topbella

Wednesday 31 October 2012

ANALISIS SOALAN TRIAL SPM 2012 KERTAS 2 ( PENDIDIKAN ISLAM )


سم الله الرحمن الرحيم


اللهم صل على محمد وآل محمد

  • Kepada pelajar - pelajar SPM yang diberkati Allah .. Ustazah Harap analisis kertas 1 da habis dikaji by group ( lebih baik )...So now cuba pula kertas 2 ok ...
  • Kepada rakan - rakan ustaz dan ustazah juga boleh memanfaatkan usaha saya yang sedikit ini .. untuk membantu pelajar - pelajar di sekolah masing - masing .. insya Allah .

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

Thursday 25 October 2012

Teks Khutbah Hari Raya Aidil Adha 1433H

Assalamualaikum wrt wbt ..

Kepada sesiapa yang tak sempat nak dengar khutbah boleh baca teks khutbah aidil adha ni .. insya Allah semangat berkorban kita lebih tinggi ... =_=

Wednesday 24 October 2012

Monday 22 October 2012

Fadhilat Puasa Sunat Hari Arafah

Di saat tetamu-tetamu Allah di Tanah Suci sedang beribadat ketika wukuf di Arafahpada 9 Zulhijjah, kita yang tidak berkesempatan untuk melaksanakan haji, bolehlah melakukan puasa hari arafah. Puasa sunat Hari Arafah adalah khas untuk mereka yang tidak pergi menunaikan haji.

Kelebihan puasa Hari Arafah

Telah tersebut dalam satu hadith Sahih Muslim yang bermaksud,
Dan Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari ‘Arafah. Maka Baginda bersabda: “Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)
Maka untuk mereka yang berpuasa pada Hari Arafah akan diganjarkan dengan penebusan dosa setahun sebelum dan selepas. InsyaAllah. Kalau betul niat, betul cara.
Didalam riwayat lain Nabi saw bersabda :
“Puasa hari Arafah, sesunguhnya aku berharap Allah swt agar menghapuskan dosa setahun yang lepasnya dan tahun yang sebelumnya” – (Hadith riwayat Tirmidzi)
 Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata :


Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah – (Hadis riwayat Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi

Lautan Manusia di Padang Arafah

Niat Puasa Sunat Hari Arafah

Mungkin ramai akan tanya, “Macam mana nak niat puasa sunat hari arafah?”. Ada dua pendapat tentang niat. Satu kita boleh niat dengan cara niat umum, contoh, “Sahaja aku puasa sunat”. Ataupun satu lagi, dengan cara khusus, contoh “Sahaja aku puasa sunat hari arafah”. Tak ada masalah untuk buat yang mana-mana.
Tarikh Hari Arafah Di Malaysia
Memandangkan Hari Raya Aidiladha di Malaysia jatuh pada hari Jumaat 26/10/2012, maka hari  Khamis 25/10/2012 boleh la puasa sunat Hari Arafah. Ajak ramai-ramai puasa sunat Hari Arafah, insyaAllah ada sahamnya. Dan jangan lupa share post ni ye. :)
:) Jangan lupa ajak kawan-kawan, adik kakak puasa sunat. InsyaAllah kita pun akan dapat pahala extra kalau dia orang puasa jugak.

Aktiviti Selepas PMR - Mengacau Dodol -

Tarikh  :  23 Oktober 2012
Hari  :  Selasa
Bidang  :  Kemanusiaan
Paniata  :  Pendidikan Seni

Bergaya untuk mengacau dodol

Tambah sedikit garam - jgn masin sgt ckgu Rosli 

Action 1 2 3 ... cheese ...

