topbella

Monday 26 November 2012

Soalan percutian untuk pelajar -pelajar tingkatan 4


سم الله الرحمن الرحيم

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته


Kepada pelajar Tingkatan 4 sila klik di bawah:

download , print , jawab dan hantar pada ustazah/ustaz pada hari pertama persekolahan tahun depan
 ( 2 Januari 2013 ) .... insya Allah

if you all nak e mail pun boleh

have a nice cuti ... :-)

Takwim Persekolahan 2013 - Kumpulan B

Cuti sekolah di negeri Perlis Pulau Pinang Perak Selangor Negeri Sembilan Melaka Johor Pahang Sabah Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Labuan&Putrajaya

Untuk perincian penuh rujuk gambar di bawah

Takwim Cuti Sekolah 2013 2 kalendar takwim cuti sekolah 2013 dan persekolahan

Thursday 22 November 2012

Puasa Sunat Muharam

Rahsia di sebalik bulan Muharram?
Muharram merupakan bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Hijrah Rasulallah dari Mekah ke Yathrib kiraan bulan dibuat mengikut tahun masihiHijrah Rasulullah telah memberi kesan besar kepada Islam samada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharram membawa maksud “diharamkan” atau “dipantang” iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Mekah. (Al Baqarah 91).Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan  tersebut.
Peristiwa-peristiwa penting bulan Muharram:
1. 1 Muharram – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
2. 10 Muharram – Dinamakan juga hari “Asyura” pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah dari menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharram juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama 6 bulan
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
13. Hari pertama Allah menciptakan alam
14. Hari Pertama Alllah menurunkan rahmat
15. Hari pertama Allah menurnkan hujan
16. Allah menjadikan ‘Arasy
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz
18. Allah menjadikan alam
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril
20. Nabi Isa diangkat ke langit
1. Berpuasa.
Maksud Hadis: barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharram pahalanya seumpama berpusasa 30 tahun.
Maksud Hadis:Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharram iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijjah selepas Asar sebanyak 3X
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X
14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram )
1. Melapangkan masa / belanja anak isteri
fadhilat – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
3. Menahan marah
fadhilat – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan  yang ridha
4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah
fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya  keimanan.
8. Mandi Sunat
fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
9. Bercelak
fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu
10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
11 Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12 Membaca
“has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”
fadhilat – Tidak mati pada tahun ini
13.Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14.Puasa
Niat – Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah  Taala.
fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu
kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Sekurang-kurangnya berpuasalah pada sepuluh Muharram. Lagi bagus kalau bolehpuasa sunat 9 dan 10 Muharam. Ini seperti yang ditunjukkan dalam hadis-hadis berikut;
Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka).
Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (Riwayat Muslim)
Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (Riwayat. Muslim).
So .. jom puasa sunat .. ikut kemampuan masing - masing .. Hari Asyura jatuh pada hari Sabtu ( 24 November 2012 ) ...

Wednesday 21 November 2012

Tarikh SPPBS dilanjutkan ...


Assalamualaikum...

Dimaklumkan bahawa tarikh akhir kemasukan prestasi murid Akademik dan Non Akademik bagi Tingkatan 1 ke dalam SPPBS telah dilanjutkan kepada 30 November 2012.

Syukran.

Tuesday 20 November 2012

Serangan Israel ke Gaza , Palestin..













Salam Persaudaraan..

Kita disibukkan dengan urusan dunia, sedangkan 

di sana (Gaza) pembedilan secara kejam terus berlaku.
 Marilah kita berdoa agar sang penjahat ditimpakan 
bala yang besar oleh Tuhan. Paling tidak! Itulah 
ingatan kita terhadap episod luka rakyat Palestin.

















Kasih si ayah tidak tertahan melihat anaknya cedera! 
Sesekali kita ke hospital kerana anak sakit pun, sudah 
puas menunggu, sebaliknya mereka menahan kasih 
melihat anak tidak tertahan sakitnya.















Kita akan diusung pabila sampai waktunya..

Palestin Berdarah lagi...


Assalamualaikum dan Persaudaraan Islam,

Paling menyayat hati, apabila kanak-kanak kecil yang dilihat seperti anak, anak kaum keluarga, anak-anak jiran dan kanak-kanak yang masih bebas meneruskan keriangan, ketawaan dan terheret dalam dunianya.

