topbella

Sunday, 30 September 2012

HATI BERSIH MENGADAP ALLAH S.W.T


Hati biasa disifati dengan hidup dan mati, artinya ada hati yang hidup dan ada hati yang mati. Di antara tiga macam hati, ada hati yang sIhat itulah hati yang bersih (selamat). Seseorang akan selamat di hari kiamat kelak jika menghadap Allah dengan hati yang bersih.
Allah Ta’ala berfirman,
يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ (88) إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ (89)
(Yaitu) di hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih” (QS. Asy Syu’aro’: 88).
Hati yang bersih (selamat) merupakan lawan dari hati yang sakit.
Para ulama berselisih dalam mengungkapkan makna hati yang bersih (selamat). Definisi yang menyeluruh dalam memahami hal ini, hati yang bersih adalah hati yang selamat dari segala macam bentuk syahwat yang menyalahi perintah Allah atau menerjang larangan-Nya, hati itu pun selamat dari berbagai syubhat yang menyimpang di mana hati yang selamat akan berpaling dari peribadahan kepada selain Allah, selamat dari berhakim dengan selain ajaran Rasul-Nya, selamat dengan mencintai Allah dengan disertai berhakim dengan ajaran Rasul, lalu memiliki rasa takut, harap, tawakkal, inabah (taubat/ kembali) kepada Allah; hati yang bersih akan selalu mengharap ridho Allah dalam segala keadaan dan menjauhi murka-Nya dengan segala cara. Inilah hakekat peribahan kepada Allah yang tidak boleh dipalingkan kepada selain Allah.
Intinya, hati yang bersih adalah hati yang selamat dari berbuat syirik kepada selain Allah dalam bentuk apa pun, bahkan ibadah hanya boleh untuk Allah semata, yaitu irodah (keinginan), cinta, tawakkal, inabah (kembali), tunduk, takut dan rasa harap hanya ditujukan pada Allah semata.
Demikian ungkapan Ibnul Qayyim yang amat berharga yang beliau sampaikan dalam kitab beliau Ighotsatul Lahfaan (1: 7). Berarti orang-orang musyrik yang sukanya melestarikan tradisi syirik, memuja kubur, senang ruwatan atau sesajenan, dan melakukan tumbal, inilah yang memiliki hati yang sakit, bahkan bisa dikata “mati”.
Ya Allah, moga kami bisa berjumpa engkau dalam keadaan hati yang bersih nan selamat, yang selamat dari penyimpangan akidah dan kesyirikan.

Friday, 28 September 2012

BULAN DAN SIKAP ANDA

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah. Artikel ini diambil dari Ruangan Artikel myMasjid.com. Anda boleh menyemak sendiri ciri-ciri ini dalam diri anda dan menjadi salah satu pengetahuan untuk mengenali sahabat dan muhasabah diri.

JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan. Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur. Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam. Pandai mengambil hati orang lain. Pendiam kecuali telah dirangsang. Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi. Mudah mendisiplinkan diri sendiri. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema. Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya. Cukup sayang pada kanak-kanak. Suka duduk di rumah. Setia pada segala-galanya. Perlu belajar kemahiran bersosial. Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
Berfikiran abstrak. Sukakan benda yang realiti dan abstrak. Bijak dan pintar Berpewatakan yang mudah berubah. Mudah menawan orang lain. Agak pendiam. Pemalu dan rendah diri. Jujur dan setia pada segalanya. Keras hati untuk mencapai matlamat. Tidak suka dikongkong. Mudah memberontak apabila dikongkong. Suka kegiatan yang lasak. Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif. Mudah mempamerkan marahnya. Tidak suka benda yang remeh-temeh. Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. Sangat berani dan suka memberontak. Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya. Pemerhatian yang tajam. Suka hiburan dan sukan. Suka benda yang bersifat seni. Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. Berkecenderungan pada benda yang tahyul. Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC
Berpesonaliti menarik dan menawan. Mudah didampingi. Sangat pemalu dan pemendam rasa. Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati. Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran. Suka pada kedamaian. Sangat peka pada orang lain. Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain. Tidak cepat marah dan sangat amanah. Tahu membalas dan mengenang budi. Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam. Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal. Suka berangan-angan. Suka melancong. Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. Kelam kabut dalam memilih pasangan. Suka dengan hiasan rumahtangga. Punya bakat seni dalalm bidang muzik. Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik. Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
Sangat aktif dan dinamik. Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal. Sangat menarik dan pandai menjaga diri. Punya daya mental yang sangat kuat. Suka diberi perhatian. Sangat diplomatik (pandai memujuk ). Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. Sangat berani dan tiada perasaan takut. Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. Emosi cepat terusik. Cuba kawal perasaan. Kecenderungan bersifat pendendam. Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan. Kuat daya ingatan. Gerak hati yang sangat kuat. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. Berpenyakit disekitar kepala dan dada. Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI
Keras hati & degil. Kuat semangat & bermotivasi tinggi. Pemikiran yang tajam. Mudah marah apabila tidak dikawal. Pandai menarik hati & perhatian orang lain . Perasaan yang amat mendalam. Cantik dari segi mental & fizikal. Tidak perlu dimotivasikan. Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain. Mudah dipujuk. Bersikap sistematik (otak kiri). Suka berangan. Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu. Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. Daya khayalan yang tinggi. Permikiran yang tajam. Pandai berdebat. Fizikal yang baik. Kelemahan sistem pernafasan. Suka sastera, seni & muzik serta melancong. Tidak berapa suka duduk di rumah. Tidak boleh duduk diam. Tidak punya ramai anak. Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros.

