topbella

Friday, 18 October 2013

Majlis Anugerah Kecemerlangan 2013

Tarikh: 17 Oktober 2013 (Khamis) 12 Zulhijjah 1434H
Masa: 2.30 petang hingga 5.00 petang
Tempat: Dewan Terbuka, SSNSMKSK
Dirasmikan oleh: En Othman Bin Sagap (Pegawai PPD Melaka Tengah)




Monday, 14 October 2013

Salam Aidiladha

Assalamualaikum .... Kami Panitia Pendidikan Islam mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua warga SSN SMK Seri Kota....

Sunday, 13 October 2013

Puasa Sunat Hari 'Arafah

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



Bilakah hari ‘Arafah? Apa dalil bagi kelebihan puasa hari ‘Arafah?


Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan; Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).

Adakah sunat berpuasa pada hari ‘Arafah itu ada pengecualian?

Ya. Dikecualikan dari jamaah haji. Mereka tidak disunatkan berpuasa pada hari tersebut sebagai mencontohi Nabi s.a.w. dan juga untuk menjaga kekuatan bagi memperbanyakkan berdoa pada hari itu.

Maimunah isteri Rasulullah s.a.w. menceritakan; orang ramai ragu-ragu apakah Rasulullah s.a.w. berpuasa atau tidak pada hari ‘Arafah. Lalu ia (yakni Maimunah) menghantar kepada baginda satu bekas berisi susu tatkala baginda sedang berwukuf di Padang ‘Arafah itu. Lalu baginda meminum susu tersebut dengan dilihat oleh orang ramai kepadanya (Riwayat Imam Muslim).

Malah terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).



Niat Puasa Hari Arafah;

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى

Daku berniat puasa hari Arafah, sunat  kerana Allah Ta’ala.

Rasulullah SAW. bersabda lagi:
 “Tiada hari yang paling ramai Allah SWT melepaskan hamba-Nya dari api neraka melainkan pada Hari Arafah. Dan sesungguhnya Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di kalangan para malaikat serta bertanya; Apa yang dikehendaki oleh mereka?”
Jadi marilah kita di tanah air merebut peluang ini dengan melakukan puasa 1-9 Zulhijjah, atau setidak-tidaknya diusahakan berpuasa pada Hari Arafah iaitu pada 9 Zulhijah yang amat besar pahala dan manfaatnya itu.

وسلام



Thursday, 10 October 2013

PBPPP e-prestasi


eprestasi merupakan satu aplikasi dalam talian di bawah 
SMG KPM Modul Prestasi. Penggunaan sepenuhnya 
sistem ini bermula 2015. Prapelaksanaan eprestasi
 bemula tahun 2013 - 2014. Sistem penilaian ini 
menggantikann PTK yang telah dimansukhkan selama
 ini dan merangkumi 5 aspek utama yang disepadukan
 dikenali sebagai Penilaian Bersepadu Pegawai 
Perkhidmatan Pendidikan ( PBPPP ).


* cara nak download simulasi keberhasilan 
guru, taip :

eprestasi then  klik :
manual pengguna klik
TOT BPPK 2013 klik
4.instrument dan simulasi keberhasilan 
( guru dan pemimpin sekolah ) 
simulasi keberhasilan guru.xls
(klik je download la...)

Selamat mencuba...

Sunday, 6 October 2013

Teknik Menjawab Pendidikan Islam/Moral SPM 2013

Tarikh   :   17 September
Hari   :   Rabu
Masa  :  12.40 - 2.40 petang
Tempat   :  Bilik Tayang ( Ustaz Abdullah bin Tahir )-Pend. Islam
Dewan: ( En. Halipah Ahmad )-Pend. Moral











Saturday, 5 October 2013

Program Solat Hajat 2013/1434H

Tarikh   :   20 September 2013
Hari   :   Jumaat
Masa   :   6.30 - 10.30 malam
Tempat   :   Surau al Firdausi
Sasaran   :   Pelajar PMR , SPM dan STPM
Imam Jemputan : Al fadhil Ustaz Ahmad Samsol b Selamat.
( SBPI Selandar , Melaka )





Friday, 4 October 2013

Sentuhan terakhir malam peperiksaan PMR 2013

Tarikh  :  1 Oktober 2013
Hari      :  Selasa
Masa    :  8.00 - 9.00 malam ( Bahasa Melayu )
              9.00 - 10.00 malam ( Pendidikan Islam )
Tempat :  Aspura / Aspuri SSN SMK Seri Kota , Melaka.

Assalamualaikum..alhamdulillah mengikut pelajar banyak juga soalan yang telah dibincangkan , keluar dalam peperiksaan sebenar..tapi semua bergantung kepada pelajar..pihak sekolah dan guru-guru telah sedaya upaya membantu termasuklah bimbingan akhir di malam peperiksaan..syukran semua..mudah-mdahan anak-anak didik di Seri Kota .. berjaya dengan cemerlang..insya Allah..Amin ya Rabbal 'alamin..






Tuesday, 1 October 2013

TAJUK-TAJUK TUDINGAN PENDIDIKAN ISLAM SPM 2013

Assalamualaikum w.b.t

Buat anak-anak murid tersayang ..Berdoa dan bertawakkallah 
 kepada Allah S.W.T selepas berusaha dengan gigih.

catatan ini hanya sekadar panduan...

KERTAS 1

AKIDAH
TINGKATAN 4
TINGKATAN 5
Perkara yang membatalkan iman
-        - Nifak
-        -Riddah
-       - khurafat
Ahli sunnah wal jamaah
-syiah
-khawarij
Dosa besar
-       -  zina/liwat/musahaqah
-       -  mencuri/merompak
-        -  makan harta anak yatim
-        -  minum arak
-       -  bunuh diri
-        - menipu/ berbohong
Ajaran sesat

IBADAH
TINGKATAN 4
TINGKATAN 5
Lambaian kaabah
- istitoah
-Rukun haji
-Wajib haji
Masalah rumah tangga
-talak
-Fasakh
-khulu’
-lian
Jual Beli
Anak amanah Allah
sewa
Anak angkat
Insuran

SIRAH NABI
TINGKATAN 4
TINGKATAN 5
Khulafak al Rasyidin
Kerajaan Bani Abasiyah
Kerajaan Bani Umaiyah

TOKOH
TINGKATAN 4
TINGKATAN 5
Ahmad Bin Hanbal
Sayyid Jamaluddin al-Afghani
Al-Ghazali
Ibni sina
Al- Bukhari
Ibnu khaldun

ADAB DAN AKHLAK
TINGKATAN 4
TINGKATAN 5
Adab berfikir
Adab dengan pemimpin
Amar berhias diri
Adab bermusafir
Adab ditempat rekreasi
Adab berniaga
Adab dengan rasulullah


About Me

 
Ustazah Puspa© Diseñado por: Compartidisimo