topbella

Friday 22 November 2013

Kertas soalan SPM 2013 didakwa bocor - Maths. and Add. Maths

NOVEMBER 22, 2013
NGO menerima aduan bahawa kertas soalan Matematik dan Matematik Tambahan SPM bocor. Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain.










Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima aduan daripada tiga individu yang mendakwa kertas soalan Matematik dan Matematik Tambahan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, bocor.
Mohd Husaini Jaslee, Nor Izwan Abu Bakar dan Mohd Rizuan Abd Rashid turut menyerahkan salinan yang didakwa kertas soalan bocor itu kepada pemberita pada sidang media di pejabat PPIM di sini hari ini, yang dihadiri Pengarah Latihan PPIM Dr Izham Nayan.
Mohd Husaini, 30, berkata beliau mengetahui perihal kertas soalan yang didakwa bocor itu daripada beberapa pelajar sebuah sekolah di Seksyen 5, Wangsa Maju pada 19 November lepas.
Kata mereka,kertas itu diedarkan ketika mengikuti satu seminar SPM 2013 yang dikelolakan seorang guru di Masjid Mua,adz bin Jabal pada 17 Nov. lepas bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang.
"Selepas itu, saya ke Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) di Putrajaya pada 20 November untuk membuat aduan, bagaimanapun, pegawainya meminta dikemukakan bukti," katanya.
Mohd Husaini berkata bukti kebocoran soalan hanya diperoleh pada 21 November apabila seorang pelajar menghantar gambar Kertas 2 Matematik Tambahan berserta jawapan, yang didakwa soalan bocor, melalui aplikasi “WhatsApp”.
"Maklumat itu mengandungi tiga gambar mengenai soalan beserta jawapan yang berkemungkinan sama dengan kertas 2 Matematik Tambahan tersebut," katanya.
Beliau berkata segala maklumat itu kemudian diserah kepada LPM untuk siasatan lanjut dan satu laporan sudah dibuat di Balai Polis Wang Maju semalam.
Mohd Husaini berkata beliau membuat pendedahan itu atas dasar tanggungjawab kerana tidak ingin melihat kemusnahan masa depan pelajar SPM.
"Saya berharap pihak LPM dapat menjalankan siasatan menyeluruh sekiranya benar perkara ini berlaku," katanya. – Bernama, 22 November, 2013.

Tuesday 19 November 2013

Soalan Ramalan Pendidikan Islam SPM 2013 - Siri akhir



Salam Imtihan semua..esok paper pendidikan Islam. Ustazah doakan yang terbaik buat semua..setelah berusaha bersungguh..doa..TAWAKAL !!!

lATIH TUBI AKHIR

1 .  Jemaah haji yang tertinggal perkara wajib haji dikehendaki membayar dam jenis ___.
2.  Selepas kewafatan Rasulullah, khalifah Abu bakar memerangi golongan ___________ dan orang yang enggan membayar zakat.
3.  Pengasas ajaran Taslim ialah _________________.
4.  Kitab karangan Imam Al Ghazali yang terkenal ialah _____________.
5.  Antara syarat gadaian ialah harta yang digadai itu ______ untuk dijual.
6.  Hukuman bagi penzina ialah _____________.
7.  Institusi kewangan negara dan diketuai oleh Penurus Perbendaharaan di zaman Abbasiyah ialah ___________________.
8.  Idah bagi perempuan kematian suami dan belum disetubuhi ialah  ____________.
9.  Wali ___________ ialah mereka yang diberi kuasa oleh Sultan atau pemerintah untuk mengahwini pengantin perempuan ketika ketiadaan Wali.
10.  Dewan ____________ bertanggungjawab mengurus hal ehwal pertahanan negara semasa pemerintahan Abbasiyah.

