranya imam tidak sujud sahwi, makmum dilarang sujud sahwi kerana sujud sahwi sunat muakad sahaja.(batal solat makmum jika sujud juga)..... :)

0 comments:

Post a Comment

About Me

 
Ustazah Puspa© Diseñado por: Compartidisimo