topbella

Friday 12 October 2012

ADAB MEMINUM AIR ZAM ZAM

    سم الله الرحمن الرحيم


    اللهم صل على محمد وآل محمد

    Kepada pelajar - pelajar PMR  sila baca artikel ini untuk pengetahuan kamu sebelum meminum air zam zam pada hari Isnin nanti insya Allah...

    Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
    Ertinya: Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki." (Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)

    Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada bersabda: "Perbezaan diantara kita dan orang ramai (kaum munafik) ialah bahawa mereka itu tidak suka meneguk (minum) air zamzam." (Hadis riwayat Addara Qutni dan lbnu Majah).

    Daripada 'Ikramah meriwayatkan, bahawa adalah lbnu Abbas Radhiallahu Anhuma apabila minum air Zamzam beliau berdoa (ertinya) : "Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit." (Diriwayatkan oleh ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).

    Dalam bahasa Arabnya doa itu berbunyi:



      Menurut riwayat, lbnu Abbas adalah terkenal seorang sababat yang sangat mendalam ilmunya, luas rezekinya dan tidak pernah sakit kecuali penyakit tua.
      Syeikh Jamaludin Muhammad Jarullah bin Muhammad Nuruddin dalam kitabnya 'al-Jamiul Latif fi Fadhli Makkah' dalam bab Adab minum air Zamzam berkata:
      "Berkata seorang ulama Rahimahullah, sesiapa yang hendak meminum air Zamzam, eloklah dia mengambil bekas yang berisi air Zamzam dengan mengadap kiblat, kemudian berkata: Ya Allah, sesungguhnya telah sampai kepadaku daripada nabiMu Sallallahu 'Alaihi Wasallam, bahawa baginda bersabda:


      Maka Ya Allah, aku meminum air Zamzam ini untuk....... ...... (sebutkan apa yang dikehendaki) . Selepas itu diminum seteguk,kemudian bernafas diluar bijana itu, Dan begitulah dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali meneguknya dibaca Basmalah dan setiap kali selesai dibaca Hamdalah.

      Beginilah cara meminum air Zamzam yang diriwayatkan daripada lbnu Abbas dan doa yang di atas dibaca ketika meminumnya


      والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته


0 comments:

Post a Comment

About Me

 
Ustazah Puspa© Diseñado por: Compartidisimo