topbella

Tuesday 19 November 2013

Soalan Ramalan Pendidikan Islam SPM 2013 - Siri akhir



Salam Imtihan semua..esok paper pendidikan Islam. Ustazah doakan yang terbaik buat semua..setelah berusaha bersungguh..doa..TAWAKAL !!!

lATIH TUBI AKHIR

1 .  Jemaah haji yang tertinggal perkara wajib haji dikehendaki membayar dam jenis ___.
2.  Selepas kewafatan Rasulullah, khalifah Abu bakar memerangi golongan ___________ dan orang yang enggan membayar zakat.
3.  Pengasas ajaran Taslim ialah _________________.
4.  Kitab karangan Imam Al Ghazali yang terkenal ialah _____________.
5.  Antara syarat gadaian ialah harta yang digadai itu ______ untuk dijual.
6.  Hukuman bagi penzina ialah _____________.
7.  Institusi kewangan negara dan diketuai oleh Penurus Perbendaharaan di zaman Abbasiyah ialah ___________________.
8.  Idah bagi perempuan kematian suami dan belum disetubuhi ialah  ____________.
9.  Wali ___________ ialah mereka yang diberi kuasa oleh Sultan atau pemerintah untuk mengahwini pengantin perempuan ketika ketiadaan Wali.
10.  Dewan ____________ bertanggungjawab mengurus hal ehwal pertahanan negara semasa pemerintahan Abbasiyah.

1.  Hikmah utama disyariatkan dam ialah
     A. memeupuk sikap pemurah
     B.  berhati-hati semasa menunaikan haji
     C.  memestikan ibadat haji selesai ditunaikan
     D.  agar ibadag haji mudah ditunaikan

2.  Mewarnakan rambut dengan inai bagi menghitamkan uban hukumnya
     A.  harus
     B.  Sunat
     C.  Haram
     D.  Makruh

3.  Pengarang kitab 'al qanun fi al tib' ialah
     A.  Ibnu Sina
     B.  Ibnu Khaldun
     C.  Imam Ahmad
     D.  Imam Malik

4.  Pegangan Syiah Imamiyyah yang berbeza dengan ASWJ
     A. menghalalkan darah umat Islamyang berbeza iktikad dengan mereka
     B.  beramal dengan taqiyyah
     C.  Beriktikad bahawa Saidina Ali sebagai  tuhan
     D.  Beriktikad bahawa pelaku dosa besar adalah kafir

5.  Hukuman ke atas peminum arak ialah
     A.  80 kali sebatan
     B.  40 kali sebatan
     C.  dibuang daerah
     D.  dipenjara

' selamat menjawab..tidur awal..jawab elok2 esok okay..insya Allah jumpa esok...'
                 Ma'a Salamah..


0 comments:

Post a Comment

About Me

 
Ustazah Puspa© Diseñado por: Compartidisimo