topbella

Wednesday 15 May 2013

Tema Hari Guru 2013


Ucapan Selamat Hari Guru 16 Mei 2013 tema 1Aspirasi 1Agenda
lagu tema hari guru 2013 ucapan ucapan selamat hari guru 16 mei 2013
Tarikh 16 Mei di setiap tahun adalah sambutan Hari Guru yang diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia khususnya murid dan pelajar bagi mengiktiraf dan mengenang jasa para cikgu yang telah banyak memerah keringat dan menabur bakti dalam mendidik mereka menjadi pemimpin yang berwawasan di masa hadapan
Setiap tahun,sambutan ‘Hari Guru’ seiring dengan temanya,untuk tahun 2013 ini ia bertemakan ‘satu Aspirasi satu Agenda’ yang membawa huraian maksud seperti berikut
1ASPIRASI
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional
1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupuk perpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi
1AGENDA
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025. Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara


0 comments:

Post a Comment

About Me

 
Ustazah Puspa© Diseñado por: Compartidisimo