topbella

Thursday, 21 March 2013

AURAT LAGI....




SEORANG pemandu bas di Jerman mengugut untuk melempar keluar seorang wanita dari basnya kerana pakaian wanita tersebut terlalu seksi! Pemandu itu berang kerana setiap kali beliau memandang cermin, keseksian wanita tersebut ‘memesongkan perhatiannya’ sehingga menghilangkan tumpuannya kepada jalan raya (Berita Harian, 18 Julai 2007).

Semuanya mengenai aurat. Betapa indahnya Islam kerana menetapkan hukum bahawa wanita wajib menutup auratnya bukan sahaja mengikuti syariat tersebut menaikkan darjat wanita di sisi Allah s.w.t, malah mampu melindungi wanita daripada kemungkinan maut dicampak dari sebuah bas seperti nasib wanita Jerman itu!

Itu di luar negara. Di Malaysia, ramai pula yang berbangga mendedahkan aurat hanya beralasankan hak individu dan tuntutan fesyen. Sehinggakan kata-kata seperti, “saya berpakaian sebegini (seksi dan tidak menutup aurat) adalah bagi mempamerkan kecantikan anugerah Tuhan kepada saya, rugi sekiranya kecantikan dan anugerah ini tidak ‘dikongsi’ bersama,”  ataupun alasan seperti, “ini hak individu, tidak kisahlah sekiranya sesiapa pun yang ingin berpakaian seksi atau tidak, masing-masing punya hak. Tidak perlu menjaga tepi kain orang lain. Lagipun kubur lain-lain. Dalam zaman globalisasi ini kita harus berfikiran terbuka. Tidak seharusnya terlalu jumud atau kolot.”

Pelik. Di luar, mereka bersungguh-sungguh menunjukkan minat untuk mempelajari dan memahami Islam, di sini mereka bersungguh-sungguh menunjukkan minat bukan sahaja untuk mempelajari dan memahami apa yang disebut sebagai modernisasi era globalisasi tetapi juga turut bersungguh-sungguh mengadaptasikannya dengan bangga...

0 comments:

Post a Comment

About Me

 
Ustazah Puspa© Diseñado por: Compartidisimo