Lebih-lebih lagi kanak-kanak di Palestin tidak sama - bahkan amat perit, pedih, azab lapar dan dahaga kasih ibu apa, abang sulung, kakak ataupun bapa saudara yang lebih awal mengadap Ilahi.

Terkesima dengan nasib rakyat Palestin - mungkin ramai berpendapat mereka ini merasai azab  begitu berat sementara hidup di dunia ini kerana jelas mereka akan bertemu syahid.

Kita mungkin boleh berdoa untuk sama-sama merasai penderitaan mereka, paling tidak memberi sumbangan wang ke tabung Aman Palestin, Pemuda Masjid, dan sebagainya.

Tetapi umat Islam di mana-manapun perlu ikuti perkembangan umat Islam di Palestin. Harap janganlah leka dan terabai tanggungjawab terhadap masa depan agama, bangsa, bahasa dan keturunan kita dari mengalami nasib sama.


Serangan ke Israel ke atas Palestin sudah pasti mampu menyatukan umat Islam di sini. Maka cantumkan hati kita tanpa mengira idealogi dan kepentingan politik. Sama-sama kita ke masjid untuk sama-sama bersuara tentang kezaliman Zionis Yahudi ini.



Kalau Ingin Ke Palestin

Kalau ingin berdoa, berdoalah
Kalau ingin menderma, dermalah
Kalau ingin menangis, menangislah
Kalau ingin berteriak, teriaklah
Kalau ingin bersuara, bersuaralah
Kalau ingin meradang, meradanglah
sepuas hatimu; Zionis semakin hampir
mengetuk pintu rumah kita di hadapan

Kalau ingin ke Palestian, berdoalah
sepuas hatimu.

Sunday 18 November 2012

Makluman kepada pelajar SPM 2012


Salam Maal Hijrah...

Segala soalan sama ada ramalan atau apa sahaja tips disiarkan di laman blog ini hanyalah sekadar ingin memberikan kefahaman tehadap perkara-perkara tertentu dalam peperiksaan. Para pelajar digalakkan membaca keseluruhan sukatan pelajaran Pendidikan Islam untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang. Jangan terlalu mengharapkan kepada ramalan tetapi perkuatkan hafalan dan pembacaan semua perkara, fakta dan istilah..  Mudah - mudahan anda akan berjaya..Insya Allh ...Buat yang terbaik untuk peperiksaan esok ye...Doa ustazah sentiasa bersama kamu semua ..:-)

Saturday 17 November 2012

Tips Menghadapi saat - saat akhir Peperiksaan

SEHARI SEBELUM HARI PEPERIKSAAN

1. Baca secara imbas semua panduan, tips dan rumusan penting untuk matapelajaran yang akan anda ambil esok.
2. Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat "SAYA BOLEH LAKUKAN!"
3. sediakan segala peralatan untuk menulis (pensil 2B siap diraut tajam - 2 batang, pemadam - 2 butir, peraut pensil - 1 & pastikan tajam bagi mengelak pensil patah berulang kali, pembaris - 1 batang pendek & sebatang lagi yang panjang, pen - 2 batang, warna kayu - satu set & set geometri - jika perlu.dan lain-lain.
4. Mohon ibu bapa doakan kejayaan anda.
5. Tidur seawal pukul 9.00 malam bagi membenarkan otak memproses semua maklumat yang anda imbas sebentar tadi.

SEMASA HARI PEPERIKSAAN

1. Bangun awal.
2. Sembahyang Tahajud, Subuh , Hajat
3. Bersiap sedia ke sekolah
4. Jangan lupa untuk bersarapan. Jangan terlalu berat. Takut nanti, anda sakit perut atau merasa tidak selesa semasa berada dalam dewan peperiksaan.
5. Pastikan anda membawa:-
a) Semua peralatan untuk menulis yang telah anda sediakan semalam.
b) Surat lahir / kad pengenalan
c) Slip angka giliran anda.
6. Sebelum bersalaman dengan ibu bapa, lakukan perkara2 berikut:-

a) Baca Surah Al-Fatihah - 3X

b) Takbir - 7X

c) Selawat Ke atas Nabi Muhammad S.A.W - 3X

7. Salam & cium tangam ibu bapa.
8. Langkah kanan bila keluar rumah dan jangan toleh belakang.
9. Bertolak ke sekolah lebih awal dari biasa. - Ini bertujuan untuk mencipta suasana tenang. Tergesa-gesa akan mencetuskan perasaan panik.