1.  Hikmah utama disyariatkan dam ialah
     A. memeupuk sikap pemurah
     B.  berhati-hati semasa menunaikan haji
     C.  memestikan ibadat haji selesai ditunaikan
     D.  agar ibadag haji mudah ditunaikan

2.  Mewarnakan rambut dengan inai bagi menghitamkan uban hukumnya
     A.  harus
     B.  Sunat
     C.  Haram
     D.  Makruh

3.  Pengarang kitab 'al qanun fi al tib' ialah
     A.  Ibnu Sina
     B.  Ibnu Khaldun
     C.  Imam Ahmad
     D.  Imam Malik

4.  Pegangan Syiah Imamiyyah yang berbeza dengan ASWJ
     A. menghalalkan darah umat Islamyang berbeza iktikad dengan mereka
     B.  beramal dengan taqiyyah
     C.  Beriktikad bahawa Saidina Ali sebagai  tuhan
     D.  Beriktikad bahawa pelaku dosa besar adalah kafir

5.  Hukuman ke atas peminum arak ialah
     A.  80 kali sebatan
     B.  40 kali sebatan
     C.  dibuang daerah
     D.  dipenjara

' selamat menjawab..tidur awal..jawab elok2 esok okay..insya Allah jumpa esok...'
                 Ma'a Salamah..


Friday 15 November 2013

Soalan Ramalan Pendidikan Islam SPM 2013 - siri 4




Maybe ini Latih Tubi terakhir..yang ini ustazah dapat drp. Ustaz Musa (JU Kebangsaan) dan Ketua pemeriksa Negeri Melaka kertas 1 SPM..ada pelajar yang dah buat latih tubi ni tapi biasalah lepas trial ramai yang tak hadir..so ustazah tuliskan semua, mana tahu kertas soalan awak dah hilang...cube buat semula dan cari jawapan yang betul..bagi yang tak berapa nak rajin tu,,hafal je jawapan..mana tau keluar pulak..beri perhatian pada tokoh...imam Ahmad dan Jamaluddin Al Afghani..ok selamat menjawab..ilal liqak...


KERTAS 1 ( BAHAGIAN B )
1(a) Taubat        
-      Maksud taubat
-          2 syarat taubat
-          2 sebab taubat tidak diterima Allah
  (b)  Syiah Zaidiyah    
      -             2 pegangan syiah zaidiyah yang berbeza dengan ASWJ
  (c)  Ahli Sunnah wal Jamaah
     -              Takrif ASWJ
                -              Pandangan ASWJ
o   Pelaku dosa besar
o   Melihat Allah

2(a) Melontar jamrah
                -              tarikh amalan
                -              2 syarat
                -              2 hikmah melontar jamrah al aqabah
  (b)  Hukum dan alasan :
o   Johan melakukan ibadah dengan meyembelih seekor rusa yg diternaknya.
o   Selepas 30 hari difasakh, Zizan merujuki  isterinya semula
  (c) Perempuan haram dikahwini           
      -             2 golongan yg haram dikahwini kerana penyusuan.
                -              2 syarat mengharamkan seseorang perempuan dinikahi kerana penyusuan
                -              Pada pandangan anda, mengapakah Islam melarang pernikahan dengan
                    perempuan yang sama penyusuan

3(a)  Adab berhias diri
-          2 larangan berhias diri selain pembedahan plastic
-          Nasihat kepada rakan yang mengatakan “orang yg tutup aurat juga lakukan maksiat”
-          2 hikmah jaga kekemasan diri
  (b)  Imam Ahmad bin Hanbal  
                -              mengapa di gelar “al hakam”
                -              2 sumbangan
  (c)  Perkembangan ilmu pengetahuan Abbsiyah
                -              2 bidang ilmu akliah
                -              2 faktor kecemerlangan ilmu 
    

4(a)  Adab berjihad
-          Maksud jihad
-          2 kelebihan orang berjihad
-          2 punca yg boleh menghilangkan semangat jihad.
  (b)  JamaluddinAl Afghani
                -              2 sifat peribadi
     -              2 bentuk idea islah
  (c)  Khulafa ar Rasyidin
                -              2 khalifah
     -              2 dasar pentadbiran

