topbella

Kertas Kerja









SEKOLAH SUKAN NEGERI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KOTA
JALAN AIR LELEH
75050 MELAKA





KERTAS KERJA




MENAIKTARAF SURAU SEKOLAH
2012






SURAU SEKOLAHKU ADALAH SYURGAKU ”








JAWATANKUASA LEMBAGA SURAU
SEKOLAH SUKAN NEGERI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI KOTA
MELAKA
TAHUN 2012





KERTAS KERJA
MENAIKTARAF SURAU SEKOLAH ( 2012 )




1.0 MUQADDIMAH

Surau adalah rumah Allah iaitu tempat yang paling penting bagi semua umat Islam. Surau menjadi nadi utama bagi program-program keagamanaan yang dilaksanakan di sekolah seperti Sambutan Maal Hijrah , Program Maulidur Rasul , Sambutan Peristiwa Isra’ Mikraj , Program Solat Hajat dan program-program motivasi seperti Kem Insaf Diri , Amali Pengurusan Jenazah , Amali Haji dan Umrah dan lain-lain.

Surau yang selesa adalah penting untuk mencapai objektif – objektif program yang dijalankan di surau.Maka program untuk menaiktaraf surau Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota telah mula dijalankan mulai tahun 2009. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak Lembaga Surau Sekolah untuk mencari dana dan memperbaiki prasaran di surau.Walau bagaimana pun , masih terdapat kekurangan yang perlu diperbaiki , maka usaha menaiktaraf surau sekolah SMK Seri Kota perlu diteruskan lagi.


2.0 MATLAMAT

2.1 Program menaiktaraf ini dapat menjadi medan dakwah yang selesa bagi warga Muslim
SMK Seri Kota.
2.2 Memberi keselesaan kepada guru-guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
2.3 Aktiviti-aktiviti keagamaan dapat dijalankan dengan lebih baik .
2.4 Menjadi tempat ibadah yang mempunyai prasarana yang lengkap kepada pelajar-pelajar
Islam terutama pelajar-pelajar asrama SMK Seri Kota , Sekolah Sukan Negeri Melaka.


3.0 OBJEKTIF

Di antara objektif Program Menaiktaraf Surau ialah :

3.1 Memasang penghawa dingin di Surau Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota , Melaka.
3.2 Memperbaiki stor surau agar penyimpanan barang dan peralatan lebih teratur .
3.3 Memperbaiki tandas dan bilik mandi surau agar lebih selesa dan kelihatan bersih serta
kemas.
3.4 Mengelakkan surau daripada serangan anai-anai.


4.0 NAMA PROGRAM

Program menaiktaraf Surau Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota , Melaka.”


5.0 TEMA

SURAU SEKOLAHKU ADALAH SYURGAKU ”.

6.0 JAWATANKUASA LEMBAGA SURAU

Pengerusi : En. Othman bin Sagap ( Pengetua )
Timb. Pengerusi : En. Abdul Ghani b Ahmad ( GPK Pentadbiran )
Naib Pengerusi : En. Baharim Md. Yassin ( GPK HEM )
En. Zaiman bin Husin ( GPK Ko Ku )
: Pn Lili Basmi ( GPK Tingkatan 6 )
Penyelaras : Pn. Hjh Puspa Adam (GKMP Kemanusiaan )
Setiausaha : Pn. Hjh Noorlizah Eusoff
AJK
: En. Mohd. Fairos b. Jaafar
: En. Mohd. Rizal b. Abd. Rauf


7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

PERKARA
JUMLAH
1
Penghawa dingin
RM 10,000.00
2
Tingkap “Sliding”
RM 4,000.00
3
Menaiktaraf stor
RM 3,000.00
4
Menaiktaraf tandas
RM 3,000.00
5
Rawatan anai-anai
RM 2,000.00

JUMLAH
RM 22,000.00


8.0 SUMBER PENDAPATAN

8.1 Kutipan derma daripada guru-guru dan pelajar SMK Seri Kota
8.2 Memohon sumbangan derma daripada pelbagai agensi kerajaan dan swasta


9.0 PENUTUP

Akhir kalam , adalah diharapkan agar Program Menaiktaraf Surau ini berupaya mencapai objektif yang telah digariskan demi menjaga kepentingan pelajar-pelajar dalam meningkatkan syiar Islam. Sumbangan Tuan / Puan boleh dibuat secara tunai / cek atas nama Bendahari Tabung Surau SMK Seri Kota / akaun Bank Muamalat 0401-0025831-72-9 . Semoga sumbangan Tuan / Puan diberkati Allah , Insya Allah.

Sekian , Wassalam .



Disediakan oleh ,                                                               Disahkan oleh :


....................................                                                 …..............................  

4 comments:

che'gu said...

Terima kasih di atas perkongsian..sangat membantu :)

Unknown said...

Alhamdulillah niatnya memeng begitu cikgu...

Unknown said...

Ustazah puspa ..
ramai yang meminta izin untuk menggunakan bahan2 drp blog ini.. dipersilakan saya izinkan .. malu plk rasanya sebab dah lama x update..walau pun byk perkara lagi yang boleh di share utk kegunaan bersama semua GPI.

farhanah said...

Sy mohon utk jdkn sbg rujukan...

Post a Comment

About Me

 
Ustazah Puspa© Diseñado por: Compartidisimo