JUN
Berfikiran jauh & berwawasan. Mudah ditawan kerana sikap baik. Berperangai lemah lembut. Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. Idea yang terlalu banyak di kepala. Bersikap sensitif. Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir). Sukar melakukan sesuatu dengan segera. Bersikap suka menangguh-nangguh. Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. Cepat marah & cepat sejuk. Suka bercakap & berdebat. Suka buat lawak & bergurau. Otaknya cerdas berangan-angan. Mudah berkawan & pandai berkawan. Orang yang sangat tertib. Pandai mempamerkan sikap. Mudah kecil hati. Mudah kena selsema. Suka berkemas. Cepat rasa bosan. Sikap terlalu memilih & cerewet. Kurang mempamerkan perasaan. Lambat untuk sembuh apabila terluka hati. Suka pada barang yang berjenama. Mudah menjadi eksekutif. Kedegilan yang tidak terkawal. Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI
Sangat suka didamping. Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. Agak pendiam kecuali dirangsang. Ada harga dan maruah diri. Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. Mudah dipujuk dan bercakap lurus. Sangat menjaga hati orang lain. Sangat peramah. Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. Berjiwa sentimental. Jarang berdendam. Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. Tidak suka benda remeh-temeh. Membimbing cara fizikal dan mental. Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. Layanan yang serupa terhadap semua orang. Tinggi daya simpati. Pemerhatian yang tajam. Suka menilai orang lain melalui pemerhatian. Mudah dan rajin belajar. Suka muhasabah diri. Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. Suka mendiamkan diri. Suka duduk di rumah. Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. Tidak agresif kecuali terpaksa. Lemah dari segi kesihatan perut. Mudah gemuk kalau tak kawal diet. Minta disayangi. Mudah terluka hati tapi lambat pulih. Terlalu mengambil berat. Rajin dalam membuat kerja

OGOS
Suka berlawak. Mudah tertawan padanya. Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain. Berani dan tidak tahu takut. Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan. Pandai memujuk orang lain. Terlalu pemurah & bersikap ego. Nilai harga diri yang sangat tinggi. Dahagakan pujian. Semangat juang yang luar biasa. Cepat marah & mudah mengamuk. Mudah marah apabila cakapnya dilawan. Sangat cemburu. Daya pemerhatian yang tajam & teliti. Cepat berfikir. Fikiran yang berdikari. Suka memimpin & dipimpin. Sifat suka berangan. Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat. Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit. Belajar untuk bertenang. Sikap kelam kabut. Romantik, pengasih dan penyayang. Suka mencari kawan

SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur. Sangat cermat, teliti & teratur. Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik. Pendiam tapi pandai bercakap. Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati. Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur. Kerja yang dilakukan sangat sempurna. Sangat sensitif yang tidak diketahui. Orang yang banyak berfikir. Daya pentaakulan yang baik. Otak bijak & mudah belajar. Suka mencari maklumat. Kawal diri dari terlalu mengkritik. Pandai mendorong diri sendiri. Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia. Suka sukan, hiburan & melancong. Kurang menunjukkan perasaannya. Terluka hatinya sangat lama disimpan. Terlalu memilih pasangan. Sukakan benda yang luas. Bersistematik.