Sunday 10 November 2013

Soalan ramalan Pendidikan Islam SPM 2013 - siri 3


Salam...ini siri ke-3, soalan ini ustazah dapat drp. Ustaz Abdullah(JU Kebangsaan) yang juga ketua pasukan pemeriksa kertas 2 SPM. Latih tubi ni ustazah dah buat di sekolah kepada pelajar-pelajar yang hadir pada hari Jumaat (8 November 2013) di bilik Tayang. So kepada pelajar yang tak hadir..buat latihan ni..manalah tau keluar pulak..menyesal nanti !! tapi lebih baik anggap ia sebagai latih tubi je...

PENDIDIKAN ISLAM SPM  2013

KERTAS 1

AKIDAH
T4
Perkara membatalkan iman
-          Khurafat / nifak, maksud, contoh, faktor, cara mengatasi dan kesan
Dosa besar
-          Hukuman, faktor, cara menagatasi, kesan
Taubat
-          Maksud,syarat sah, hikmah

T5
Kemanisan iman
-          Maksud, ciri ,  hikmah
Ajaran sesat
-          Contoh, nama pengasas, asal kedatangan, ciri kesesatan

IBADAH

T 4
Rukun haji,tawaf/ saie
-          masa/ tarikh, syarat sah, hikmah, hukum dan alasan

T 5
Wali
-          jenis wali, maksud wali mujbir/nasab/hakim, kuasa wali : sebab berpindah wali, hikmah wali
Iddah
-          maksud,tempoh iddah,sebab berbeza tempoh iddah, hikmah

SIRAH

T4
Khulafa ar rasyidin
-          fungsi majlis syura, cara perlantikan khalifah, 3 pembaharuan urusan pentadbiran,
Umaiyah
-          ketenteraan

KERTAS 2
T4
Rasul penyampai wahyu
-          Maksud, cara menjaga, akibat tidak menjaga khazanah Allah
-          Maksud dan contoh perkara ghaib
-          Sebab rasul dilantik drp kalangan manusia

Larangan mempersendakan agama
-          Maksud, contoh, cara mempersendakan agama, cara menangani, akibat, golongan yg mempersendakan agama

T5
Nabi Muhammad utusan Allah
-          Maksud dan tugas rasul
-          Contoh kasih sayang Rasulullah, cara mengasihi Rasulullah, akibat mengingkari

-          Maksud tawakal, kepentingan tawakal kpd pendakwah, pengajaran ayat




Inilah gambar-gambar yang ustazah ambil pada hari Jumaat hari tu..seramai 16 orang je pelajar yang hadir..tapi latih tubi tetap dijalankan dengan bantuan ustaz Fairos dan ustazah sendiri..so jangan lupa buat latih tubi ni..terutama pelajar yang tak hadir pd hr Jumaat lepas...illan najah..Insya Allah.

Saturday 9 November 2013

Soalan Ramalan SPM Pendidikan Islam 2013 - 2

Assalamualaikum....ustazah harap latih tubi siri 1..semua dah buat kan ? sekarang buat latih tubi siri 2 pulak ye.....ada apa2 masalah ..call ustazah.
 Kerajaan Bani Abbasiyah

