topbella

Wednesday 29 August 2012

TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN ( 2 )





PERSEDIAAN MENTAL

1. Pelbagai Gambaran Negatif

Kerapkali masalah yang dihadapi oleh pelajar apabila hampir dengan peperiksaan ialah takutkan kegagalan.   Walau pun anda telah berusaha bersungguh-sungguh namun perasaan takutkan kegagalan ini sering mengganggu fikiran. Antara keadaan yang menekan diri pelajar ialah:
                  Menyerah kalah sebelum berjuang 
Ini disebabkan kerana mereka rasakan yang mereka tidak punya harapan lagi.  Mereka rasakan buat apa belajar kalau dah tahu hasilnya nanti ialah kegagalan. Mereka percaya yang mereka akan gagal dalam peperiksaan berdasarkan kepada keputusan peperiksaan  atau ujian-ujian sebelum ini.  Mereka cuba membaca teta dengan keyakinan bahawa tidak mungkin mereka mampu memahami dan mengingati setiap fakta yang dibaca.
                                                 Merasa belum bersedia
Keadaan yang kedua pula berlaku kepada mereka yang sememangnya belajar.  Mereka rasakan yang diri belum cukup bersedia.   Mereka sentiasa fikirkan apa akan berlaku kalau segala usaha ini sia-sia? Apa akan terjadi kalau apa yang dibaca kelak lupa?  Betapa malunya nanti kalau kawan-kawan yang kurang berusaha mendapat keputusan yang jauh lebih baik?  Semua ini bermain difikiran.
                           Harapan ibu bapa yang terlalu tinggi 
Tidak ada ibu bapa yang tidak mengharapkan kejayaan anak-anak.  Ada ketikanya pula ibu bapa berulangkali menyatakan harapan mereka kepada anak-anak tanpa memikirkan kemampuan sebenar diri anak. Harapan yang terlalu tinggi ini ada ketikanya menjadi beban kepada anak-anak hinggakan mengganggu fikiran mereka.  Kepada ibu bapa, saya sarankan agar dorong anak-anak berusaha gigih dan melakukan yang terbaik mengikut kemampuan masing-masing.  Nyatakan dengan jelas bahawa apa yang anda mahukan ialah anak-anak melakukan yang terbaik dan sungguh-sungguh.  Anda redha walau apa sekalipun keputusannya kelak.  Ini akan mengurangkan tekanan atas diri anak-anak.  

2. Berfikiran Positif 

Bagi mengatasi segala tekanan mental seperti di atas anda perlulah berfikiran positif.  Fokuskan mental anda kepada apa yang perlu anda lakukan dan apa pula hasil yang anda harapkan.  Tidak perlu anda bimbang apa keputusan yang bakal diperolehi tetapi anda perlu bimbang kalau-kalau anda tidak menggunakan sisa-sisa masa yang masih ada untuk berusaha sepenuhnya.
Sekiranya anda memikirkan kegagalan maka anda hanya tergambar pelbagai rintangan dan halangan.  Ini akan melemahkan semangat anda.  Ia juga membuatkan anda meragu kebolehan diri anda. 
Dalam berusaha anda mesti berpegang kepada kata-kata seperti:
Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada pencapaian langsung”.
                           “Something is better than nothing”
                           Lakukan “Latihan Minda” setiap hari.
                           “If you can’t see it, you can’t have it”.
Kata-kata di atas menunjukkan bahawa untuk mencapai sesuatu kejayaan itu maka gambaran kejayaan mestilah terlebih dahulu wujud dalam pemikiran. Sebelum anda mampu mendapat 8A dalam PMR, maka 8A itu mesti terlebih dahulu ada dalam pemikiran.  Ia ibarat menghasilkan sebuah lukisan, anda tidak akan melakar sesuatu yang anda tidak gambarkan.  Lakaran anda berasaskan kepada apa yang anda nampak dalam mata minda. Begitulah juga dengan kehidupan ini.   Anda tidak akan menhasilkan sesuatu yang anda tidak gambarkan.  Oleh itu, gambarkanlah kejayaan dan anda pasti akan terdorong untuk merealisasikan apa yang digambarkan itu.  Makin jelas gambaran yang ada, makin tinggilah kesungguhan anda untuk merealisasikannya.
Untuk membantu anda menggambar dengan baik, anda perlu membuat latihan minda seperti dibawah :

1. Duduk dikerusi anda dengan selesa.  Tangan diletakkan diatas peha.  Badan tidak bersandar.  Tenangkan fikiran dan kendurkan setiap otot, sendi, uratsaraf dan pejamkan mata anda.

