topbella

Tuesday 9 July 2013

Salam Ramadhan al Mubarak 1434H / 2013H


Assalamualaikum .. Selamat menyambut bulan penuh keberkatan..Ramadhan al Mubarak..
Ikhlas drp. Panitia Pendidikan Islam



Wednesday 3 July 2013

Kadar Zakat Fitrah Setiap Negeri di Malaysia Bagi tahun 2013/1434


Kadar zakat fitrah 2013 bagi bayaran setiap negeri di Malaysia. Zakat adalah wajib bagi individu Islam yang berkemampuan mengikut syarat yang telah ditetapkan. Zakat fitrah biasanya perlu dibayar pada sepanjang bulan Ramadan dan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri. Wang zakat juga akan disalurkan kepada golongan yang tidak berkemampuan atau miskin untuk keperluan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Kadar Zakat Fitrah 2013 Di Setiap Negeri Di Malaysia

Zakat Fitrah bagi negeri Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Pahang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Kelantan, Johor, Kedah dan Terengganu.

Kadar Zakat Fitrah 2013

Syarat Individu Wajib Bayar Zakat
  • Islam- Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja.
  • Merdeka- Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib.
  • Sempurna Milik- Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.
  • Harta Usaha Yang Baik Sebagai Sumber Zakat- Para Fuqaha’ merangkumi semua pendapatan dan penggajian sebagai “Mal Mustafad” iaitu perolehan baru yang termasuk dalam taksiran sumber harta yang dikenakan zakat.
  • Cukup Nisab- Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 595 gram perak.
  • Cukup Haul- Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.
Panduan Atau Cara Membayar Zakat
  • Bayaran perlu dilakukan kepada amil bertauliah dan dilantik oleh  Majlis Agama Islam Negeri masing-masing
  • Pastikan anda mendapat resit rasmi  Majlis Agama Islam Negeri
  •  Sebaiknya menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya
Waktu Sesuai Membayar Zakat Fitrah
Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.


Sumber: Kadar Zakat Fitrah 2013 Bayaran Setiap Negeri Di Malaysia | melvister.com 

About Me

 
Ustazah Puspa© Diseñado por: Compartidisimo