topbella

Wednesday, 30 January 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434H

Tarikh  :  30 Januari 2013
Hari  :  Rabu
Tempat  :  Dewan Terbuka , SSN SMK Seri Kota , Melaka
Masa  :  7.40 - 9.00 pagi
Penceramah Jemputan  :  al Fadhil Ustaz Fauzi b Jaafar
 Pegawai Hal Ehwal Islam , Balai Islam , MAIM .
Tema  :  Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah









LDP 1 Pengurusan Sukan 1M1S


Tarikh  :  26 Januari 2013
Hari  :  Sabtu
Tempat  :  Ampang Superbowl Mahkota Parade Melaka.

Guru - guru mendengar ta 1M1S

Penyampaian Hadiah...

Penyampaian Hadiah..Pasangan Tn. Pengetua
 dan Pn. Arniyanti tidak kurang hebatnya..

Juara bagi kumpulan GPK ! dan Mohd. Faizal
Tahniah !!!

Wednesday, 23 January 2013

Salam Mahabah ya Rasulullah 1434H


Salam Mahabah semua .. pelbanyakkanlah selawat pada hari ini sebagai tanda kasih sayang kita kepada Rasulullah S.A.W. ..

Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM 100


Disempurnakan oleh:
Y.B DATUK GAN TIAN LOO (DMSM,BCM)
(PENGERUSI JAWATANKUASA NEGERI PELAJARAN, BELIA DAN SUKAN
@ ADUN DUYONG)



Tarikh: 21 Januari 2013
Masa: 2.40 petang hingga 4.30 petang
Tempat: Dewan Terbuka, SSN SMK SERI KOTA.






Monday, 21 January 2013

Mahabbah Rasulullah ( S.A.W.)




Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1434 Hijrah atau tahun 2013 Masihi yang jatuh pada 12 Rabiulawal 1434 bersamaan 24 Januari 2013 (hari Khamis) .

WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH
(Tema peringkat kebangsaan)

sumber: http://www.islam.gov.my/ (Jakim)

Asal usul sambutan Maulidur Rasul -  

Maulidur Rasul tidak pernah disambut oleh Rasulullah SAW walaupun sekali. Begitu juga para sahabat, tidak pernah menyambut hari kelahiran Rasulullah sewaktu hayat Baginda.

Malah sahabat-sahabat sendiri pada zaman itu tidak pernah menyambut hari kelahiran mereka. Hal ini kerana sambutan itu belum menjadi budaya mereka pada waktu itu.

Pada zaman awal Islam belum ada keperluan untuk mereka menyambut hari kelahiran kerana mereka tidak mahu memikirkan usia mereka. Mereka juga tiada keperluan untuk menyambut hari kelahiran Rasulullah kerana setiap hari mereka boleh bertemu Rasulullah terutama apabila berasa rindu. Mereka ini meskipun tiada berkesempatan untuk bertemu Rasulullah, sekurang-kurangnya selawat akan meniti pada bibir mereka.

Tetapi pada zaman tabi’in, umat Islam sudah berselerakan ke seluruh dunia dan dalam keadaan itu mereka semakin jauh dengan Makkah dan Madinah. Tidak dinafikan, sebahagian mereka lupa untuk mengamalkan Islam lantaran semakin jauh daripada roh ajaran dan perjuangan Rasulullah. Mujurlah ulama masih ada lalu mengambil inisiatif untuk membimbing orang ramai ke jalan benar.

Di celah-celah itu lahirlah sebuah karya yang diberi nama al-Barzanji nukilan Syeikh Jaafar al-Barzanji. Di dalamnya mengandungi kisah Rasulullah SAW semasa kelahiran sehingga wafatnya.

Kemudian kisah itu dibacakan kepada orang ramai yang dipersembahkan dengan cara yang menarik bagi membangkitkan rasa kecintaan kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Namun untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dalam jumlah yang lebih ramai maka diadakan majlis itu pada hari kelahiran Rasulullah SAW. Di sinilah bermulanya sambutan Maulidur Rasul dalam sejarah Islam.

Hari itu dipilih bukan semata-mata untuk sambutan hari lahir tetapi satu taktik untuk mengumpul orang bagi memperdengarkan kisah Rasulullah SAW yang semakin dilupakan. Semoga umat boleh kembali kepada ajaran Rasulullah seperti zaman sahabat dahulu.

Berdasarkan sejarah itu, maka sambutan Maulidur Rasul yang dilaksanakan pada hari ini seharusnya bukan semata-mata untuk meraikan hari kelahiran Rasul. Itu bukanlah matlamat asal sambutan tetapi lebih kepada usaha mengingatkan kembali umat Islam kepada Rasulullah SAW dan perjuangannya.

Oleh sebab itu, acara yang boleh dihidangkan pada hari itu boleh dipelbagaikan asalkan menjurus kea rah menyedarkan umat Islam kea rah mengingati Rasulullah dan perjuangannya. Kalau dahulunya dibacakan barzanji tentu tidak salah pada hari ini disampaikan ceramah di samping pembacaan sejarah Rasulullah, bernazam, bernasyid, membaca al-Quran dan banyak lagi.

Yang penting semua itu boleh menyedarkan umat Islam kepada mengingati perjuangan Rasulullah. Dengan acara tersebut tidak timbul isu bidaah seperti yang selalu kita dengar dakwaannya pada hari ini kerana semua aktiviti itu pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan baginda tidak pula melarangnya.