BILA TIBA DI SEKOLAH

1. Sampai je di sekolah, duduk di suatu sudut dan baca semula secara imbas semua panduan, tip-tip penting dan rumusan.
2. Tarik nafas dalam2 dan releks.
3. Baca:-
 Surah Al-Fatihah - 3X

,Takbir - 7X

Doa Penerang Hati - 1X 


Selawat Ke atas Nabi Muhammad.


DALAM DEWAN PEERIKSAAN

1. Duduk dengan tenang. Tarik nafas dan bertawakal. Yakin dengan usaha anda selama ini.
2. Baca :-
Doa Penerang hati
Doa Tidak Lupa

3. Sebelum buka kertas soalan, bacalah surah Al-Fatihah dan mula mejawab.
4. Sekiranya ada maklumat, fakta atau rumusan penting yang anda terlupa,jangan panikBerselawatlah ke atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW.., insya'Allah boleh ingat semula.

SELEPAS PEPERIKSAAN

Selesai sahaja menjawab setiap kertas soalan JANGAN BINCANG KERTAS SOALAN ATAU JAWAPAN DENGAN SESIAPA PUN SEHINGGALAH HARI PEPERIKSAAN BERAKHIR.


Semoga kejayaan menjadi milik anda semua. Amin.

Mutiara kata:-
Sesungguhnya DOA merupakan senjata orang-orang Mukmin yang paling ampuh.
Usaha yang diiringi dengan doa mampu membuahkan hasil diluar jangkaan.
Yang selebihnya.., kita hanya mampu bertawakal & redha.
Sesungguhnya hanya Dia yang maha mengetahui akan segalanya. 

Soalan Ramalan Pendidikan Islam SPM 2012 - Hadhanah


Soalan: 
1. Apakah syarat bagi orang lelaki yang berhak dalam penjagaan kanak-kanak perempuan?
A. Mestilah ajnabi kepada kanak-kanak tersebut
B. Mestilah jiran terdekat kepada kanak-kanak tersebut
C. Mestilah mahram kepada kanak-kanak tersebut
D. Mestilah bapa saudara kepada kanak-kanak tersebut

Jawapan: C. Mestilah mahram kepada kanak-kanak tersebut

Nota Ringkas:
1.    Hadanah ialah hak penjagaan anak yang masih kecil yang belum mumayiz dan tidak mampu menguruskan diri sendiri.
2.    Hadanah merangkumi penjagaan jasmani, rohani, dan akal mereka agar mereka mampu menghadapi hidup setelah dewasa.
3.    Hukum hadanah bagi anak yang belum mampu berdikari adalah wajib.
4.    Hak hadanah wajib dilaksanakan walaupun berlaku penceraian antara suami dan isteri.
5.    Dalam Islam, ibu paling berhak memelihara anaknya.

Thursday 15 November 2012

Tips akhir pendidikan Islam SPM 2012

سم الله الرحمن الرحيم

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته


Ustazah ingin mengemukakan beberapa panduan dalam menjawab soalan Pendidikan Islam SPM ini:


Tips (1)

Jika soalan bermula dengan: 
Terangkan?
Sebagai contoh: Terangkan dua akibat penceraian?
Jawapannya mestilah ada isi bersama huraian (huraian juga boleh diberikan dalam bentuk contoh)
Lihat contoh jawapan:
Soalan: Terangkan dua akibat penceraian?


i. Anak-anak akan terbiar  (1 isi) kerana tiada kasih sayang dan perhatian secukupnya dari ibu bapa (1 huraian).
ii. Anak-anak akan terlibat dengan gejala dan perkara maksiat  (1 isi)keranatekanan yang dihadapi hasil penceraian ibu bapa.(1 huraian).

Para pelajar perlu berikan perhatian terhadap soalan yang diminta: untuk soalan berbentuk Terangkan?  para pelajar perlu ingat - jawapan mestilah ada isi bersama huraian bagi memastikan markah penuh diperolehi.

(Bagi soalan yang berbentuk nyatakan, jelaskan, berikan, sebutkan: Para pelajar cuma berikan isi jawapan (sebanyak mana yang difikirkan) sebolehnya lebih dari apa yang diminta.