2. Tarik nafas beberapa kali dalam-dalam.  Tarik melalui hidung dan hembuskan melalui mulut.  Ketika nafas ditarik, gambarkan yang anda menyedut keyakinan diri.  Ketika nafas dibuang, gambarkan yang anda membuang segala ketakutan dan kebimbangan.

3. Saya percaya anda pernah capai kejayaan sebelum ini, sama ada kecil atau besar.  Saya mahu anda kembali kepada peristiwa kejayaan itu.  Kejayaan itu mungkin berkaitan dengan pelajaran, sukan, debat dan sebagainya. Pilih satu yang paling bermakna kepada anda.  Dimana iaberlaku?  Apa yang berlaku?  Apa yang anda dapat lihat? Suara apa yang anda dengar? Kalau ada tepukat, dengar tepukan gemuruh ketika itu.  Kalau ada puji-pujian dengarkan duara siapa yang memuji itu. Gambarkannya secara jelas mengikut kemampuan anda.  Dengar suara yang ada dengan jelas.  Rasakan apa perasaan anda ketika itu.  Rasakan keseronokan anda pernah dipuji.  Rasakan kebanggaan anda sebagai orang yang berjaya ketika itu. Hadirkan perasaan itu kembali.

4. Apabila perasaan yakin dan bangga mula memuncak, cubit sedikit kedua-dua peha anda dengan tangan.  Biar terasa sedikit sakit.  Buka mata anda, dan pejam kembali.  Ulang langkah 2 – 4 beberapa kali.

5. Kini pejamkan mata, gambarkan anda melangkah masuk ke dewan peperiksaan  Gambarkan anda duduk dikerusi dan diatas meja tersedia kertas soalan.  Rasakan ketenangan dalam dewan.   Gambarkan kini anda membelek-belek kertas soalan dan anda dapati semua apa yang anda baca keluar.  Rasakan kegembiraan itu.  Gambarkan bagaimana anda menjawab setiap soalan satu persatu dengan penuh keyakinan.  Ide keluar mencurah-curah.  Gambarkan 8A dalam PMR (Gred 1 untuk SPM).  Ketika ini sekali lagi cubit kedua-dua peha anda seperti yang telah anda lakukan dalam langkah 4 tadi.

6. Buka mata anda, ulangi langkah 5 beberapa kali

7. Buatkan latihan minda ini 10 – 15 minit setiap hari.  Sekiranya anda lakukan latihan ini sungguh-sungguh setiap hari, anda dapat mengawal perasaan takut anda ketika berada didewan peperiksaan dengan menarik nafas dan mencubit kedua-dua peha. 
Kejayaan latihan minda di atas banyak bergantung kepada kesungguhan anda melatih diri, kekerapan latihan dan tumpuan anda.
 

Semoaga Kejayaan Di Dunia dan di Akhirat Menjadi Milik Kita semua.. :-)

 MAJLIS KENAIKAN PANGKAT MANTAN PENGETUA EN. OTHMAN B SAGAP
Majlis Meraikan Kenaikan Pangkat Mantan Pengetua SSN SMK Seri Kota sebagai Pegawai Pelajaran Daerah

Tempat: Hotel Hang Tuah City Hotel, Bukit Baru
Tarikh: 29 Ogos 2012 (Rabu)
Masa: 2.30 ptg
Tema Pakaian: Hari Raya

Video Klip Khas untuk En Othman Sagap :

Gambar kenangan :











Tuesday 28 August 2012

TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN..( 1 )


PERSEDIAAN FIZIKAL 

KESIHATAN sebagai pelajar anda memerlukan kesihatan yang baik bermula dari ketika membuat persedian mengulangkaji hinggalah ke dewan peperiksaan. Keadaan kesihatan yang buruk akan mengganggu persediaan diri untuk peperiksaan.  Sekiranya masih banyak yang anda perlu ulangkaji, maka pastinya anda rasa bimbang. Gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini akan membawa kepada tekanan emosi.  Pastikan anda menjaga perkara yang beriku t:

                           1. Tidur yang cukup. 
Tidur yang cukup ialah diantara 6 – 7 jam sehari.  Kurang tidur menyebabkan anda rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit.  Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan.  Jadi pastikan anda latih diri anda dengan masa tidur yang optimum ini dari sekarang. 
 