Cuba membantu ... syukran

Ckg Fauzi cuba menampilkan teknik  membersihkan kuali

Just want to tq 4 everything...  :)



Sunday 21 October 2012

LABBAIKALLAH - OPICK


ANALISIS TAJUK TRIAL SPM 2012 KERTAS 1 ( PENDIDIKAN ISLAM )


سم الله الرحمن الرحيم


اللهم صل على محمد وآل محمد

  • Kepada pelajar - pelajar SPM yang diberkati Allah .. Oleh kerana pada 28 - 30 Oktober Ustazah kursus GKMP kemanusiaan dan seterusnya  ustazah akan memeriksa kertas PMR ..jadi mungkin ustazah tak berkesempatan membuat rumusan bagi kertas trial SPM 2012.      ( but 1'll try my best .. insya Allah )

SO .. GUNAKAN ANALISIS  INI DAN BUAT PERBANDINGAN SENDIRI .. SOALAN - SOALAN YANG BERULANG- ULANG DALAM KEBANYAKAN NEGERI HENDAKLAH DIBERIKAN PERHATIAN .. MAKSUDNYA CARI JAWAPAN YANG TEPAT OK ! DAN KALAU BOLEH HAFAL LAGI BAGUS .. TERUTAMANYA  BAGI SOALAN ISTILAH ... TAK FAHAM SOALAN ATAU TAK PASTI DENGAN JAWAPAN KAMU TANYA PADA USTAZAH NANTI OK.. SEMOGA BOLEH MEMBANTU KAMU DALAM SPM SEBENAR ....

  • Kepada rakan - rakan ustaz dan ustazah juga boleh memanfaatkan usaha saya yang sedikit ini .. untuk membantu pelajar - pelajar di sekolah masing - masing .. insya Allah .

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

LAWATAN SMK JAMBU BONGKOK MARANG TERENGGANU

Tarikh  :  19 Oktober 2012
Hari     :   Jumaat
Masa   :   11.00 - 12.00 Pagi
Tempat  :  Pusat Sumber/Kawasan Sekolah

kedua - dua pengetua saling berkenalan


En. Sahrul memulakan majlis dengan bergaya.. :) 
Barisan pentadbir kedua-dua buah sekolah

Guru-guru lelaki SMK Jambu Bongkok

Sebahagian guru-guru perempuan SMK Jambu Bongkok

Para tetamu mengambil tempat dan melihat brosur

Kata aluan drp Tn Pengetua Tn. Hj. Daud Abdull beserta pantun :) 

kata-kata aluan drp Pengetua SMK Jambu Bingkok

Layanan mesra diberi kepada tetamu rombongan 

pelajar - pelajartingkatan 6 sedang melayan tetamu

Taklimat drp En Abd Ghani tentang pencapaian sekolah

En Zaiman memberi penerangan tentang padang dan stadium 

Program Pemantapan akidah dan sahsiah diri ( Siri 1 )


Tarikh  :  18 Oktober 2012
Hari  :  Khamis
Masa  :  8.00 pagi - 2.40 petang
Tempat  :  Surau al Firdausi , SSN SMK Seri Kota , Melaka

En. Mohd. Safuan memulakan majlis bagi menyerahkan pelajar kepada JAZIM 

Ustaz Fadly memulakan slot - Cabaran & Jati diri Remaja masa kini 

slot - Cabaran & Jati diri Remaja masa kini 

Slot - Remaja dan gejala sosial masikini

Slot - Remaja dan gejala sosial masikini

Slot - Remaja dan gejala sosial masikini

khusyuk mendengar pembentangan drp rakan-rakan

Slot LDK

pembentangan yang menyakinkan

hasil pembentangan kumpulan

hasil pembentangan kumpulan

sesi soal jawab dalam slot LDK


Tuesday 16 October 2012

PROGRAM SELEPAS PMR 2012

KEM PEMANTAPAN AKIDAH DAN SAHSIAH DIRI ( SIRI 1 )

Tarikh  :  18 Oktober 2012
Hari  :  Khamis
Masa  :  8.00 pagi - 2.40 petang
Tempat  :  Surau al Firdausi , SSN SMK Seri Kota , Melaka