Tips (2)

Bagi soalan struktur pada kertas 1 (Bahagian A)


Para pelajar perlu memberikan satu jawapan sahaja. Sebagai contoh:

Soalan: Ibnu Sina merupakan tokoh dalam bidang .....................................
1. Jawapan yang betul: Perubatan
2. Jawapan yang salah: Perubatan/Sejarah

Perlu ingat! Apabila pelajar memberikan jawapan bagi soalan ini hanya satu jawapan sahaja diperlukan. Jika diberikan dua jawapan salah satunya salah maka dikira salah semuanya.


Tips (3)

Bagi soalan yang berbentuk: Contohnya nyatakan hukum tajwid dan cara bacaan ayat berikut (lihat kalimat bergaris di bawahnya:

Bagi memperolehi markah penuh para pelajar perlu menjawab seperti berikut:
Jawapan: Hukum tajwidnya ialah Mad Sillah Qasirah dan cara bacaan ialah 2 harakat 

* Ramai pelajar hanya menjawab hukum tajwid sahaja tanpa memberikan cara bacaan menyebabkan pelajar hanya mendapat separuh markah. Jika diperuntukkan enam markah, dan pelajar hanya menjawab hukum tajwid sahaja maka pelajar akan kehilangan 3 markah bagi jawapan cara bacaan kalimat yang ditanya.

Tips (4)


 Sekiranya soalan berbentuk nyatakan perbezaan para pelajar perlu membuat dua kolum bagi membezakan kedua isi yang dinyatakan. Sebagai contoh:

  1. Nyatakan perbezaan perkara fardu ain dengan fardu kifayah?
Jawapannya:
Fardu Ain
Fardu Kifayah
Ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap orang Islam
Ilmu yang wajib dipelajari oleh sebahagian umat Islam


2. Berikan perbezaan antara gadaian secara Islam dengan gadaian secara bukan Islam
Gadaian secara Islam
Gadaian secara bukan Islam
Kos upah simpan yang rendah
Kos faedah yang tinggi
Barang yang disimpan tetap kekal hak milik penggadai
Barang yang disimpan akan lupus menjadi hak pemegang penggadai

  • Penggadai: orang yang menggadaikan barang berharga
  • Pemegang gadai: merujuk kepada orang atau syarikat yang menguruskan gadaian
GOOD LUCK !!!

Soalan Ramalan Pendidikan Islam SPM 2012 ITK - perkahwinan

Para pelajar ustazah yang dirahmati Allah SWT sekalian,

Sila faham dan ulangkaji perkara berikut:

1. Ahmad Hairi telah menceraikan isterinya dengan talak satu. Namakan jenis talak ini?
Jawapan: .............

2. Dalam tempoh iddah Shamsudin telah merujuk isterinya tanpa persetujuan isterinya. Nyatakan hukumnya bersama alasan?
Jawapan: .............

3. Mohd Fairos telah membuat sumpah li'an (laknat) terhadap isterinya. Beberapa bulan kemudian dia ingin mengahwini semula isterinya. Nyatakan hukumnya bersama alasan?
Jawapan: .............

4. Kata Zizan kepada isterinya, sekiranya engkau keluar dari rumah ini melalui pintu hadapan - maka jatuhlah bagi engkau 1 talak. Nyatakan nama talak ini?
Jawapan: .............

5. Ali telah merujuk isteri yang diceraikan melalui khuluk (tebus talak). Nyatakan hukumnya bersama alasan?
Jawapan: .............

6. Siti Laila sanggup membayar RM20, 000 ribu bagi mendapatkan cerai daripada suaminya.  Sebutkan nama talak ini?
Jawapan: .............

7. Antara sebab iddah ialah bagi membersihkan rahim bekas isteri dari benih suami terdahulu. Selain memberi ruang kepada pasangan untuk berbaik semula. Nyatakan iddah di bawah:

a. Isteri diceraikan masih berhaid: iddahnya ialah ................. kali suci
b. Isteri diceraikan sudah mengalami putus haid; iddahnya ialah ................. bulan
c. Isteri diceraikan belum disetubuhi: iddahnya ialah .....................
d. Isteri diceraikan ketika hamil: iddahnya ialah .....................
e. Isteri kematian suami yang belum disetubuhi suami: iddahnya ialah .....................

f. Isteri kematian suami yang telah disetubuhi suami: iddahnya ialah .....................