                        2. Jaga pemakanan. 
Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya “Makanlah dari makanan yang baik yang telah Kami berikan” (Al-Baqarah : 57).  Yang dimaksudkan
sebagai yang baik disini ialah baik dari segi sumbernya (halal), kualitinya (zat), rasanya (enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan kemudaratan).  Kepada ibu bapa pastikan anak-anak anda diberi makan makanan dari sumber yang halal.  Makanan yang haram akan menghitamkan dan menggelapkan hati mereka.

3. Riadah.  
Jangan beriadah sehingga meletihkan badan. Ramai pelajar yang bermain hingga penat dan akibatnya anda akan rasa mengantuk untuk mengulangkaji
pelajaran.   Anda hanya perlu beriadah selama 20 minit dan sebanyak tiga kali seminggu.  Lakukanlah senaman ringan yang mengeluarkan sedikit peluh.  Disaat-saat akhir sebegini, lupakanlah soal bolasepak, takraw, badminton dan sebagainya.  Anda boleh tangguhkan semua aktiviti yanganda minati ini setelah tamat peperiksaan penting nanti.

                        4. Keselamatan
Anda perlu menjaga keselamatan diri anda sebaiknya. Jauhkan diri anda dari aktiviti lasak yang boleh membawa kepada kecelakaan.  Elakkan diri dari sebarang kecederaan.  Anda past tidak mahu mengambil peperiksaan  sewaktu berada dalam wad di hospital.  Memanglah kecelakaan tidak pernah diundang, tetapi kalau anda tidak berhati-hati anda sebenarnya mendedahkan diri kepada pelbagai kemungkinan. Dalam musimmenjelangnya peperiksaan, lebihkan masa anda untuk berada dirumah. 

Semoga kejayaan dunia akhirat milik kita..insya Allah.. :-)

Monday 27 August 2012


JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM TAHUN 2012

PENDIDIKAN ISLAM 1 ( 1223/1 )

TARIKH  :  30 OGOS 2012
HARI  : KHAMIS
JAM  :  7.50 - 9.50 PAGI 
MASA  :   2 JAM 

PENDIDIKAN ISLAM 1 ( 1223/2 )

TARIKH  :  30 OGOS 2012
HARI  : KHAMIS
JAM  :  12.50 - 2.30 PETANG
MASA  :   1 JAM  40 MINIT
 

SALAM IMTIHAN BUAT PELAJAR – PELAJAR SPM 2012
DO YOUR BEST !!
Sedikit perkongsian ilmu untuk pelajar - pelajar yang sedang exam … semoga boleh membantu.. insya Allah. :-)


Doa untuk Mengulangkaji Pelajaran


Doa memulakan ulangkaji
 اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا تَشَاءُ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu, hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala apa yang Engkau kehendaki.”


Doa selepas mengulangkaji
 اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”


Doa Pada Hari Peperiksaan
Dicadangkan agar doa-doa berikut diucapkan pada hari peperiksaan, iaitu sebelum dan semasa peperiksaan berlangsung:


1. Ketika memasuki dewan peperiksaan:
 وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا

Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”


2. Ketika menerima kertas soalan:
 قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”


3. Ketika sukar menjawab:
 ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”


4. Atau:
 اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”


5. Jika anda terlupa jawapan:
 اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku.”

Monday 20 August 2012


Assalamualaikum ....kami guru - guru daripada panitia pendidikan islam , mengucapkan salam 'idul fitri.. maaf zahir batin..syukran jazilan atas sumbangan semua sempena program ihya' Ramadhan...semoga raya kali bertambah keimanan kepada Allah dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara kita... :)
MAJLIS INFAQ RAMADHAN 1433 H / 2012 M
SSN SMK SERI KOTA , MELAKA

Tarikh  :  15 Ogos 2012 / 26 Ramadhan 1433
Hari     :  Rabu
Masa    :  12.00 - 12.40 tengah hari
Perasmi  :  Encik Othman bin Sagap
                   Tuan PPD Melaka Tengah , Melaka

Seramai 51 orang pelajar menerima baju melayu dan baju kurung..alhamdulillah..