OKTOBER
Suka berbual. Suka orang yang sayang padanya. Suka ambil jln tengah. Sangat menawan & sopan santun. Kecantikan luar & dalam. Tidak pandai berbohong & berpura-pura. Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan. Sentiasa berkawan. Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama. Cepat marah. Macam pentingkan diri sendiri. Tidak menolong orang kecuali diminta. Suka melihat dari perspektifnya sendiri. Tidak suka terima pandangan orang lain. Emosi yang mudah terusik. Suka berangan & pandai bercakap. Emosi yang kelam kabut. Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan). Suka melancong, bidang sastera & seni. Pengasih, penyayang & lemah lembut. Romantik dalam percintaan. Mudah terusik hati & cemburu. Ambil berat tentang orang lain. Suka kegiatan luar. Orang yang adil. Boros & mudah dipengaruhi persekitaran. Mudah patah semangat

NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara. Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya. Berfikiran kehadapan. Berfikiran unik dan bijak. Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa. Pemikiran yang tajam. Daya firasat yang sangat halus dan tinggi. Sesuai jadi seorang doktor. Cermat dan teliti. Personaliti yang dinamik. Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia. Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra. Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran. Terlalu degil dan keras hati. Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya. Tak suka marah kecuali digugat. Mudah ambil berat terhadap orang lain. Pandai muhasabah diri. Cara berfikir yang lain dari orang lain. Otak yang sangat tajam. Pandai mendorong diri sendiri. Tidak hargai pujian. Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu. Cuba sampai berjaya. Badan yang sasa. Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik. Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang. Suka duduk d irumah. Sangat rajin dan berkemampuan tinggi. Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia. Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi. Bercita-cita tinggi. Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah. Bersifat patriotik. Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan. Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. Bercita-cita tinggi. Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi. Seronok bila didampingi. Suka bercampur dengan orang. Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai. Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur. Tidak pandai berpura-pura. Cepat marah. Perangai yang mudah berubah-ubah. Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi. Benci pada kongkongan. Suka berlawak. Pandai buat lawak dan berfikiran logik.

P/s: Sekiranya  setiap ramalan ini tepat buat anda ia merupakan kebetulan.Jangan Percaya Pada Tilikan... sekadar suka-suka.

ROH DIINGATI DENGAN BACAAN AL FATIHAH

DIRIWAYATKAN jika roh sudah keluar dari tubuh manusia dan selepas tiga hari, maka roh itu berkata: “Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku sehingga aku berjalan dan melihat tubuhku yang dulu aku berada di dalamnya.”Maka, Allah memperkenankan kepadanya. Lalu dia datang ke kuburnya dan melihat dari jauh.

Maka, dia menangis dengan suatu tangisan yang cukup lama. Lalu dia merintih: “Aduhai tubuhku yang miskin, wahai kekasihku. Ingatlah akan hari kehidupanmu. Rumah ini adalah rumah segala, bala bencana, rumah yang sempit, rumah kesusahan dan penyesalan.”

