Dalam saat-saat
menghadapi peperiksaan ,
anda perlu mengelak diri dari sebarang bentuk gangguan emosi.
Perkara-perkara yang berikut perlu dielakkan:
Pertengkaran dengan
rakan-rakan;
Melakukan
perkara yang membuatkan ibu bapa marah;
Cinta monyet yang mungkin kecundang
disaat-saat peperiksaan;
Bersikap terlalu yakin – “overconfident”;
Berprasangka buruk terhadap orang lain;
Ramai pelajar
bertindakbalas secara spontan terhadap sesuatu yang berlaku terhadap
mereka. Tindakbalas spontan ini menjadi tabiat semulajadi
mereka. Apa perasaan anda kalau raka membohongi anda?
Anda mungkin serta-merta menjadi marah. Apa berlaku kalau rakan
memulau dan mengejek anda? Anda mungkin rasa tersinggung dan
kecil hati. Kalaulah begini tindakbalas spontan anda, apa
akan berlaku dengan persediaan peperiksaan
anda? Anda pasti tidak mampu memberikan tumpuan untuk
mengulangkaji. Ada ketikanya luka dihati berkekalan
berhari-hari.
Kenapa tidak selepas ini kawal emosi anda.
Jangan izinkan sesiapa melukai hati anda. Mereka boleh berkata
apa sahaja, mereka boleh berbohong dan sebagainya. Mereka ada
suara, biarkanlah mereka. Anda cuma pekakkan telinga.
Banyakkan bersikap sabar. Teruskan sahaja kerja anda.
Kekalkan matlamat peperiksaan
anda. Apabila anda berjaya satu hari nanti, rakan-rakan akan
mula menghormati anda.
Sebenarnya peristiwa
tidak mencetuskan sebarang emosi. Tanggapan atau paradigma andalah
yang mencetuskan emosi. Kita boleh melihat setiap perkara yang
berlaku terhadap diri kita dari dua perspektif, iaitu positif atau
negatif. Mulai hari ini ambillah dari sudut yang positif.
Ingatlah setiap apa yang berlaku adalah ujian Allah dan ada hikmah
sekiranya anda bersabar. Dengan cara ini anda mampu membenteng emosi
anda.
PERSEDIAAN
ROHANI
Selain dari
persediaan fizikal, mental dan emosi, persediaan rohani juga perlu.
Anda perlu faham kedudukan kita sebagai hamba hanyalah mampu
melakukan usaha sebaik mungkin tetapi hasil sebenarnya Allah
lah yang menentukannya. Ketenangan jiwa dan fikiran sangat
perlu disaat-saat menghadapi peperiksaan,
oleh itu lakukanlah sesuatu untuk meraih ketenangan ini.
Antara perkara yang boleh anda lakukan ialah:
1. Sentiasa bermunajat
kepada Allah. Lakukan solat hajat dan pohon agar Allah
campakkan ketenangan dan terangkan hati dalam
menghadapi peperiksaan.
Minta pada Allah agar apa yang dipelajari keluar dalam
peperiksaan.
2. Minta restu kedua
ibu bapa. Doa ibu bapa untuk anakny sangat makbul. Jadi
mintalah restu dari keduanya. Mintalah mereka mendoakan kejayaan
anda.
3. Banyakkan berzikir
dan membaca al-Quran. Hati yang banyak berzikir akan
memperolehi ketenangan. Hati juga lebih terang apabila
anda sering membaca al-quran.
Allah telah berfirman dalam surah ar-Ra’ad, ayat 36, mafhumnya “Sesungguhnya dengan mengingat Allah akan menjadi tenanglah semua hati”.
4. Jauhi maksiat.
Jauhi diri anda dari perbuatan maksiat dan dosa besar. Mereka
yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah.
Hidup juga tidak diberkati Allah.
5.Banyakkan berdoa. Pastikan
anda berdoa mengikut adab-adab berdoa.
0 comments:
Post a Comment