  • Bilal terawih / Imam solat fardhu / Bilal solat fardhu juga diberi penghargaan oleh pihak sekolah dalam majlis ini...pihak panitia merakamkan ucapan jazakallahu khairon kathiro kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini...semoga segala usaha dirahmati Allah S.W.T. insya Allah.

Sunday 12 August 2012


PROGRAM IHYA RAMADHAN 1433 H/ 2012 M
   SSN SMK SERI KOTA , MELAKA
  
BIL
PROGRAM
MASA
GURU BERTUGAS
1.     
Bacaan Yassin
Setiap Jumaat
Ustaz Fairos/Ustaz Rosli
2.     
Tadarus Al Quran
Waktu Amali Solat
Ustaz Rosli
3.     
Info Ramadhan
Pagi-sebelum doa pagi
Ustaz Mohd. Rizal
4.     
Buletin Ramadhan
Seminggu sekali
Ustazah Puspa
5.     
Tazkirah Ramadhan
Waktu rehat 1&2
Ustaz Fairos / Ustaz Rosli
6.     
Infak Ramadhan
Minggu akhir Ramadhan
Ustazah Noorlizah


  • Semua pelajar Islam diwajibkan menyertai program ihya Ramadhan pada waktu rehat 1 & 2 dan program-program yang berkaitan.
  • Guru-guru Islam dijemput untuk menghadiri majlis-majlis ilmu yang diadakan di surau al Firdausi sepanjang bulan Ramadhan al Mubarak.
  • Program Infak Ramadhan merupakan bayaran fidyah dan sedekah daripada semua warga SMK Seri Kota bagi membantu anak-anak yatim dan miskin di SMK Seri Kota sempena menyambut bulan Syawal.



Kadar Fidyah bagi Negeri Melaka pada tahun 2012/1433 H berdasarkan Majlis Fatwa Negeri Melaka adalah seperti berikut :

¼ daripada kadar zakat semasa RM 6.50 = RM 1.70 sehari


شكرا وإلى اللقاء

Warga SSN SMK Seri Kota , Melaka mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat bertugas kepada En. Othman bin Sagap yang telah dilantik sebagai Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Melaka Tengah yang baru mulai 27 Julai 2012 yang lalu.
Beliau telah mengisi kekosongan jawatan yang telah dilepaskan oleh En. Abdul Mutalib bin Osman kerana telah dilantik sebagai Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka baru-baru ini.
Adalah diharapkan agar Allah akan melimpahkan rahmat-NYA kepada tuan untuk meneruskan lagi kecemerlangan PPD Melaka Tengah, Amiin. Selamat Bertugas BOSS !!!



BULETIN RAMADHAN 1433/2012 (BIL 3)


أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم.  بسم الله الرحمن الرحيم.  السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحب أجمعين
Ramai yang menghabiskan sepuluh terakhir Ramadhan di pasaraya dan kedai – kedai kerana mahu menyambut hari raya sedangkan pada masa yang sama tawaran yang lebih hebat apabila kita beramai-ramai menghidupkan sepuluh malam terakhir itu di surau atau masjid. Janganlah kerana mahu mengejar kehidupan yang sementara ini , kita terlupa kepada bekalan apabila bertemu dengan Allah di akhirat kelak.
MAKSUD  LAILATUL QADAR
Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Di malam itu turun para malaikat dan Jibril dengan Izin Allah untuk mengatur segala urusan. Pada malam itu ( penuh ucapan ) kesejahteraan sehingga terbit fajar.

SEBAB KURNIAAN LAILATUL QADAR KEPADA UMAT MUHAMMAD S.A.W.
1. Seorang pemuda mendirikan solat malam sehingga Subuh. Kemudian dia berjihad melawan musuh pada
    siang hari sehingga petang. Dia melakukan amalan ini selama seribu tahun.
2. Nabi telah menceritakan tentang seorang pemuda bani Israel telah membawa senjata berjihad di jalan
    Allah selama seribu tahun .
3. Nabi telah menyebut tentang 4 orang drp. bani Israel di mana mereka telah menyembah Allah selama 80
    tahun tanpa membuat maksiat walau pun sekelip mata.
4. Rasulullah s.a.w merasa bimbang apabila melihat kepada umur  umatnya terlalu singkat berbanding umat
    sebelumnya.
SEBAB DISEMBUNYIKAN MALAM AL-QADAR
Pertama  : Allah menyembunyikan malam al-qadar agar umat Islam dapat membesarkan kesemua malam
                  bulan Ramadhan tanpa memilih malam tertentu sahaja.
Kedua    :  Jika diberitahu secara jelas tentang malam al-Qadar maka ditakuti manusia tahu tentang
                  kedatangan malam tersebut tetapi dia tidak berusaha untuk merebutnya dengan amal ibadat .
Ketiga   :  Supaya seseorang mukallaf itu bersungguh-sungguh berusaha mencari malam al-qadar sehingga
                 dia mampu memperbanyakkan ibadat lalu dia memperolehi pahala daripada kesungguhannya itu.