1. Kerajaan Bani Abbasiyah diasaskan oleh ………………………………............................ .
2. Kerajaan Bani Abbasiyah terbina selama  ……………………………….. tahun.
3.  Cara pelantikan khalifah kerajaan Bani Abbasiyah adalah secara ................................ .
4. Terdapat seramai ........…. orang khalifah telah memerintah kerajaan Bani Abbasiyah.
5. Khalifah Harun al-Rasyid telah membina perpustaakaan terbesar di Baghdad iaitu  ……………………………….. .
6. Al-Dawawin merupakan jabatan-jabatan kerajaan di bawah pengawasan sekrateri yang digelar ................................ .
7. Khalifah ………………………………... telah menjadikan sudut di istananya sebagai tempat penyampaian ilmu oleh para sarjana dan ilmuan.
8. Kerajaan Bani Abbasiyah ditubuhkan selepas kejatuhan kerajaan ............................................. .
9. Antara tempat yang menjadi tempat penyebaran ilmu pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah ialah masjid, …………………………, perpustakaan dan pusat pengajian.
10. ………………………………. antara pusat pengajian ilmu terkemuka pada masa itu yang dibina oleh Perdana Menteri Nizam al-Mulk.
11. Khalifah ini terkenal di sifat warak dan telah menjadikan Baghdad sebagai pusat penyebaran ilmu dan kebudayaan terkemuka.
12.  Masjid  ……………………………….. telah dijadikan tempat penyebaran ilmu oleh tokoh-tokoh Islam.
13. Fungsi  ……………………………… pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah adalah menguruskan kewangan dan perbelanjaan negara.
14. Khalifah .................................................. telah memberikan biasiswa kepada pelajar cemerlang dan beliau terkenal dalam usaha menggiatkan aktiviti penterjemahan dalam pelbagai bidang ilmu.
15. Al-Wazir dalam pemerintahan Bani Abbasiyah bermaksud ............................................
16. Khalifah .....................................  telah menjadikan Baghdad sebagai ibu kota dan menyediakan pasar-pasar di tempat strategik.
17. Khalifah al-Mahdi telah menubuhkan  ...................................... untuk mengadili kes-kes rayuan.
18. Nama kerajaan Bani Abbasiyah diambil dari bapa saudara Rasulullah SAW iaitu ........................................... .
19. Gelaran yang diberikan oleh sejarahwan Islam terhadap kerajaan Bani Abbasiyah ialah ........................................................................................ .
20. Perpustakaan Darul Hikmah terletak di .................................................. .
21. Ilmu ............................... adalah ilmu berasaskan akal manusia seperti fizik, kimia dan astronomi.
22. Antara formula matematik yang ditemui pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah ialah trigonometri, algebra, geomentri dan .......................
23. Imam Abu Daud adalah penyusun kitab ................................................ .
24. Tokoh ilmuan Islam iaitu Imam ........................................ yang lahir pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah dalam bidang ilmu hadis telah menghasilkan kitab Sahih Bukhari.
25. Imam ........................................ telah mengasaskan mazhab Hanbali.
26. Tokoh ilmu tauhid yang lahir pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah ialah Imam Ghazali dan ........................................................
27. ………………………………….......... merupakan tokoh yang telah mencipta peta dunia yang pertama di dunia dalam bentuk glob.
28. ...................................................... merupakan tokoh yang telah terkemuka dalam bidang kimia pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah.
29. .................................................. merupakan tokoh pertama yang telah berjaya menyukat kelajuan bunyi dan cahaya serta mencipta cermin mata.
30. Tokoh dalam ilmu astronomi pada zaman Bani Abbasiyah ialah .................... .
31. Pusat Penterjemahan Negara pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah ialah ...............................................
32. Antara faktor perkembangan sains dan teknologi pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah ialah kerana ....................................... ............. dan aktiviti penterjemahan yang giat djalankan serta kerana berlaku proses globalisasi ilmu.
33. Yuhana bin Masawaih dan Hunain bin Ishak merupakan ................................. di Baitul Hikmah.
34. Khalifah al-Makmun telah membina ................................................. untuk membantu penyelidikan dalam bidang astronomi.
35. Khalifah al-Muktasim telah membina .................................................... di pelabuhan Sungai Dajlah di bawah pengawasan Gabenor Nubia.
36. .................................. di Itali telah banyak menyimpan khazanah ilmu terutama astronomi dan perubatan pada zaman Kerajaan Bani Abbasiyah.
37. Pengasas ajaran sesat Tasnim ialah .................................................. .
38. Mirza Ghulam Ahmad merupakan pengasas ajaran sesat ............................... .
39. Acre, di Palestain merupakan kiblat bagi kumpulan ajaran sesat .................... .
40. Solat hanya dengan niat ialah ciri-ciri kesesatan dalam kumpulan ...................