Pada hari ini kita tambahkan lagi aktiviti dengan perarakan sepanduk sambil berselawat dan niatnya juga untuk membangkitkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW. Amalan berarak ini pernah dilakukan para sahabat ketika menyambut ketibaan Rasulullah SAW di Madinah dari Makkah. Ternyata perbuatan sahabat itu tidak dilarang oleh Baginda.

Sempena sambutan itu juga, ditambahkan acara memberi anugerah dan penghargaan kepada orang tertentu. Amalan ini juga dilihat baik dan boleh membawa kepada rasa minat seseorang untuk mencontohi Rasulullah.

Sambutan ini perlu dibezakan dengan sambutan Barat terhadap sambutan hari lahir diri sendiri, sambutan acara potong kek, menyanyi dan menari dan sebagainya dan juga tidak sama dengan sambutan hari lahir bagi orang yang hidup dengan mati.

Sambutan hari lahir orang yang masih hidup sepatutnya untuk mahabbah diri, amalan yang telah dilakukan dan menginsafi diri beberapa hari lagi yang berbaki untuk hidup.

Manakala sambutan hari kelahiran untuk orang yang sudah meninggal dunia adalah untuk mengambil iktibar dan teladan yang baik sebagai motivasi hidup.

Jadi, amalan kita pada hari ini menyambut Maulidur Rasul diharap diterima oleh Allah SWT sebagai ibadah. InsyaAllah. 


Tuesday, 15 January 2013

PENGUMUMAN PBS


Dimaklumkan bahawa SPPBS akan dibuka untuk kemasukan prestasi MURID TERCICIR 2012 dan Cetakan Pelaporan mulai 21 Januari 2013 sehingga 10 Februari 2013.
SPPBS akan dibuka untuk kemasukan prestasi murid tahun 2013 setelah semua urusan kemaskini APDM selesai (dijangka awal Mac 2013 tertakluk kepada perubahan).
Terima kasih.
-Lembaga Peperiksaan dan Bahagian Pengurusan Maklumat-

Monday, 14 January 2013

Mesyuarat Panitia Pend. Moral kali pertama 2013


Tarikh  :  15 Januari 2013 ( Isnin )
Masa   :  2.00 petang
Tempat  :  Bilik PSS, SMK Seri Kota , Melaka

Agenda mesyuarat  :
  1. Ucapan pengerusi
  2. Ucapan Penasihat ( GKMP )
  3. Pengesahan minit mesyuarat kali keempat 2012
  4. Bangkitan minit
  5. P&P mata pelajaran
  6. PBS
  7. Penetapan KPI
  8. Hal - hal lain
Kehadiran guru - guru yang terlibat adalah wajib

Mesyuarat Panitia Pend. Sivik kali pertama 2013





Tarikh  :  15 Januari 2013 ( Isnin )
Masa  :  2.00 petang
Tempat  :  Bilik PSS, SMK Seri Kota , Melaka

Agenda mesyuarat  :
  1. Ucapan pengerusi
  2. Ucapan Penasihat ( GKMP )
  3. Pengesahan minit mesyuarat kali keempat 2012
  4. Bangkitan minit
  5. P&P mata pelajaran
  6. PBS
  7. Folio & Khidmat Masyarakat
  8. Penetapan KPI
  9. Hal - hal lain
Kehadiran guru - guru yang terlibat adalah wajib.

Saturday, 12 January 2013

Mesyuarat Jawatankuasa PBS kali pertama tahun2013




Tarikh  :  14 Januari 2013 ( Isnin )
Masa  :  2.45 petang
Tempat  :  Bilik Tayang

Agenda mesyuarat  :
  1. Ucapan pengerusi
  2. Pengesahan minit mesyuarat kali keempat 2012
  3. Bangkitan minit
  4. Pengurusan fail
  5. Laporan penjaminan kualiti ( GKMP )
  6. Hal - hal lain
Kehadiran guru - guru yang terlibat adalah wajib.

Saturday, 5 January 2013

Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah ( JKS ) kali pertama 2013


Tarikh  :  07 Januari 2013 ( Isnin )
Masa  :  2.45 petang
Tempat  :  Bilik Tayang

Agenda mesyuarat  :
  1. Ucapan pengerusi
  2. Pengesahan minit mesyuarat kali keempat 2012
  3. Bangkitan minit
  4. Analisis dan post mortem peperiksaam PMR 2012
  5. Pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran
  6. Pengurusan panitia
  7. Pentaksiran berasaskan sekolah
  8. Program kecemerlangan
  9. Hal - hal lain
Kehadiran semua guru adalah wajib.

Friday, 4 January 2013

Majlis " Jasamu dikenang " Pn. Hjh. Napisah

Tarikh  :  4 Januari 2013
Tempat  :  Emperor Hotel , Melaka
Masa  :  2.30 - 4.30 petang

Bergaya dengan jam Bonia ..
Ucapan kenangan yang dirai..


Senyuman menawan..
Ucapan HEM
Pengerusi Tetap !!

Ucapan Mr. Lam ...








Thursday, 3 January 2013

Oreantasi PelajarTingkatan 4 tahun 2013

Tarikh :  2 - 4 Januari 2012
Tempat  :  Bilik Tayang




Wednesday, 2 January 2013

PROGRAM OREANTASI TINGKATAN 1 / 2013

Tarikh  :  2 - 4 Januari 2013
Tempat  :  Dewan Terbuka SSN SMK Seri Kota , Melaka




Tuesday, 1 January 2013

Pendaftaran Tingkatan 1 tahun 2013


TARIKH  :  1 JANUARI 2013
HARI  :  SELASA
MASA  :  9.30 PAGI
TEMPAT  :  DEWAN TERBUKA







About Me

 
Ustazah Puspa© Diseñado por: Compartidisimo