TANDA - TANDA MALAM  AL-QADAR
Nabi s.a.w pernah mengambarkan kita di beberapa sabda beliau tentang tanda-tandanya, iaitu:
1. Udara dan suasana pagi yang tenang
2. Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat keesokannya
3. Terkadang terbawa dalam mimpi
4. Bulan nampak separuh bulatan
5. Malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan
tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi syaitan)
6. Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan
    bermunajat kepada Rabb-nya tidak seperti malam-malam lainnya.

Berbisiklah pada diri, berkemungkinan puasa kali ini adalah puasa yang terakhir dalam hidup kita sebab umur adalah dalam kekuasaan Allah. Semoga Allah s.w.t memanjangkan usia kita sehingga dapat berpuasa seikhlasnya tahun ini dan berjumpa Lailatul Qadar … Insya Allah.

وبالله التوفيق والهدايه والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Disediakan oleh : Panitia Pendidikan Islam

Saturday 11 August 2012

BULETIN RAMADHAN 1433H/2012M SSN SMK SERI KOTA , MELAKA [ BILANGAN 4 ]

أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم. بسم الله الرحمن الرحيم. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحب أجمعين
Bagaimanakah semangat Syawal yang perlu diterapkan?
1. Semangat kita dengan Allah s.w.t. :
Seorang hukama pernah berkata: “Bukanlah hari raya itu hanya dengan baju yang baru, tetapi hakikat hari raya itu adalah dengan takwa yang semakin jitu.” Semangat ketakwaan yang semakin menebal dan kukuh di jiwa setiap calon yang telah berjaya menamatkan latihan Ramadan selama sebulan, itulah makna hari raya sebenarnya yang dikehendaki syarak.
Dalam pada itu juga, Aidilfitri harus disambut dengan penuh kesyukuran kepada Yang Esa atas nikmat agung berupa Hari Kebesaran yang dihadiahkan Allah kepada sekalian hamba-Nya yang telah menamatkan ibadat puasa pada bulan Ramadan.

2. Semangat kita sesama manusia
Semangat bermaaf-maafan, iaitu buangkan yang keruh, ambil yang jernih adalah semangat yang harus diterapkan sempena hari mulia ini.
Begitu juga semangat bantu-membantu terutamanya terhadap golongan yang susah, seperti anak-anak yatim, golongan fakir dan miskin, ibu-ibu tunggal, kaum mualaf dan seumpamanya.
Hadis Nabi bermaksud: Sesiapa yang tidak bersyukur dengan nikmat yang sedikit, pasti tidak bersyukur dengan nikmat yang banyak. Sesiapa yang tidak berterima kasih dengan manusia, sebenarnya, dia tidak bersyukur dengan Allah s.w.t. (Riwayat Imam Ahmad).
Semangat ziarah-menziarahi, mengeratkan silaturahim dan mengukuhkan perpaduan sesama insan amat penting.
Hadis nabi bermaksud: Sesiapa yang menginginkan agar murah rezeki dan dilanjutkan ajalnya, maka hubungkanlah silaturahim. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Beberapa persoalan di hari raya ....
Adakah harus bergembira pada hari raya?
Harus, malah disunatkan, akan tetapi hendaklah tidak membabitkan perkara-perkara yang haram.
Mengenai galakan menzahirkan kegembiraan, terdapat hadis Rasulullah s.a.w. yang menyebutkan; “Senyumanmu di hadapan wajah saudara kamu adalah sedekah bagimu”.
(Riwayat Imam at-Tirmizi dari Abu Zarr r.a.)
Apakah disunatkan bertakbir pada hari raya?
Ya disunatkan .
Siapakah yang disunatkan bertakbir?
Disunatkan bertakbir pada hari raya bagi lelaki dan perempuan, kanak-kanak (yang mumayyiz) dan orang dewasa, orang dalam negeri atau sedang bermusafir.
Ketika bertakbir, adakah disunatkan meninggikan suara?
Ya , bertujuan untuk menzahirkan syi’ar agama.
Adakah harus mendengar nyanyian dan berhibur pada hari raya?
Ya, harus dengan syarat nyanyian dan hiburan yang bersih dari maksiat dan mungkar.
SEMOGA KITA DAPAT SAMA-SAMA MENGHIDUPKAN AMALAN SUNAT DI HARI RAYA. HARI RAYA MERUPAKAN HARI KEMENANGAN DALAM MELAWAN NAFSU . ’ SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI....MAAF ZAHIR BATIN ’
وبالله التوفيق والهدايه والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Disediakan oleh : Panitia Pendidikan Islam..