Selepas lewat lima hari roh berkata: “Wahai Tuhanku, perkenankanlah aku untuk melihattubuhku.” Maka, Allah memperkenankannya. Lalu, dia datang ke kuburnya dan melihat dari jauh. Dan mengalirlah dari lubang hidung dan mulutnya air nanah. Firman Allah bermaksud: “Mereka tidak dapat berbicara pada hari roh (Jibril atau ruhul qudus) dan malaikat berdiri dengan berbaris.” (Surah an-Naba’, ayat 38)
Ibnu Abbas berkata : “Jika datang hari raya, Asyura dan Jumaat yang pertama dari Rejab, malam Nisfu Syaaban, Lilatul Qadar dan malam Jumaat, roh mayat semua keluar dari kubur mereka dan berdiri di pintu rumahnya sambil berkata: “Belas kasihanlah kamu semua kepada kami pada malam yang berkat ini dengan sedekah satu suap, sebab kami memberikan sedekah.
“Jika kalian bakhil dengan sedekah, dan kamu sekalian tidak mahu memberikannya, maka hendaklah kalian mengingat kami dengan bacaan surah al-Fatihah pada malam yang penuh keberkatan ini.“Adakah seorang belas kasihan kepada kami, apakah daripada salah seorang ada yang mengenangkan ratapan kami wahai orang yang menempati rumah kami, wahai orang yang menikmati wanita (isteri kami), wahai orang yang berdiri memperluas mahligai kami, yang sekarang kami dalam kesempitan kubur kami.“Wahai orang yang membahagi harta benda kami, wahai orang yang mensia-siakan anak yatim kami. “Adakah salah seorang daripada kamu sekalian ada yang mengenang perantauan kami?
“Buku amal kami dilipat dan kitab amal kalian dibuka. Dan bukanlah bagi mayat yang berada dalam liang kubur melainkan pahalanya. Maka, janganlah kalian melupakan kami dengan sebuku rotimu dan doamu,sebab kami orang yang berhajat kepada kamu sekalian, selama-lamanya.”

Al fatihah


Warga SSN SMK Seri Kota mengucapkan salam takziah kepada GKMP Sains dan Matematik atas kembalinya ke rahmatullah puteranya iaitu Mohd Fatih bin Baharim pada 28 September ( Jumaat ) dan telah selamat di kebumikan selepas asar hari yang sama. Semoga roh allahyarham di tempatkan bersama dengan golongan orang - orang beriman dan bertaqwa..insya Allah.

Sama - sama lah kita sedekahkan surah al fatihah ...

Tuesday, 25 September 2012

TRIAL SPM KALI KEDUA - 2012 -

SALAM IMTIHAN PELAJAR - PELAJAR SPM...

PENDIDIKAN ISLAM ( 1223 / 2)
Tarikh  :  2 Oktober 2012 ( Selasa )
Masa    :  12.50 - 2.30 petang ( 1 Jam 40 minit )

PENDIDIKAN ISLAM ( 1223 / 1 )
Tarikh  :  4 Oktober 2012 ( Khamis )
Masa    :  7.50 - 9.50 pagi ( 2 Jam )

GEMA PATRIOTIK PIALA EN OTHMAN SAGAP( peringkat Akhir )

TARIKH  :  24 SEPTEMBER 2012 ( ISNIN )
TEMPAT  :  DEWAN SSN SMKSERI KOTA


Johan: 

(RM300+Piala Pusingan+Trofi Iringan+Sijil Kecemerlangan+Plak Emas)
Kelas 6BB

Naib Johan:
(RM200+Trofi Iringan+Sijil Kecemerlangan)
Kelas 4B

Tempat Ketiga: 
(RM150+Trofi Iringan+Sijil Kecemerlangan)
Kelas 6BC

Konduktor Terbaik:
(RM50+Trofi Iringan+Sijil Pencapaian)
Mirrah Dzakirah Pouzi (6BC)

Kostum Terbaik:
(RM50+Trofi Iringan+Sijil Pencapaian)
Kelas 6BB







SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN 2012

TARIKH  :  20 HB SEPTEMBER 2012
HARI  :  KHAMIS
TEMPAT  :  SURAU AL FIRDAUSI
MASA  :  6.30 - 9.30 MALAM

PERASMI  :  EN. OTHMAN SAGAP
TUAN PPD MELAKA TENGAH














Saturday, 22 September 2012

tazkiyatul Qalb..

Wednesday, 19 September 2012

RESULT TRIAL SPM PENDIDIKAN ISLAM 5(kelas-kelas ustzh puspa)

TAHNIAH .....SITI KHADIJAH BT YAHYA
MARKAH 78 ( A-)


TO MOHD AFIQ (73) , FEIKHA (73) , NUR ASHIKIN (72) AND RUHAINA (70) ...CONGRATULATION TOO...

PERATUS LULUS :
5D    95%
5E     67%
5F     75%
5G    29%

PELAJAR - PELAJAR LAIN USAHA LAGI YE... :) LUV U

PROGRAM SENTUHAN KALBU

Pengenalan
Bermula 19 September 2012 ( Rabu ) , semua pelajar Islam tingkatan 3 , 5 dan 6 atas digalakkan untuk menyertai program kerohanian ini iaitu bacaan Yasin / ma'thurat bermula jam 7.00 pagi hingga 7.30 pagi pada setiap hari . Program ini dipimpin oleh para pelajar dengan bantuan guru - guru dan warden - warden. 

