topbella

Friday 29 March 2013

Pakej Percutian Pend. Islam Tingkatan 5



Ustazah dah janji untuk beri pakej percutian Pendidikan Islam hari Jumaat / Sabtu kan..ok alhamdulillah tertunailah janji .. so sila laksanakan amanah anda..

Postmortem SPM Pendidikan Islam tahun 2012


klik di sini  :   Analisis.Pend.Islam.SPM.2012

Tuesday 26 March 2013

Pengumuman PBS



Dimaklumkan bahawa SPPBS dibuka kepada SU Peperiksaan mulai 1 Mac 2013.
Sehubungan itu, SU Peperiksaan perlu melaksanakan perkara-perkara berikut dalam tempoh 1 Mac 2013 sehingga 15 Mac 2013:
a. Mendaftar dan menjana kata laluan Pengetua/Penolong Kanan ke SPPBS (kali pertama).
b. Mendaftar kelas dan menjana kata laluan Guru Kelas 2013 ke dalam SPPBS.
c. Mendaftar/Mengemaskini mata pelajaran dan menjana kata laluan Guru Mata Pelajaran 2013 ke dalam SPPBS.
* Menu Pengetua/Penolong Kanan dan Guru boleh diakses mulai 15 Mac 2013 setelah segala urusan Daftar Guru oleh SUP selesai.
-Lembaga Peperiksaan dan Bahagian Pengurusan Maklumat-

Thursday 21 March 2013

AURAT LAGI....




SEORANG pemandu bas di Jerman mengugut untuk melempar keluar seorang wanita dari basnya kerana pakaian wanita tersebut terlalu seksi! Pemandu itu berang kerana setiap kali beliau memandang cermin, keseksian wanita tersebut ‘memesongkan perhatiannya’ sehingga menghilangkan tumpuannya kepada jalan raya (Berita Harian, 18 Julai 2007).

Semuanya mengenai aurat. Betapa indahnya Islam kerana menetapkan hukum bahawa wanita wajib menutup auratnya bukan sahaja mengikuti syariat tersebut menaikkan darjat wanita di sisi Allah s.w.t, malah mampu melindungi wanita daripada kemungkinan maut dicampak dari sebuah bas seperti nasib wanita Jerman itu!

Itu di luar negara. Di Malaysia, ramai pula yang berbangga mendedahkan aurat hanya beralasankan hak individu dan tuntutan fesyen. Sehinggakan kata-kata seperti, “saya berpakaian sebegini (seksi dan tidak menutup aurat) adalah bagi mempamerkan kecantikan anugerah Tuhan kepada saya, rugi sekiranya kecantikan dan anugerah ini tidak ‘dikongsi’ bersama,”  ataupun alasan seperti, “ini hak individu, tidak kisahlah sekiranya sesiapa pun yang ingin berpakaian seksi atau tidak, masing-masing punya hak. Tidak perlu menjaga tepi kain orang lain. Lagipun kubur lain-lain. Dalam zaman globalisasi ini kita harus berfikiran terbuka. Tidak seharusnya terlalu jumud atau kolot.”

Pelik. Di luar, mereka bersungguh-sungguh menunjukkan minat untuk mempelajari dan memahami Islam, di sini mereka bersungguh-sungguh menunjukkan minat bukan sahaja untuk mempelajari dan memahami apa yang disebut sebagai modernisasi era globalisasi tetapi juga turut bersungguh-sungguh mengadaptasikannya dengan bangga...

Tuesday 19 March 2013

Majlis Penghargaan Sumbangan


Tetamu Jemputan:
Dato Dr Ir. Ahmad Zaini Bin Mohd Amin
(Pengerusi Executive Fourteen Holdings Sdn Bhd)

Tarikh: 18 Mac 2013 (Isnin)
Masa: 7.30pagi-8.20pagi
Tempat: Dewan Terbuka SSN SMK Seri Kota




Monday 18 March 2013

Liga Bola Sepak KPM 2013

Tarikh: 16 Mac 2013 (Sabtu)
Masa: 3.30ptg - 6.30ptg
Tempat: Padang Bola Sepak, SSN SMK Seri Kota, Melaka.

Perlawanan antara pasukan bola sepak :
SSN SMK Seri Kota, Melaka vs SSN SMK Seberang Temerloh, Pahang

Keputusan Perlawanan:



SSN SMK Seri Kota, Melaka
SSN SMK Seberang Temerloh, Pahang
Pasukan Bawah 17
2
0
Pasukan Bawah 14
1
1














Saturday 16 March 2013

1 Million Women Purple Walk 2013

1 Million Women Purple Walk

1 Million Women Purple Walk adalah merupakan acara jalan kaki yang akan di adakan serentak di seluruh negara. Program ini diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2013.  Acara jalan kaki ini bakal menghimpunkan sejuta wanita dan di jalankan secara serentak di seluruh negara. Ianya akan di rasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 17 Mac 2013 di Dataran Putrajaya. 

Penganjur : Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat

Tempat : Dataran Putrajaya

Wednesday 13 March 2013

Jom Tutup Aurat

Monday 11 March 2013

LIGA BOLA SEPAK KPM 2013


Tarikh: 09 Mac 2013 (Sabtu)

Masa: 3.30ptg - 6.30ptg


Tempat: Padang Bola Sepak, SSN SMK Datuk Peter Monjuntin, Sabah.


Perlawanan antara pasukan bola sepak :
SSN SMK Seri Kota, Melaka vs SSN SMK Datuk Peter Monjuntin, Sabah.

Keputusan Perlawanan:


SSN SMK Seri Kota, Melaka
SSN SMK Datuk Peter Monjuntin, Sabah

Pasukan Bawah 17
4
1
Pasukan Bawah 14
3
0





Saturday 9 March 2013

Latihan Dalam Perkhidmatan 2 / 2013

Tajuk: Pembinaan Item Soalan & Program Guru Penyayang
Tarikh: 9 Mac 2013 (Sabtu)
Tempat: Bilik Tayang
Anjuran: Unit Kurikulum, Unit HEM, & Unit Bimbingan & Kaunseling.




Thursday 7 March 2013

Lawatan Sambil Belajar Tomita High School, Japan

TARIKH: 5 MAC 2013 ( SELASA )







Tuesday 5 March 2013

Taubatlah ........


Monday 4 March 2013

Hubungan Solat , warna alam dan manusia.



Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh


Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur


Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar


Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!

Waktu Maghrib


Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak


Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah S.W.T. mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.



About Me

 
Ustazah Puspa© Diseñado por: Compartidisimo