Friday 8 November 2013

Soalan Ramalan SPM Pendidikan Islam 2013 - 1

 Assalamualaikum..sebagaimana yang dijanjikan..alhamdulillah terdapat sedikit sentuhan akhir buat anak-anak murid ustazah..harap dapat menjawab soalan - soalan di bawah..sebelum 20.11.2013.

Kerajaan Bani Umaiyah
     1.  ……………………………….…………….. adalah khalifah yang mengasaskan kerajaan Bani Umaiyah.
2. Nama kerajan Bani Umaiyah diambil sempena nama ……….................………………. Muawiyah bin Abu Suffian
3. Bilangan khalifah kerajaan Bani Umaiyah ialah ................................... orang.
4. Tempoh pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah ialah  ....................... tahun.
5.Kerajaan Bani Umaiyah bermula selepas kewafatan khalifah ......................................... yang merupakan salah satu Khulafa al-Rasyidin.
6.             Pusat pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah terletak di .........................................
7.             ..................................................... adalah khalifah terakhir kerajaan Bani Umaiyah.
8.             ........................................ adalah majlis rundingan antara Khalifah Ali bin Abi Thalib dan Muawiyah bin Abi Suffian bagi menyelesaikan perang saudara antara kedua belah pihak mereka. 
9.             .......................................................... adalah wakil kepada Muawiyah bin Abi Suffian dalam perundingan Majlis Tahkim
10.          Kerajaan Bani Umaiyah telah menjadikan sistem ....................................... dalam urusan pelantikan khalifah.
11.          Pada pemerintahan khalifah .............................................................. telah berlaku zaman kemajuan kerajaan Bani Umaiyah
12.          Kerajaan Islam sebelum kerajaan Bani Umaiyah ialah kerajaan .................................................
13.          Tahun terakhir pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah pada ......................... Hijrah.
14.          Umar bin Abdul Aziz merupakah khalifah ke .................. kerajaan Bani Umaiyah.
15.          Umar al-Khattab merupakah salah seorang khalifah pada zaman kerajaan Islam yang berpusat di ................................................. .
16.          Perang saudara yang berlaku di antara Saidina Ali bin Abu Thalib dan Muawiyah bin Abi Suffian ialah perang Jamal dan perang ..........................................
17.          Pada tahun ......................... Hijrah bermula kerajaan Bani Umaiyah.
18.          Khalifah Umar bin Abdul Aziz digelar Khulafa al-Rasyidin yang ke ........... oleh sejarahwan Islam kerana corak kepimpinannya menyamai cara Khulafa al-Rasyidin.
19.          Kota ................................... adalah pusat pengetahuan di Eropah pada zaman kerajaan Bani Umaiyah
20.          Terdapat ....................... buah perpustakaan di Andalusia, Sepanyol yang dibina oleh kerajaan Islam.
21.          Saidina Hassan bin Ali sanggup menyerahkan kuasa kepada Muawiyah bin Abi Suffian dengan syarat memerintah kerajaan Islam dengan berpandukan al-Quran dan .......................... .
22.          Sistem pelantikan khalifah pada zaman Khulafa al-Rasyidin berdasarkan .............................................. berbeza pada zaman kerajaan Bani Umaiyah.
23.          Golongan ...................................................... muncul kerana tidak bersetuju dengan penubuhan Majlis Tahkim oleh Saidina Ali bin Abi Thalib.
24.          Khalil bin Ahmad dan Sibawaih adalah tokoh ilmu ........................................... pada zaman kerajaan Bani Umaiyah.
25.          Tokoh ilmu tafsir al-Quran pada zaman kerajaan Bani Umaiyah ialah .............................................. yang telah menghasil kitab tafsir al-Tabari.
