Saturday, 30 June 2012
Friday, 29 June 2012
Thursday, 28 June 2012
Mesyuarat Panitia Pendidikan Islam kali ke 3
Tarikh : 28 Jun 2012
Hari : Khamis
Tempat : Bilik Mesyuarat
Masa : 2.40 petang
Agenda Mesyuarat :
- Post mortem Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012.
- Program - program panitia : Ceramah Israk Mikraj , Teknik Menjawab PMR dan SPM ,Ihya Ramadhan , Solat Hajat PMR , SPM dan STPM , Program Selepas PMR dan Program Kerohanian Asrama SSN SMK Seri Kota.
- PBS Tingkatan 1 , PMR dan SPM.
Wednesday, 27 June 2012
KELEBIHAN SYAABAN
SAIDATINA
Aishah r.a ada berkata, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Semua
manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan
keluarga mereka, juga orang yang berpuasa pada Rejab, Syaaban dan
Ramadan. Sesungguhnya mereka dalam keadaan kenyang, tidak lapar dan
tidak haus."
Bulan yang dinyatakan dalam hadis terbabit adalah antara yang disebut-sebut banyak kelebihan, sehingga hadis berkenaan menyatakan mereka yang berpuasa tidak akan lapar dan haus pada hari kiamat kelak.
Dalam memberikan penjelasan berkaitan tiga bulan yang berturut-turut itu, ada pihak membuat perumpamaan tahun dengan pohon, iaitu Rejab umpama waktu keluarnya daun, Syaaban diumpamakan keluarnya bunga dan Ramadan umpama buahnya.
Abu Hurairah berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Rejab bulan Allah dan Syaaban itu bulanku, manakala Ramadan itu bulan umatku." (Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim).
Ketiga tiga bulan disebut Nabi s.a.w itu adalah bulan rahmat, kasih sayang dan kesejahteraan. Bulan yang penuh keberkatan dan keampunan.
Sesetengah ulama menyatakan bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun daripada segala dosa manakala bulan Syaaban untuk memperbaiki diri daripada
segala macam cela dan Ramadan adalah waktu menyucikan hati dan jiwa.
Syaaban bermaksud berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana pada bulan itu masyarakat Arab dulu bertempiaran ke serata tempat untuk mencari air, sehingga ada yang mencarinya sampai ke gua.
Ia juga diertikan demikian kerana menjadi 'bulan pemisah' iaitu memisahkan antara bulan Rejab dan Ramadan.
Nabi s.a.w menjelaskan Syaaban mengandungi keutamaan dan kebaikan yang banyak, dengan nilai berganda bagi mereka melaksanakan kebaikan dan ibadat dengan ikhlas dan bersungguh.
Baginda bertanya kepada sahabat, maksudnya: "Tahukah kamu sekalian mengapa bulan ini dinamakan Syaaban?" Mereka menjawab: "Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui."
Baginda menjawab: "Kerana pada bulan ini bercabang banyak kebaikan."
Dengan keutamaan yang ada pada Syaaban ini, Baginda memanfaatkan kesempatan untuk meningkatkan prestasi ibadat dan amal kebaikan sehingga seolah-olah Baginda tidak pernah melakukan sedemikian pada bulan lain.
Nabi s.a.w sendiri sering berpuasa pada bulan ini.
Daripada Saidatina Aishah, beliau berkata maksudnya: "Adalah Rasulullah s.a.w sering berpuasa hingga kami menyangka yang Baginda berpuasa berterusan dan Baginda sering berbuka sehingga kami menyangka yang Rasulullah akan berbuka seterusnya.
"Aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada Ramadan dan aku tidak pernah melihat Baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak di bulan Syaaban." (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Hadis ini menerangkan kepada umat Islam sekalian, Syaaban memang bulan sangat digalakkan beramal ibadat selain bulan lain, sesuai dengan statusnya sebagai gerbang Ramadan.
Rasulullah s.a.w pernah mengumpamakan bulan Syaaban dengan keutamaan diri Baginda sendiri ke atas nabi lain.
Sabda Baginda bermaksud: "Keutamaan Syaaban ke atas bulan yang lain adalah seperti keutamaan saya di atas semua nabi lain sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhluk-Nya."
Antara amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban ialah memperbanyakkan ibadat sunat termasuk puasa, doa, zikir, selawat dan bertaubat daripada kesalahan yang dilakukan.
Walaupun amalan ini sukar, ganjaran yang menanti adalah berganda. Ibadat sunat pada Syaaban juga sebagai persediaan untuk lebih cergas beribadat siang dan malam pada Ramadan.
Syaaban juga adalah bulan di mana setiap doa orang beriman akan dimakbulkan Allah, sebagaimana dinyatakan Abdullah Umar dalam riwayatnya mengenai hadis Nabi iaitu Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Antara solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah sewaktu malam Jumaat, pada malam 10 Muharam, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha."