8. Siti Nurhanis telah ditinggalkan suami selama setahun tanpa khabar berita dan kiriman nafkah. Siti Nurbaya boleh ke mahkamah Syariah terdekat untuk mendapat cerai. Namakan jenis penceraian ini?
Jawapan......

9. Liza diceraikan talak tiga sekaligus oleh suaminya. Namakan jenis talak ini?
Jawapan.....

10. Mohd Fauzi gagal membayar mas kahwin kepada isterinya selepas akad nikah. Adakah sah nikahnya?
Jawapan.....

11. Suami yang menziharkan isterinya haram melakukan persetubuhan dengan isterinya selagi tidak membayar ..........................

12. Syafik Ramli menyembelih seekor rusa untuk dijadikan ibadat akikah. Nyatakan hukum bersama alasan?
Jawapannya ..............

13. Rahim menyembelihan seekor unta untuk dijadikan ibadat korban pada hari ke-14 Zulhijah.  Nyatakan hukum bersama alasan?
Jawapannya ..............

14. Apakah hukum sembelihan lembu yang cacat? Nyatakan hukum bersama alasan?
Jawapannya ..............

15. Antara syarat sah ibadat korban dan akikah ialah binatang yang disembelih ialah:
i. cukup umur
ii. ternakan (al-an'am)
iii. tidak cacat
iv. mencukup syarat sembelihan seperti mati dengan sekali sembelihan
v............................

16. Wan Mukhriz sedang melaksanakan ibadat haji di Mekah. Dia terlupa melakukan ibadat tawaf ifadah.

 Nyatakan hukum bersama alasan?
Jawapannya ..............

17. Zainal sedang menjalani ibadat haji di Mekah. Dia gagal bermalam di Mudzalifah dan Mina pada waktu ditetapkan.  Nyatakan hukum bersama alasan?
Jawapannya ..............

18. En. Zulkifli mengerjakan haji Qiran. Apakah jenis dam yang dikenakan kepadanya.......

19. Hukum mencatat hutang ialah .......

20. Ketika dalam ihram haji, apabila jemaah haji sudah selesai melakukan dua perkara dari perkara berikut iaitu:
1. Melontar di Jamratul Aqabah
2. Bercukur
3. Tawaf Ifadah

Soalan: Sebutkan jenis tahalul ini?
Jawapan......................

21. Tahalul Thani berlaku apabila selesai melakukan .......................  perkara ini:

1. Melontar di Jamratul Aqabah
2. Bercukur
3. Tawaf Ifadah

22. Melakukan ibadat haji dan umrah secara serentak dinamakan haji .................

23. Musim haji bermula pada bulan ................... hingga ke Zulhijah.

24. Miqat ................. ialah sempadan tempat untuk memulakan niat mengerjakan haji.

25. Miqat .................ialah sempadan masa untuk memulakan niat mengerjakan haji.

26. Jemaah haji dari Malaysia yang menaiki penerbangan terus ke Jeddah akan berniat di .................

27. Jemaah haji dari Malaysia yang menaiki penerbangan terus ke Madinah akan berniat di .................

28. Nafar ialah ...........................

29. Tawaf ada empat jenis iaitu: Qudum, Widak, Sunat dan ..................... (rukun).

30. Sae ialah berlari anak-anak dari Bukit Safa ke .............. sebanyak 7 kali.


Chaiyok ... :)

Soalan Ramalan Pendidikan Islam SPM 2012 - ITK akidah -

Assalmualaikum 2 hari lg paper pendidikan Islam ...