Wednesday 1 August 2012

Salam Imtihan Buat Pelajar PMR


TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN

"Kunci sebuah kejayaan adalah persediaan dan kaedah yang betul"

Peringatan....
• 5 - 6 minggu sebelum peperiksaan adalah tempoh yang sangat penting dan kritikal.
• Anda perlu mengetahui kaedah menangani & menguasai keseluruhan isi pelajaran yang telah anda pelajari selama 3 tahun dengan bijak.
• 2 – 3 jam di dalam dewan peperiksaan adalah penentu masa depan anda.

LANGKAH 1
SEDIAKAN JADUAL BELAJAR HARIAN
1. Senaraikan subjek yang diambil.
2. Bulatkan subjek yang lemah dan perlu diberi perhatian.
3. Isi jadual harian anda dengan subjek yang anda bulatkan terlebih dahulu.
(sebaiknya rujuk jadual persekolahan bagi memudahkan anda)
4. Sesuaikan masa mengikut kemampuan dan keselesaan anda.
5. Buat analisis kekerapan subjek dalam jadual anda. (Cth : BM 3x seminggu, BI 2x seminggu)
6. Patuhi jadual seperti yang dirancang.


LANGKAH 2
SEDIAKAN RANCANGAN BELAJAR MENJELANG PEPERIKSAAN

1. Terdapat 2 fasa perancangan :
a. Sebelum Peperiksaan
b. Dalam Tempoh Peperiksaan

2. Aktiviti belajar & jadual belajar harian perlu berbeza bagi 2 fasa tersebut :
A) ATIVITI BELAJAR SEBELUM PEPERIKSAAN :

1. Contoh aktiviti belajar menjelang peperiksaan :
• Membina Nota Padat
• Memahami Nota
• Latih Tubi Soalan Sebenar
• Simulasi Peperiksaan

2. Kira jumlah minggu yang anda ada sebelum peperiksaan.
3. Bahagikan jumlah minggu dengan 4 aktiviti di atas.
4. Sediakan planner bagi memudahkan anda mencatat aktiviti.

B) AKTIVITI BELAJAR DALAM TEMPOH PEPERIKSAAN :

1. Bagi menyediakan jadual belajar ’dalam tempoh peperiksaan’, anda dinasihatkan merujuk jadual sebenar PMR kerana setiap subjek mempunyai selang masa yang berbeza.

2. Dalam tempoh ini anda sepatutnya sudah memiliki nota yang lengkap, memahami semua isi pelajaran dan mahir menjawab soalan-soalan tahun lepas.

3. Anda perlu bijak membahagikan masa kerana anda mungkin berhadapan dengan jadual yang padat. Cth : 3 subjek dalam 1 hari.

4. Persediaan terakhir amat penting bagi memastikan segala usaha anda selama 3 tahun berhasil dan membuahkan kejayaan.

SALAM IMTIHAN..DO YOUR BEST..STUDY SMART ..TAWAKAL ILA LLAH...MA'A SALAMAH.. :)




BULETIN RAMADAN 1432H / 2011M SSNM SMK SERI KOTA , MELAKA – BIL. 4


أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم. بسم الله الرحمن الرحيم. السلام عليكم ورحمة الله
وبركاته الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحب أجمعين


TERDAPAT adab dan perkara yang disunatkan untuk kita lakukan pada hari raya :


1. Membersihkan diri sebelum keluar untuk solat hari raya.
A. Telah sabit bahwa Ibnu Umar mandi dan memakai bauan pada hari raya Eidil Fitri.
B. Sebahagian ulama’ menyatakan sunat mencukur bulu di badan dan memotong kuku kerana ia adalah penye
Mpurna dalam berhias.