Objektif
Mendekatkan diri para pelajar kepada Allah dan meningkatkan pergantungan seseorang muslim itu kepada Allah S.W.T dan bertawakal setelah berusaha bersungguh - sungguh . InsyaAllah....



Dipimpin oleh Adik Firdaus
Dipantau oleh En. Maslan


Pelajar perempuan Tingkatan 5 yang prihatin...
Pelajar perempuan yang terlibat di hari pertama
PROGRAM SOLAT HAJAT DAN BACAAN YASIN
( PMR , SPM DAN STPM )
TAHUN 2012

TARIKH : 20 SEPTEMBER 2012
HARI : KHAMIS
MASA : 6.00 PETANG – 9.30 MALAM
TEMPAT : SURAU AL FIRDAUSI ,SSN SMK SERI KOTA , MELAKA

PERASMI : EN. OTHMAN BIN SAGAP
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH
DAERAH MELAKA TENGAH , MELAKA

DIJEMPUT SEMUA GURU , IBU BAPA DAN PELAJAR UNTUK TURUT SAMA HADIR BAGI MEMBERKATI MAJLIS..

PAK IMAM DAN 20 SEN

Assalamualaikum....lama tak bagi tazkirah kat pelajar - pelajar dirahmati Allah S.W.T ...
jom share.... :-)


Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.

Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"

Sahabat-sahabatku sekalian...

Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam.

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

Rujukan: iluvislam

Tuesday, 18 September 2012

KURSUS PECUTAN TERAKHIR PMR 2012


TARIKH  :  14 - 16 SEPTEMBER 2012
HARI  :  JUMAAT - AHAD
TEMPAT  :  SAMUDERA BIDARA RESORT , TANJUNG BIDARA , MELAKA.

" Bersama - sama ke arah peningkatan akademik "

foto-foto kenangan...


Friday, 14 September 2012

KEM PECUTAN AKHIR PMR 2012

TARIKH  :  14 - 16 SEPTEMBER 2012
HARI  :  JUMAAT - AHAD
TEMPAT  :  SAMUDERA BIDARA RESORT , TANJUNG BIDARA , MELAKA.

" Bersama - sama ke arah peningkatan akademik "


Soalan Percubaan SPM Pendidikan Islam ( K1 ) Negeri Melaka 2012

Trial SPM Pend. Islam K1

Tuesday, 11 September 2012

TEKNIK MEMBUAT RAMALAN


KERTAS 2 PENDIDIKAN ISLAM SPM

Pelajar  boleh mencuba beberapa teknik di bawah untuk menguasai kertas 2 :

Buatlah kajian tentang soalan-soalan yang popular bagi setiap topik. Antara bahan yang anda perlukan untuk mengkaji soalan ialah :
  1. Analisis soalan-soalan tahun lepas.
  2. Analisis kekerapan tajuk dalam soalan percubaan antara negeri
Contoh-contoh soalan popular bagi tajuk-tajuk berikut :
  1. Manusia Perlu Bersyukur :
    - Sebab dibinasakan umat terdahulu - Contoh-contoh nikmat
    - Cara menghargai nikmat - Pengajaran ayat

  2. Rasul Penyampai Wahyu :
    - Maksud khazanah Allah - Contoh khazanah Allah
    - Cara menjaga khazanah Allah - Peranan Rasul
    - Sebab Rasul dilantik dari kalangan manusia – perbezaan orang buta dan celik.

  3. Larangan Mempersendakan Agama :- Larangan yang terdapat dalam ayat
    - Cara mengelak larangan tersebut

" SELAMAT MENCUBA..ASALKAN ADA USAHA INSYA ALLAH BERJAYA  !!  "

GEMA PATRIOTIK 2012

SSN SMK SERI KOTA , MELAKA.

Piala En Othman Bin Sagap
Separuh Akhir : 29 Ogos - 6 September 2012
Akhir : 24 September 2012


Nyanyi dengan baju bendera....


