topbella

Monday, 8 October 2012

SOALAN RAMALAN PEND. ISLAM SPM 2012

TOKOH  :  Sayyid Jamaluddin al-Afghani dan HAMKA?
Salam pelajar dirahmati Allah S.W.T
Bagi tajuk tokoh, utamakan kefahaman yang lebih
 mendalam tentang dua orang tokoh pilihan ini.



1. Sayyid Jamaluddin al-Afgani - para pelajar mesti 
mengetahui fakta penting ini.

- lahir di Abad Asad, Kabul, Afganistan

- digelar al-sayyid kerana salasilah keturunannya 
bersambung dengan Saidina Ali bin Abi Thalib 

- tokoh pertama yang memperkenalkan idea Islah

- guru kepada skeikh Muhammad Abduh

-menguasai beberapa bahasa utama seperti Inggeris, 
Perancis,  Urdu, Arab, Parsi dan Rusia.

- pengasas beberapa buah akhbar Urwatul Wusqa 
di Perancis, akhbar Misr, akhbar al-Tijarah di Mesir dan 
al-Khafiqin di  London.


2. HAMKA


- singkatan dari nama penuh Haji Abdul Malik bin Haji
 Abdul  
Karim bin Syeikh Muhammad Amirullah
- Lahir 1908 di Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia
- banyak karya terhasil dalam pelbagai bidang:
i. Agama: Tafsir al-Azhar/Pedoman Mubaligh Islam/
Tasawwuf  Moden/Sejarah Umat Islam/Arkan al-Islam/
Revolusi Agama

ii. Falsafah: Falsafah Hidup/Ideologi Islam/Ekspensi I
dealogi/ Pandangan Hidup Muslim/Lembaga Hidup

iii. Sastera: Menunggu Biduk Berbunyi/Keadilan Ilahi/
Di Bawah Lindungan Kaabah/Laila Majnun/Tenggelam
 Kapal Van Der Wijck


Anugerah diterima HAMKA:

i. Anugerah Doktor Kehormat: Universiti al-Azhar
ii. Anugerah Doktor Kehormat: UKM, Malaysia
iii. Anugerah Professor dari Universiti Moestapo Jakarta.

[ Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial 
peribadi 
 tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar]

0 comments:

Post a Comment

About Me

 
Ustazah Puspa© Diseñado por: Compartidisimo