26.          Kerajaan Bani Umaiyah mengalami kejatuhan akibat dari kelalaian ............................... dalam urusan pentadbiran berlandaskan agama.
27.          Angkatan tentera pada zaman kerajaan Bani Umaiyah terdiri dari angkatan tentera berkuda, angkatan tentera berkenderaan dan angkatan tentera ....................................................... 
28.          Corak ketenteraan zaman kerajaan Bani Umaiyah ditiru dari negara .......................
29.          .................................................... berperanan menguruskan semua pendapatan dan perbelanjaan negara pada zaman kerajaan Bani Umaiyah.
30.          Hassan Basri dan Wasil bin Atta’ adalah tokoh ilmu ...................................... pada zaman kerajaan Bani Umaiyah.
31.          Kerajaan Bani Umaiyah yang berpusat Gardova, Andalusia (Sepanyol) telah diasaskan oleh ...................................................................... pada tahun 137 Hijrah.
32.           Pasukan yang diletakkan di bahagian kiri dalam strategi peperangan angkatan tentera kerajaan Bani Umaiyah dinamakan sebagai ................................
33.          Pada kerajaan Bani Umaiyah bilangan kapal perang sebanyak ...................... buah.
34.          Pengkalan tentera kerajaan Bani Umaiyah berpusat di  ................................
35.          ............................................ berperanan mentadbir dan menguruskan hal ehwal ketenteraan.
36.          Penglima perang pada zaman kerajaan Bani Umaiyah iaitu Musa bin Nasir telah berjaya membuka .................................
37.          ......................................................................... telah berjaya membuka Andalusia.
38.          Cara pemilihan tentera kerajaan Bani Umaiyah berbentuk sukarela dan ...................................... .
39.          Tentera dilatih pada zaman kerajaan Bani Umaiyah pada musim panas dan musim ............................... .
40.          ................................................................ telah berjaya mencipta sistem baris dalam bacaan al-Quran.
41.          Al-Tadwin bermaksud  ............................................ wujud pada zaman kerajaan Umaiyah kerana kegiatan penulisan, pembukuan dan pembinaan perpustakaan.
42.          Kharaj, Zakat, Jizyah, Ushur, Fa’i dan ......................................... merupakan sumber kewangan kerajaan Bani Umaiyah.
43.          .......................................... kadar harta tertentu yang dikeluarkan oleh orang Islam dengan syarat tertentu. 
44.          Orang kafir ............................. ialah orang kafir yang menetap di negara Islam tetapi tidak mengikut perjanjian dengan kerajaan Islam.
45.          Contoh ilmu akli yang berkembang pada zaman kerajaan Bani Umaiyah seperti ................................... .
46.          Al-Muqaddimah ialah pasukan dalam angkatan tentera yang diletakkan di bahagian ...............................
47.          Penduduk di .......................... dan golongan Syiah melantik Hasan bin Ali sebagai khalifah selepas pembunuhan Khalifah Ali bin Abi Thalib.
48.          Pusat penyebaran ilmu pada zaman kerajaan Bani Umaiyah berlaku di Kota .................................
49.          Imam Abu Hanifah dan Imam ............................... merupakan tokoh ilmu fekah dan hadis pada zaman kerajaan Bani Umaiyah.
50.          Al-Farazdak, Jarir Amru bin Abi Rabiah dan Jamil al-Azri antara  ........................ di istana khalifah.
51.          Ilmu berasaskan kepada wahyu Allah disebut sebagai ilmu ....................................


 * Soalan diambil drp blog ustaz  Muhammad bin Abdullah @ Ab Shatar

About Me

 
Ustazah Puspa© Diseñado por: Compartidisimo