2. Memakai sebaik-baik pakaian.
Adalah bagi Rasulullah S.A.W MEMAKAI satu jubah pada kedua – KEDUA hari raya.


3. Makan tamar atau seumpamanya sebelum keluar untuk solat hari raya.
Daripada Anas adalah Rasulullah S.A.W bersarapan pada hari raya eidIl fitri DENGAN MEmakan tamar daLAM bilangan YANG GANJIL.

4. Keluar solat hari raya dimasjid dan seumpamanya.
Ummu ‘Athiyyah memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W telah memerintahkan kami supaya keluar pada hari raya eidil fitri dan eidil adha termasuk perempuan yang baru baligh, mereka yang datang haidh dan mereka yang sibuk dengan tugas di rumah.


5. Melaungkan takbir pada hari raya
Daripada Ibnu Umar berkata bahawa Nabi S.A.W bertakbir pada hari raya eidil fitri bermula ketika baginda keluar dari rumah sehinggalah sampai di temPAt solat hari raya.


6. Melalui jalan yang berlainan ketika pergi dan pulang dari tempat solat hari raya.
Adalah Rasulullah S.A.W apabila keluar pada hari raya pada satu jalan, baginda pulang pada jalan yang lain


7.Mengucapkan tahniah dan ucapan selamat hari raya kepada para muslimin.
Adalah para sahabat apabila bertemu pada hari raya, mereka akan mengatakan kepada mereka yang ditemui dengan kalimah yang bermaksud : Semoga Allah menerima segala amalan kami dan kamu.


8. AMALAN ZIARAH MENZIARAHI TERUTAMA SAUDARA MARA DAN SAHABAT HANDAI.
AMALAN INI TERMASUK DALAM PERKARA YANG DIGEMARI DAN DISYARIATKAN DALAM ISLAM.


SEMOGA KITA DAPAT SAMA-SAMA MENGHIDUPKAN AMALAN SUNAT YANG PERNAH DILAKUKAN OLEH rASULULLAH S.A.W. SENDIRI DAN PARA SAHABAT. HIDUPKAN HARI RAYA DENGAN PERKARA YANG BERMANFAAT DAN JANGAN KOTORKANNYA DENGAN PELBAGAI AKTIVITI YANG BERBENTUK MAKSIAT. HARI RAYA MERUPAKAN HARI KEMENANGAN DALAM MELAWAN NAFSU DAN JANGAN NAFSU YANG MENGALAHKAN KITA PULA DI HARI RAYA INI. INSYA ALLAH. ’ SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI....MAAF ZAHIR BATIN ’
وبالله التوفيق والهدايه والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Disediakan oleh : Panitia Pendidikan Islam.

BULETIN RAMADAN 1432H/2011M SSNM SMK SERI KOTA , MELAKA – BIL. 3



أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم
. بسم الله الرحمن الرحيم. السلام عليكم 
ورحمة الله
وبركاته الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحب أجمعين
Tips bagi Ramadan lebih bermakna .

1. Banyakkan berdoa agar Allah S.W.T memberikan keinginan dan semangat beribadat yang tinggi pada Ramadan. Kita kadangkala tertanya diri sendiri ‘ mengapalah malas sangat aku ini .’
Tanpa berbuat apa-apa kita dengan kemalasan melalui Ramadan. Perasaan tak semangat beribadat boleh dirawat dengan meminta Allah mendatangkan semangat. Berdoa dan berdoa, sebab doa juga adalah ibadat dan ada kuasa tersendiri.

2. Pergilah ziarah kubur sebelum atau di awal Ramadan kerana ia akan mengingatkan betapa kurangnya kita persiapan amalan. Ziarah kubur sebenarnya hendak menolong diri kita, bukan sahaja si mati. Sebenarnya ‘time is life’ (masa itu kehidupan). Luang masa itu membunuh kehidupan. Orang yang sudah mati tidak ada masa. Dengan keinsafan berziarah mendorong kita untuk tidak sia-siakan peluang sebulan Ramadan kali ini.