Semangat patriotik yang tinggi....

Monday, 10 September 2012

Salam kemerdekaan...drp. panitia pendidikan Islam.

Tips imtihan (3)

PERSEDIAAN EMOSI  
Dalam saat-saat menghadapi peperiksaan , anda perlu mengelak diri dari sebarang bentuk gangguan emosi.  Perkara-perkara yang berikut perlu dielakkan:
Pertengkaran dengan rakan-rakan;
                                    Melakukan perkara yang membuatkan ibu bapa marah;  
             Cinta monyet yang mungkin kecundang disaat-saat peperiksaan; 
                                     Bersikap terlalu yakin – “overconfident”;
                                     Berprasangka buruk terhadap orang lain;
Ramai pelajar bertindakbalas secara spontan terhadap sesuatu yang berlaku terhadap mereka.  Tindakbalas spontan ini menjadi tabiat semulajadi mereka.   Apa perasaan anda kalau raka membohongi anda?  Anda mungkin serta-merta menjadi marah.  Apa berlaku kalau rakan memulau dan mengejek anda?  Anda mungkin rasa tersinggung dan kecil hati.  Kalaulah begini  tindakbalas spontan anda, apa akan berlaku dengan persediaan peperiksaan anda?  Anda pasti tidak mampu memberikan tumpuan untuk mengulangkaji.  Ada ketikanya luka dihati berkekalan berhari-hari.
             Kenapa tidak selepas ini kawal emosi anda.  Jangan izinkan sesiapa melukai hati anda.  Mereka boleh berkata apa sahaja, mereka boleh berbohong dan sebagainya.  Mereka ada suara, biarkanlah mereka.  Anda cuma pekakkan telinga.  Banyakkan bersikap sabar.  Teruskan sahaja kerja anda.  Kekalkan matlamat peperiksaan anda.  Apabila anda berjaya satu hari nanti, rakan-rakan akan mula menghormati anda.
Sebenarnya peristiwa tidak mencetuskan sebarang emosi. Tanggapan atau paradigma andalah yang mencetuskan emosi.  Kita boleh melihat setiap perkara yang berlaku terhadap diri kita dari dua perspektif, iaitu positif atau negatif.  Mulai hari ini ambillah dari sudut yang positif.  Ingatlah setiap apa yang berlaku adalah ujian Allah dan ada hikmah sekiranya anda bersabar. Dengan cara ini anda mampu membenteng emosi anda.
                               
PERSEDIAAN ROHANI 
 
 Selain dari persediaan fizikal, mental dan emosi, persediaan rohani juga perlu.  Anda perlu faham kedudukan kita sebagai hamba hanyalah mampu melakukan usaha sebaik mungkin tetapi hasil sebenarnya Allah  lah yang menentukannya.  Ketenangan jiwa dan fikiran sangat perlu disaat-saat menghadapi peperiksaan, oleh itu lakukanlah sesuatu untuk meraih ketenangan ini.
                           Antara perkara yang boleh anda lakukan ialah:
1. Sentiasa bermunajat kepada Allah.  Lakukan solat hajat dan pohon agar Allah campakkan ketenangan dan terangkan hati dalam menghadapi peperiksaan.  Minta pada Allah agar apa yang dipelajari keluar dalam peperiksaan.
2. Minta restu kedua ibu bapa.  Doa ibu bapa untuk anakny sangat makbul.  Jadi mintalah restu dari keduanya. Mintalah mereka mendoakan kejayaan anda.
3. Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran.  Hati yang  banyak berzikir akan memperolehi ketenangan.  Hati juga  lebih terang apabila anda sering membaca al-quran.  
Allah telah berfirman dalam surah ar-Ra’ad, ayat 36, mafhumnya “Sesungguhnya dengan mengingat Allah akan menjadi tenanglah semua hati”.
4. Jauhi maksiat.  Jauhi diri anda dari perbuatan maksiat dan dosa besar.  Mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah.  Hidup juga tidak diberkati Allah.
                       5.Banyakkan berdoa.  Pastikan anda berdoa mengikut adab-adab berdoa.   



Semoaga Kejayaan Di Dunia dan di Akhirat Menjadi Milik Kita semua


About Me

 
Ustazah Puspa© Diseñado por: Compartidisimo