Tentatif Program  :
8.00 pg  - Pendaftaran Peserta
8.30 pg  -  Ceramah Motivasi - Cabaran & jati diri anak remaja masakini
10.20 pg - Rehat
10.40 pg  -  LDK - Isu Remaja & Gejala sosial masakini
12.00 tgh hari  -  Bengkel -  Ibadahsolat kunci kecemerlangan hakiki
1.30 ptg - Solat zohor berjemaah & zikir munajat
2.00 ptg  -  muhasabah diri
2.40 ptg  -  Majlis dijangka bersurai

Anjuran :
Panitia Pendidikan Islam

Dengan kerjasama  : 
JAZIM Motivation Group ( JMG )/ Unit Kaunseling/Asrama

Monday 15 October 2012

Program ICC SPM Pendidikan Islam 2012

Assalamualaikum...

Kepada pelajar-pelajar SPM , jadual pelaksanaan program ICC SPM boleh dilihat dengan klik di sini  :

Friday 12 October 2012

ADAB MEMINUM AIR ZAM ZAM

    سم الله الرحمن الرحيم


    اللهم صل على محمد وآل محمد

    Kepada pelajar - pelajar PMR  sila baca artikel ini untuk pengetahuan kamu sebelum meminum air zam zam pada hari Isnin nanti insya Allah...

    Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
    Ertinya: Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki." (Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)

    Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada bersabda: "Perbezaan diantara kita dan orang ramai (kaum munafik) ialah bahawa mereka itu tidak suka meneguk (minum) air zamzam." (Hadis riwayat Addara Qutni dan lbnu Majah).

    Daripada 'Ikramah meriwayatkan, bahawa adalah lbnu Abbas Radhiallahu Anhuma apabila minum air Zamzam beliau berdoa (ertinya) : "Ya Allah ya Tuhanku! Aku bermohon kepadaMu supaya dikurniakan ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang luas dan kesembuhan daripada segala penyakit." (Diriwayatkan oleh ad-Dara Qutni dan lbnu Majah).

    Dalam bahasa Arabnya doa itu berbunyi:



      Menurut riwayat, lbnu Abbas adalah terkenal seorang sababat yang sangat mendalam ilmunya, luas rezekinya dan tidak pernah sakit kecuali penyakit tua.
      Syeikh Jamaludin Muhammad Jarullah bin Muhammad Nuruddin dalam kitabnya 'al-Jamiul Latif fi Fadhli Makkah' dalam bab Adab minum air Zamzam berkata:
      "Berkata seorang ulama Rahimahullah, sesiapa yang hendak meminum air Zamzam, eloklah dia mengambil bekas yang berisi air Zamzam dengan mengadap kiblat, kemudian berkata: Ya Allah, sesungguhnya telah sampai kepadaku daripada nabiMu Sallallahu 'Alaihi Wasallam, bahawa baginda bersabda:


      Maka Ya Allah, aku meminum air Zamzam ini untuk....... ...... (sebutkan apa yang dikehendaki) . Selepas itu diminum seteguk,kemudian bernafas diluar bijana itu, Dan begitulah dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali meneguknya dibaca Basmalah dan setiap kali selesai dibaca Hamdalah.

      Beginilah cara meminum air Zamzam yang diriwayatkan daripada lbnu Abbas dan doa yang di atas dibaca ketika meminumnya


      والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته


Wednesday 10 October 2012

Ahlan wa Sahlan Pengetua Baru SSN SMk Seri Kota

Assalamualaikum wrt wbt....

TN. HJ. DAUD BIN ABDULL

Warga SSN SMK Seri Kota mengalu - alukan kehadiran pengetua baru ... di doakan pentadbiran sekolah lebih mantap dan diberkati Allah SWT...insya Allah .. Amin...