Para pelajar cuba ulangkaji perkara berikut:

1. Orang yang mengasaskan ajaran sesat Bahai ialah .......................................
2. Orang yang mengasaskan ajaran sesat Qadyan ialah .......................................
3. Orang yang mengasaskan ajaran sesat Taslim ialah .......................................
4. Kumpulan yang berpegang teguh dengan al-Quran, perkara yang dibawa para sahabat, dan menentang bida'ah ialah takrif kumpulan ...............................
5. Golongan yang mendokong cita-cita menjadikan Ali sebagai khalifah ialah takrif kumpulan .......................
6. Golongan yang asalnya penyokong Saidina Ali sebaliknya mengkianati perjuangan Saidina Ali lantaran kesanggupan Saidina Ali menerima Majlis Tahkim ialah takrif kumpulan ...............................
7. Perang yang berlaku antara penyokong Saidina Ali dengan Muawiyah bin Abu Suffian disebut perang ..................
8. Perang yang berlaku antara penyokong Saidina Ali dengan Talhah, Zubair dan Siti Aisyah lantaran perselisihan faham tentang pembunuhan Khalifah Usman bin Affan disebut sebagai perang ..................
9. ............................ ialah pengasas kerajaan Bani Umaiyah
10............................. ialah pengasas kerajaan Bani Abbasiyah
11. Syiah Imam Dua Belas menyakini para Imam mereka bersifat ......................... tetapi tidak menerima wahyu dari Allah SWT.
12. Kumpulan Syiah Imam Dua Belas ini berpendapat jawatan Imam (pemimpin umat Islam) hanya layak disandang oleh .................
13. Kumpulan Syiah Imam Dua Belas berpegang bahawa Imam kedua belas mereka iaitu .................... akan muncul sebagai Imam Mahdi.
14. Kumpulan Syiah Imam Dua Belas menghalalkan perkahwinan secara kontrak atau disebut .............
15. Kumpulan Syiah ......................... sempena nama pengasasnya Zaid bin Ali Zainal Abidin iaitu cicit kepada Saidina Ali bin Abi Thalib.
16. Syiah terbahagi kepada tiga bahagian iaitu: 1. Syiah Imam Dua Belas 2. ............ 3. Batiniah
17. Syiah Batiniah antara kumpulan syiah yang radikal dan sesat kerana menganggap Saidina Ali dan para Imam mereka sebagai .................... dan menghalalkan kemungkaran
18. Syiah Batiniah telah berpegang bahawa Imam mereka iaitu ..................... masih hidup.
19. Orang yang melakukan dosa besar dianggap ......................... bagi mazhab Khawarij.
20. Orang yang melakukan dosa besar dianggap ......................... bagi mazhab ASWJ (ahli Sunnah Wal Jamaah).
21. Orang yang melakukan dosa besar dianggap ......................... bagi mazhab Syiah Zaidiah.
22. Syiah Imam Dua Belas dikenali dengan nama Syiah Imamiyah dan Syiah ...................
23. Nama lain ASWJ ialah al-Sunnah, al-Jamaah, al-Salaful al-Soleh dan ........................
24. Ahli Bait ialah ahli ....................
25. Solat hanya dengan niat antara amalab ajaran sesat ................
26. Acre di Palestin adalah kiblat bagi ajaran sesat ......................
27. Kodiang, India merupakan tanah suci melakukan ibadat haji bagi ajaran sesat ......................
28. Ibadat solat hanya 9 rakaat 3 kali sehari diamalkan dalam kumpulan ajaran sesat ......................
29. Menghapuskan konsep jihad merupakan iktikad kumpulan ajaran sesat ...................... dan ..................
30. Berpegang alam ini bersifat qadim ialah kesesatan bagi ajaran sesat ......................
31. Kitab ....................... merupakan pegangan kumpulan ajaran sesat Bahai.
32. Kitab ....................... merupakan pegangan kumpulan ajaran sesat Qadyani
33. Ajaran sesat tertua di Malaysia ialah ...............
34. Mulhid ialah orang yang ..........................
35. Membolehkan amalan nikah batin diamalkan dalam ajaran sesatnya. Pernyataan ini merujuk kepada ajaran sesat ...........
36. Ajaran sesat ialah sebarang ajaran/amalan yang didakwa agama ..................., hakikatnya bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah dan konsep tauhid yang sebenar.
37. Contoh ajaran sesat di Malaysia sekarang ialah....
38. Ulama al-Salaful al-Soleh merujuk kepada ulama yang lahir sebelum kurun ke ......... hijrah yang terdiri dari Sahabat, Tabi'in, Atba al-Tabi'in.
39. Mirza Ghulam Ahmad berasal dari ........
40. Muhammad bin Shafie atau dikenali Haji Muhammad .................. mengembangkan ajaran di Kg Seronok, Bayan Lepas Pulau Pinang.

About Me

 
Ustazah Puspa© Diseñado por: Compartidisimo