3.Meriahkan kehadiran Ramadan dengan perbanyakkan ucapan sesama sahabat dan keluarga dengan kata-kata semangat agar bertambah ‘ghairah’ dan bermakna dalam bulan berkat ini.
Dalam sunnah pun Nabi S.A.W selalu memberikan khabar gembira kepada kalangan sahabatnya setiap kali datang bulan Ramadan: “Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh berkat. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.” (HR Ahmad)

4. Tambah ilmu fiqah mengenai cara berpuasa Nabi Muhammmad S.A.W dan kalangan sahabat serta salafussoleh serta kelebihan Ramadan dan fadilatnya dengan membaca buku ataupun menghadiri ceramah dan tazkirah Ramadan yang diadakan di pejabat dan surau masjid agar berpuasa dengan panduan ilmu, bukannya ikut adat.

5. Perbanyakkan istighfar dan taubat secara bersungguh-sungguh kerana dosa-dosa inilah yang akan memalapkan kejernihan hati untuk berseronok dengan ibadat. Tinggalkan dosa dan maksiat. Anggaplah Ramadan kali ini sebagai satu ‘madrasah’ (sekolah) yang berkesan mengubah hati, akal dan nafsu yang selama ini menjadi pak turut kepada syaitan yang menjadi seteru Allah.
“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31)

6. Berbisiklah pada diri, berkemungkinan puasa kali ini adalah puasa yang terakhir dalam hidup kita sebab umur adalah dalam kekuasaan Allah. Semoga Allah S.W.T memanjangkan usia kita sehingga dapat berpuasa sepenuhnya kali ini.
وبالله التوفيق والهدايه والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Disediakan oleh : Panitia Pendidikan Islam.

BULETIN RAMADAN 1432H/2011M SSNM SMK SERI KOTA , MELAKA – BIL. 2

أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم. بسم الله الرحمن الرحيم. السلام عليكم ورحمة الله

وبركاته الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحب أجمعين


Nabi Bersabda , ” Solat lima waktu , Jumaat ke Jumaat , Ramadan ke Ramadan adalah penghapus dosa-dosa yang terjadi di antara waktu tersebut jika dijauhi dosa- dosa besar”. (HR Muslim )

Nabi S.A.W bersabda , ” Apabila datang bulan Ramadan , kerjakalah umrah kerana umrah pada bulan Ramadan menyamai Haji.” ( HR Bukhari )

Nabi S.A.W bersabda , ” Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang musafir”. ( HR Bukhari )

Nabi S.A.W bersabda , ” Doa yang tidak akan ditolak bagi orang yang berpuasa ialah ketika dia berbuka ”. ( HR Ibn Majah )

Nabi S.A.W bersabda , ” Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang yang berpuasa , iaitu pahala orang yang berpuasa tidak kurang walau sedikit ”. ( HR At Tarmizi )

Nabi S.A.W bersabda , ” Apabila seseorang itu berpuasa , maka janganlah dia mengucapkan perkataan yang kotor dan jangan pula bertengkar. Sekiranya dia dimaki oleh seseorang atau diajak bergaduh maka hendaklah dia berkata : sesungguhnya aku berpuasa”. (HR Bukhari dan Muslim )

Nabi S.A.W bersabda , ” Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang disebut pintu Rayyan. Semua orang yang berpuasa akan memasukinya pada hari kiamat dan tidak dibenarkan sesiapa pun selain daripada mereka memasukinya. Lalu dikatakan : ” Di manakah orang yang berpuasa? ”. Lantas mereka pun berdiri dan tidak ada seorang pun yang dapat masuk selain orang yang berpuasa. Apabila sekalian orang berpuasa telah masuk , maka ditutuplah dan tiada seorang pun yang dapat memasukinya”. (HR Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Umamah r.a. Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W ” Tunjukkan aku satu amalan yang membolehkan aku masuk syurga” Rasulullah S.A.W bersabda ” hendaklah kamu berpuasa , tiada lagi yang seumpamanya” . ( HR Ibn Hibban )

Nabi S.A.W bersabda : ” Puasa adalah perisai yang akan melindungi seseorang daripada api neraka”. ( HR Ahmad )

وبالله التوفيق والهدايه والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Disediakan oleh : Panitia Pendidikan Islam.

About Me

 
Ustazah Puspa© Diseñado por: Compartidisimo