Tuesday 9 October 2012

PEMANDANGAN SEBELUM PELAJAR - PELAJAR PMR MASUK DEWAN PEPERIKSAAN



GPK 1 memberi kata-kata nasihat sebelum pelajar masuk dewan
penerangan ringkas sebelum bacaan doa
pelajar-pelajar perempuan (17 orang)
pelajar-pelajar lelaki (34 orang)



Monday 8 October 2012

SOALAN RAMALAN PEND. ISLAM SPM 2012

TOKOH  :  Sayyid Jamaluddin al-Afghani dan HAMKA?
Salam pelajar dirahmati Allah S.W.T
Bagi tajuk tokoh, utamakan kefahaman yang lebih
 mendalam tentang dua orang tokoh pilihan ini.



1. Sayyid Jamaluddin al-Afgani - para pelajar mesti 
mengetahui fakta penting ini.

- lahir di Abad Asad, Kabul, Afganistan

- digelar al-sayyid kerana salasilah keturunannya 
bersambung dengan Saidina Ali bin Abi Thalib 

- tokoh pertama yang memperkenalkan idea Islah

- guru kepada skeikh Muhammad Abduh

-menguasai beberapa bahasa utama seperti Inggeris, 
Perancis,  Urdu, Arab, Parsi dan Rusia.

- pengasas beberapa buah akhbar Urwatul Wusqa 
di Perancis, akhbar Misr, akhbar al-Tijarah di Mesir dan 
al-Khafiqin di  London.


2. HAMKA


- singkatan dari nama penuh Haji Abdul Malik bin Haji
 Abdul  
Karim bin Syeikh Muhammad Amirullah
- Lahir 1908 di Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia
- banyak karya terhasil dalam pelbagai bidang:
i. Agama: Tafsir al-Azhar/Pedoman Mubaligh Islam/
Tasawwuf  Moden/Sejarah Umat Islam/Arkan al-Islam/
Revolusi Agama

ii. Falsafah: Falsafah Hidup/Ideologi Islam/Ekspensi I
dealogi/ Pandangan Hidup Muslim/Lembaga Hidup

iii. Sastera: Menunggu Biduk Berbunyi/Keadilan Ilahi/
Di Bawah Lindungan Kaabah/Laila Majnun/Tenggelam
 Kapal Van Der Wijck


Anugerah diterima HAMKA:

i. Anugerah Doktor Kehormat: Universiti al-Azhar
ii. Anugerah Doktor Kehormat: UKM, Malaysia
iii. Anugerah Professor dari Universiti Moestapo Jakarta.

[ Dilarang menyunting atau diambil bagi tujuan komersial 
peribadi 
 tetapi digalakkan bagi tujuan pembelajaran para pelajar]

Salam Imtihan PMR

KERTAS : PENDIDIKAN ISLAM 
KOD  :  45/1

TARIKH  :  9 OKTOBER 2012
HARI  :  SELASA
MASA  :  2.30 - 4.30 PETANG
2 JAM

ILLAN NAJAH...WA MA'ASSALAMAH  :)

Saturday 6 October 2012

Results Second Trial SPM 2012 - Pendidikan Islam ( for sure la x kan subject lain pulakkan...)




Pelajar - pelajar yang mendapat A  :

Feikha Nur Fitri ( 82 - A )
Siti Khadijah  ( 81 - A )
Nurul Shakirah  ( 78 - A- )
Ruhaina  (  74 - A- )


Kepada pelajar-pelajar yang lain .. jgn. risau masih ada 4 minggu lagi untuk berusaha .. cuba lagi ..lebih bersungguh -sungguh..insya Allah lebih berjaya dunia akhirat .. :)

Wednesday 3 October 2012

Majlis Sentuhan Jiwa PMR 2012

Tarikh  :  4 Oktober 2012
Hari  :  Khamis
Masa  :  9.00 Pagi -  12.45 Tengah Hari
Tempat  :  Bilik Tayang
            Dewan Terbuka

Tetamu Jemputan  :

Pn. Salina
Dato Kanda Hj. Lot Ibrahim






Tuesday 2 October 2012



About Me

 
Ustazah Puspa© Diseñado por: Compartidisimo