topbella

Tuesday, 17 July 2012

SALAM RAMADHAN DRP. PANITIA PENDIDIKAN ISLAM ....

Sunday, 15 July 2012

HUKUM BERBUKA PUASA QADHA


Assalamualaikum ....


Ramai pelajar perempuan tanya ustazah soalan ini...so jawapannya ustazah kongsi dengan semua..pesanan ustazah .. tinggal 5 hari lagi dah nak Ramadhan... habiskan ganti puasa cepat ...


Soalan :
Apakah hukum berbuka puasa Qada Ramadhan - sekiranya alasan adalah letih dan tidak mampu meneruskan puasa? adakah hukum mengenai puasa qada Ramadhan sama dengan hukum puasa di bulan Ramadhan? Adakah sekiranya berbuka puasa ganti Ramadhan perlu diganti 2 kali ganda?

Jawapan :
Tidak mengapa.... berbuka ketika selain dari bulan Ramadhan. Tidak boleh berbuka sewenang-wenangnya tanpa ada keuzuran yang dibenarkan syara' di dalam Ramadhan kerana umat Islam wajib berpuasa di dalam bulan tersebut. Cuma sesiapa yang meninggalkan puasa , wajib menggantikannya pada hari-hari lain di luar bulan Ramadhan..

Sumber : Panel Kemusykilan Agama, JAKIM


Saturday, 14 July 2012

IMAM TERLUPA RAKAAT SOLAT

Assalamualaikum ....
Baru - baru ni ramai tanya ustazah masalah ni...jadi baca dan fahamkan ok..tak faham juga jumpa ustazah...
IMAM TERLUPA RAKAAT APA MAKMUM PERLU BUAT? 
soalan: Saya solat Zohor bersama imam. Tiba-tiba imam terlupa dan menambah rakaat 5. Apakah yang perlu  makmum lakukan ?

Jawapan: Pertama sekali makmum hendaklah menegur imam dengan bertasbih (bagi lelaki) dan tepuk belakang tangan kiri (bagi perempuan). Sekiranya imam terus bangun rakaat 5, maka terdapat dua keadaan yang boleh dilakukan oleh makmum :

1. Jika makmum benar-benar yakin bahawa dia sudah solat 4 rakaat, maka dia boleh niat mufaraqah (niat tidak mengikut imam), dan apabila selesai tahiyat akhir maka boleh terus salam tanpa menunggu imam. Dia juga boleh untuk tidak berniat mufaraqah maka dia terus duduk tahiyat akhir dan membaca tahiyat kemudian menunggu imam memberi salam, barulah salam juga. Sekiranya tidak niat mufaraqah maka dilarang untuk memberi salam terlebih dahulu daripada imam (batal solatnya).

2. Jika makmum juga syak bilangan rakaat 4 atau 5 maka dia boleh terus mengikut imam yang terlupa tadi. (tidak batal solatnya).

* Peringatan:

Jika imam sujud sahwi, wajib makmum mengikut sujud sahwi imam walaupun makmum tersebut masbuk (lambat solat bersama imam). Sekiranya imam tidak sujud sahwi, makmum dilarang sujud sahwi kerana sujud sahwi sunat muakad sahaja.(batal solat makmum jika sujud juga)..... :)

Friday, 13 July 2012

Kelas Tambahan Pendidikan Islam PMR (14 july 2012)

Ustazah Noorlizah memberi tunjuk ajar kepada pelajar

Teknik "open book test" dan perbincangan

Tekun membuat latih tubi...macam tengah exam....... tahniah !!

Tahniah kepada 17 orang pelajar yang hadir dan ustazah - ustazah

Tips menjawab soalan pendidikan Islam PMR

Assalamualaikum.... 

Hari ni ustazah ingin berkongsi beberapa tip untuk menjawab soalan PMR Pendidikan Islam. 

BAHAGIAN TILAWAH DAN HADIS

 * Bagi soalan terjemahan ayat Al Quran biasanya ayat yg digariskan ialah ayat yg mana bunyinya hampir sama dengan bunyi melayunya. Contoh: al-kitab yang bermaksud kitab. 

 * Bagi soalan menjawikan tulisan rumi, walau selemah mana pun anda, anda harus menguasai beberapa perkataan mudah seperti perkataan dan, yang, islam... Insyaallah 1 markah dalam tgn anda.

 * Anda juga perlu menguasai intisari ayat ayat al-Quran dan juga hadis. Biasanya soalan bertanyakan soalan berdasarkan ayat.

 * Berhati2 juga dengan terjemahan ayat Al Quran. Contoh ayat "zolamna". Jika anda jawab zalim maka jawapan anda tidak boleh diterima kerana jawapannya ialah "menzalimi kami" 
 
Setakat ni dulu..insyaAllah jumpa lagi.... :)

Friday, 6 July 2012

TEKNIK MNEUMONIK ( TAJUK - HAJI )


Assalamualaikum.....kepada semua calon SPM, sebagai persediaan awal untuk menghadapi peperiksaan percubaan, di sini ustazah cuba paparkan beberapa siri latih tubi bagi tajuk-tajuk ibadat tingkatan 4. Mudah-mudahan bahan latih tubi ini dapat membantu anda mengingat fakta bidang ibadat dengan baik.

Selain itu, pelajar boleh membina formula sendiri dengan teknik "mneumonik". Contohnya, rukun haji dan rukun umrah dapat dihafaz dengan mudah dengan menggunakan mneumonik berikut :

RUKUN HAJI
  1. Niat Ihram =   Nanny
  2. Wukuf di Arafah =  Went
  3. Tawaf di Kaabah=  To
  4. Saie =  School
  5. Bercukur =  By
  6. Tertib = Taxi
Mneumonik "rukun haji' = Nanny  Went  To   School  By   Taxi

RUKUN UMRAH
  1. Niat ihram=  Nak
  2. Tawaf di kaabah=  Tidur
  3. Saie=  Sila
  4. Bercukur=  Bawa
  5. Tertib=  Tilam
Mneumonik "rukun umrah"= Nak  Tidur  Sila  Bawa  Tilam

Contoh mneumonik bagi "perkara wajib haji dan "syarat wajib haji":


PERKARA WAJIB HAJI :" Nak Makan Lauk Istimewa Mari Merasa Masakan Mamak Mesti Angau Menjilat 3 Jari"




Mneumonik/akrostik hendaklah direka dengan menggunakan ayat yang lucu dan kelakar supaya anda mudah mengingatinya. Semoga panduan di atas dapat meningkatkan penguasaan pelajar dalam tajuk haji. Insya Allah, dalam entri yang akan datang, ustazah akan paparkan tip dan panduan bagi tajuk-tajuk berikutnya.. InsyaAllah. CU ... :)

Thursday, 5 July 2012

Ceramah Teknik Menjawab PMR 2012 ( 5 Julai ) Jam 120 - 300 pm

Ustaz Sudin bin Noh memulakan ceramah teknik menjawab.
Bentuk - bentuk soalan PMR dan teknik menjawabnya...

Pelajar - pelajar 3AB dan 2AB mendengar dengan bersemangat.

Ustazah Noorlizah dan Ustaz Rosli mengawasi pelajar dibantu oleh kaunselor Chan Chin Ho.

Ceramah Israk Mikraj 2012 ( Rabu - 4 Julai )

Ustaz Dahlan memulakan ceramah..

Pelajar terhibur dan khusyuk mendengar ceramah...

Kain rentang Israk Mikraj 2012

About Me

 
Ustazah Puspa© Diseñado por: Compartidisimo