Rasulullah s.a.w bersabda: "Itulah bulan Syaaban di mana manusia lalai mengenainya iaitu antara bulan Rejab dan Ramadan, ia adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan pemilik sekalian alam. Maka aku sangat suka sekiranya amalanku diangkat sedangkan pada masa itu aku dalam keadaan berpuasa." (Hadis Riwayat Ahmad)
Dalam sejarah umat Islam, bulan Syaaban juga menyaksikan beberapa peristiwa penting seperti perubahan arah kiblat dari Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis ke arah Masjidil Haram di Makkah.
Pada bulan ini juga berlaku peperangan Bani Mustaliq iaitu pada Isnin hari kedua Syaaban tahun ke-5 Hijrah, Rasulullah s.a.w bersama 700 tentera pejalan kaki dan 30 tentera berkuda menuju ke wilayah Bani al-Mustaliq.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang memuliakan Syaaban, bertakwa kepada Allah dan taat kepada-Nya serta menahan diri daripada perbuatan maksiat, Allah mengampuni semua dosanya dan menyelamatkan dia pada satu tahun itu daripada semua bencana dan penyakit."

Tuesday, 26 June 2012
Mata Pelajaran Pendidikan Islam
Di Malaysia, pelaksanaan Pendidikan Islam di dalam Sistem Pendidikan
Kebangsaan adalah berdasarkan perakuan-perakuan yang terkandung di
dalam Penyata Razak 1956, Penyata Rahman Talib 1960 dan dalam
Akta Pelajaran 1961. Perakuan-perakuan di dalam ketiga-tiga Penyata
Akta tersebut telah memperuntukkan supaya agar semua sekolah yang
mempunyai 15 atau lebih murid Islam wajib mengajarkan mata
pelajaran agama Islam. Hasil daripada perakuan tersebut, pada
peringkat awalnya mata pelajaran Pendidikan Islam telah diajar di
luar jadual waktu persekolahan (di waktu petang). Pada tahun
1962 barulah mata pelajaran Pendidikan Islam dimasukkan ke dalam
jadual waktu rasmi sekolah dengan peruntukan masa pengajaran
dan pembelajarannya sebanyak 120 minit seminggu (Abd. Rauf
Dalip, 1984:1).
Pada akhir tahun 1980-an
merupakan tahun reformasi dan penjelmaan kembali Pendidikan Islam
dalam Sistem Pendidikan Negara. Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
dengan berani telah menjadikan “kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan” sebagai teras dan dasar penjurusan segala aktiviti
pendidikan. Malahan tidak keterlaluan jika FPN telah mendokong
cita-cita dan hasrat Falsafah Pendidikan Islam. FPN telah
meletakkan ‘pembinaan insan seimbang’dari segi intelek, emosi,
rohani dan jasmani ke arah melahirkan insan sepadu yang tunduk
dan patuh kepada Tuhan (Ahmad Mohammad Salleh, 2004:55).Mulai
tahun 2000, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyemak
semula Sukatan Pelajaran Pendidikan Islam sejajar dengan semua mata
pelajaran lain dalam kurikulum kebangsaan. Sukatan Pelajaran
Kurikulum Semakan Pendidikan Islam telah dibetangkan kepada YAB
Perdana Menteri pada 8 Mac 2001 (Unit Kurikulum Pendidikan Islam
Teras, Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral:125).
Monday, 18 June 2012
Assalamualaikum warahmatullahi wabaratuh..
Semua guru pendidikan Islam terlibat menghadiri TAKLIMAT PROFESIONALISME GURU - GURU PENDIDIKAN ISLAM bersama Pengarah Bahagian Pendidkan Islam Kementerian Malaysia seperti ketentuan di bawah :
Tarikh : 19 Jun 2012
Masa : 2.30 petang
Tempat : Auditorium Al Azim , Bukit Baru , Melaka
Ucaptama : Tn. Hj. Abdullah bin Md. Din
Pengarah Bahagian Pendidikan Islam.
Sunday, 17 June 2012
Assalamualaikum..
Kelas tambahan tingkatan 3 ( Pendidikan Islam ) telah dilaksanakan pada 16 Jun 2012 pada jam 8.30 pagi hingga 10.00 pagi . Seramai 25 orang pelajar yang hadir dan kelas dibahagikan kepada dua . Pelajar telah membuat latih tubi soalan PMR dengan jayanya .. Tahniah kepada pelajar yang hadir dan syukran jazilan kepada guru - guru yang menjayakannya .. :)
Saturday, 16 June 2012
Friday, 15 June 2012
Sunday, 3 June 2012
Assalamualaikum......
- Pelajar - pelajar SMK Seri Kota yang dirahmati Allah ...... Semoga percutian kali ini dapat mengumpul bnyak pahala sbagaimana Allah memberi peluang untuk kita hidup,..Insya-Allah .......
- Harapan kami (Guru - Guru Pendidikan Islam) semua kerja semasa cuti yg dibekalkan telahpun siap dibuat dgn cemerlang......
- Sebagaimana yang dijanji latihan tambahan perlu diambil dri blog Pendidikan Islam ..... Jadi,Sila klik disini untuk mendapat bahan -LATIHAN TAMBAHAN BAGI TING. 5-
Subscribe to:
Posts (Atom)